Maya ( Sanskrit: मय ) atau Mayāsura ( मयासुर ), juga dikenali sebagai Maya Danava, adalah satu figura dalam mitologi Hindu yang digambarkan sebagai raja kepada golongan Danava, suatu bangsa makhluk yang merupakan keturunan Kashyapa dan isterinya Danu. Beliau terkenal dengan kepakaran dalam bidang seni bina dan kejuruteraan, serta dikreditkan sebagai pencipta Mayasabha (Dewan Ilusi) untuk golongan Pandawa dan Tripura (Tiga Kota/Bandar) untuk anak-anak Tarakasura . Dalam Ramayana, Maya disebut sebagai bapa mertua Rahwana . [1] Beliau turut digambarkan sebagai arkitek kepada Maya (realiti material ilusi). Dalam Surya Siddhanta 1.02, Mayāsura digambarkan sebagai Daitya yang menerima pengetahuan astronomi suci daripada Dewa Surya pada penghujung zaman Satya Yuga.
Dalam Mahabharata
Mayasura disebut sebagai sebagai salah seorang anak kepada orang bijak Kashyapa dan isterinya Danu.[1]
Mayasura dikatakan bersahabat dengan seekor Naga bernama Takshaka dan tinggal bersamanya di kawasan Khandavaprastha bersama keluarga dan kawan-kawannya, tetapi apabila Pandawa tiba ke kawasan itu selepas pembahagian kerajaan Hastinapura, Arjuna membakar seluruh hutan tersebut, memaksa Takshaka melarikan diri dan menyebabkan kematian semua penghuni lain. Kejadian ini mendorong Mayasura untuk menyerah diri kepada Pandawa . Krishna bersedia memaafkannya dan sebagai balasannya, Mayasura membina sebuah istana besar bernama Mayasabha, di mana Pandawa akan melaksanakan upacara suci Rajasuya Yagna.
Mayasura juga menawarkan kepadanya hadiah seperti busur, pedang dan lain-lain. Beliau memberikan gada kepada Bhima, saudara Arjuna, yang digelar Vrkodara. [2] Dalam beberapa versi Mahabharata dia juga menghadiahkan Arjuna busur Gandiva .
Dalam Ramayana
Uttara Kanda dalam epik Ramayana menyebut bahawa semasa lawatannya ke Svarga (syurga), Maya telah berkahwin dengan seorang apsara (bidadari kayangan) bernama Hema. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki — Mayavi dan Dundubhi — serta seorang anak perempuan Mandodari, yang kemudiannya berkahwin dengan Ravana, penguasa Rakshasa Lanka dan antagonis utama epik itu. [1] Dalam beberapa versi Ramayana yang lain, Maya mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Dhanyamalini, yang turut diperisterikan oleh Ravana. [3]
Dalam Cerita Rakyat
Dalam beberapa cerita rakyat dari Bengal, Mayasura berkahwin dengan Oladevi, dewi kolera. [4]
Lihat juga
- Vishvakarma
- Mara (syaitan)
- Mamuni Mayan
- Oladevi
Rujukan
- ^ a b c Māṇi 1998.
- ^ Mittal, J. P. (2006). History of Ancient India (A New Version) (dalam bahasa Inggeris). Atlantic Publishers & Dist. ISBN 978-81-269-0616-1.
- ^ "2 Wives of Ravana – and Their Legends".
- ^ "Corona Mata and the Pandemic Goddesses".