Mégat Fazly | |
---|---|
![]() Mégat Fazly performing live at Zepp Kuala Lumpur in July 2024, opening for Feby Putri. | |
Maklumat latar belakang | |
Nama lahir | Megat Ahmad Fazly bin Megat Ahmad Fuzy |
Kelahiran | Kuala Lumpur, Malaysia | 27 Mei 1999
Asal | Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Folk, Pop, Alternative, Indie |
Pekerjaan | Musician, Producer, Composer, Singer-Songwriter, Mixing Engineer |
Alat muzik | Vocals, Piano, Guitar |
Tahun aktif | 2016–present |
Kegiatan berkaitan | Mafidz |
Anggota semasa | Zaiff Sharqil, Aizad Khan |
Pautan berkaitan | |
Tapak sesawang | [1] |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Megat Ahmad Fazly (lahir 27 Mei 1999, Kuala Lumpur) ialah seorang penyanyi, penulis lagu, komposer dan penerbit muzik Malaysia. Beliau terkenal sebagai ahli kumpulan folk-pop Mafidz dan melalui kerjayanya sebagai artis solo yang menampilkan gabungan elemen folk bersama pop dan alternatif moden. Beliau mula menunjukkan minat dalam muzik sejak kecil, dan mula menghasilkan muzik secara profesional seawal usia 13 tahun. Pada awal kerjayanya, beliau terlibat dalam penciptaan jingle dan skor muzik untuk iklan serta filem pendek. Megat Fazly juga telah menghasilkan lagu untuk beberapa artis tempatan seperti Layla Sania dan Fazura sebelum melangkah ke arah penghasilan karya sendiri.
Kerjaya
Permulaan Kerjaya
Megat Fazly memulakan kerjaya sebagai komposer muzik untuk projek-projek visual seperti iklan komersial dan filem pendek. Beliau juga menghasilkan lagu-lagu untuk artis tempatan sebelum melangkah ke arah penghasilan karya sendiri.
2016: Mafidz
Pada tahun 2016, Megat Fazly menubuhkan kumpulan muzik Mafidz bersama dua abangnya, Megat Hafidz dan Megat Aizzat. Mafidz dikenali dengan gaya muzik folk-pop dan alternatif yang diperkaya dengan eksperimentasi dalam harmoni tiga suara, lirik dan susunan muzik. Mereka merilis album sulung bertajuk Ada Angin & Hati pada tahun 2018. Pada tahun berikutnya, Mafidz memenangi pertandingan Vans Musicians Wanted Malaysia 2019, yang melonjakkan nama mereka dalam arena muzik indie tempatan.
Pada tahun 2024, Mafidz tampil dengan album kedua bertajuk Teleportasi, yang memuatkan sebelas buah lagu. Megat Fazly menyumbang dari segi vokal, piano, penulisan lagu dan lirik serta penerbitan muzik sepenuhnya.
2023: Karya Solo
Megat Fazly memulakan karya solonya secara rasmi pada tahun 2023 bersama pemuzik Aizad Khan (bass) dan Zaiff Sharqil (viola) dengan pelancaran single pertama, "Minta Maaf Lagi". Beliau kemudiannya mengeluarkan beberapa single solo lain.

Diskografi
Bersama Mafidz
Album Studio
- Ada Angin & Hati (2018)
- Teleportasi (2024)
Singles (Solo) Terpilih
- "Minta Maaf Lagi" (2023)
- "Berseri" (2023)
- "Erat" (2023)
- "Doakan Aku" (2023)
- "Bintang Berkelipan (Remixed 2024)" (2024)
Kolaborasi Singles (Solo)
- "Prahara" bersama Ilmare (2024)
- "Hati-Hati" bersama Sang Pi Sang & Aizat Amdan (2023)
- "Remedi Buat Emmaline" bersama Airm, Ainina Hasnul & AG Coco (2023)
- "Titik Temu" bersama Aisha Retno (2025)
Anugerah dan Pencapaian
Juara – Vans Musicians Wanted Malaysia (2019, bersama Mafidz)
Anugerah Industri Muzik (AIM24) - bersama Mafidz
Anugerah Industri Muzik (AIM) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album / Material | Keputusan | |
2025 (AIM24) | Kugiran Terbaik | Teleportasi | Teleportasi | Menang |
Anugerah Lagu Indie (ALI) - bersama Mafidz
Anugerah Lagu Indie (ALI) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album / Material | Keputusan | |
2025 (ALI24) | Lagu Rock Terbaik | Senandung (feat. Otam) | Teleportasi | Menang | |
2025 (ALI24) | Lagu Terbaik | Senandung (feat. Otam) | Teleportasi | Menang |