Mafidz ialah sebuah kumpulan muzik folk‑pop / alternatif dari Kuala Lumpur, Malaysia. Band ini diasaskan oleh tiga beradik dan berkembang dengan beberapa ahli sokongan tetap. Mereka dikenali dengan komposisi dan penyusunan muzik yang tersendiri, gabungan vokal harmoni dan eksperimental dalam instrumen serta genre muzik.
Mafidz
Photo by Artherockshow
Dari kiri: Mégat Fazly, Megat Hafidz, Megat Aizzat
Kumpulan ini diasaskan pada tahun 2016 oleh tiga bersaudara iaitu Megat Hafidz (vokal), Megat Fazly (vokal & piano) dan Megat Aizzat (vokal & gitar). Walaupun pada mulanya “Mafidz” bermula sebagai nama pentas bagi projek solo Megat Hafidz, akhirnya ketiga‑beradik ini memutuskan untuk membentuk kumpulan rasmi dengan nama yang sama. Untuk rakaman dan juga persembahan, mereka disokong padu oleh 5 orang pemuzik yang mengendalikan instrumen seperti gitar elektrik, cello, bass, drum dan perkusi.