Surya Siddhanta ialah teks astronomi Hindu dalam bahasa Sanskrit. Surya (Dewa Matahari) mengajar ilmu ini kepada Maya (arkitek golongan asura) pada akhir zaman Satya Yuga.[1]
Karya yang wujud pada masa kini dipercayai telah dihasilkan sekitar tahun 400 Masihi. Varahamihira (550 M) menggunakan karya ini dalam Pancasiddhantika. Terdapat tiga ulasan (komentar) terhadapnya, yang ditulis oleh Kamalakara (1616 M), Paramesvara (1360–1455 M) dan Ranganatha (1640 M). Daripada ketiga-tiga ini, ulasan terakhir adalah yang paling terperinci.
Teks yang ada sekarang telah melalui beberapa pembetulan sepanjang abad, dengan yang terakhir berlaku pada tahun 1500 M.
Fungsi trigonometri sinus terdapat dalam karya ini.
Kandungan
Kitab Surya Siddhanta ini dibahagikan kepada 14 bab.
Bab 1
Membicarakan gerakan purata planet-planet. Ia juga memberikan maklumat untuk mengira gerakan harian purata planet.
Bab 2
Menerangkan cara mengira kedudukan sebenar sesuatu planet termasuk pembetulan yang diperlukan bagi gerakan mundurnya (retrograde).
Bab 3
Bab ini membincangkan arah, tempat dan masa. Cara membina jam matahari turut diberikan.
Bab 4
Kedua-dua gerhana—terutamanya gerhana bulan—dihuraikan di sini.
Bab 5
Pengiraan untuk paralaks gerhana matahari diterangkan di sini.
Bab 6
Menerangkan cara memaparkan pelbagai fasa gerhana melalui kaedah unjuran.
Bab 7
Membincangkan tentang pertemuan (konjungsi) planet-planet.
Bab 8
Bab ini memberikan kedudukan pelbagai naksatra (atau gugusan bintang).
Bab 9
Menerangkan terbitan dan terbenamnya planet secara heliakal.
Bab 10
Memberikan kaedah pengiraan yang diperlukan untuk menentukan masa terbit dan terbenam bulan dengan tepat.
Bab 11
Sebahagiannya bersifat astrologi. Watak buruk sesuatu masa yang berkaitan dengan matahari dan bulan dihuraikan bersama dengan peraturan pengiraannya.
Bab 12
Membicarakan teori penciptaan alam semesta.
Bab 13
Menerangkan tentang beberapa peralatan yang digunakan untuk penentuan masa.
Bab 14
Pelbagai kaedah pengukuran masa—matahari, sidera, sivil atau lunar—dihuraikan di sini.
Kalendar
Bahagian suria dalam kalendar Hindu luni-solar adalah berdasarkan Surya Siddhanta. Pelbagai versi lama dan baharu manuskrip Surya Siddhanta menghasilkan kalendar suria yang sama. Menurut J. Gordon Melton, kedua-dua kalendar Hindu dan Buddha yang digunakan di Asia Selatan dan Asia Tenggara berakar pada teks ini, namun kalendar serantau telah menyesuaikan dan mengubahnya dari semasa ke semasa.
Surya Siddhanta mengira panjang tahun suria sebagai 365 hari 6 jam 12 minit 36.56 saat. Secara purata, menurut teks ini, bulan lunar bersamaan 27 hari 7 jam 39 minit 12.63 saat. Teks ini menyatakan bahawa tempoh bulan lunar berubah-ubah mengikut masa, dan hal ini perlu diambil kira untuk memastikan ketepatan pengiraan waktu.
Menurut Whitney, pengiraan dalam Surya Siddhanta adalah cukup tepat dan mempunyai kegunaan ramalan yang praktikal. Dalam Bab 1 Surya Siddhanta, “tahun Hindu lebih panjang hampir tiga minit setengah; tetapi pusingan bulan tepat dalam satu saat; pusingan Utarid, Zuhrah dan Marikh tepat dalam beberapa minit; pusingan Musytari dalam enam atau tujuh jam; pusingan Zuhal pula dalam enam hari setengah”.
Terjemahan
Surya Siddhanta merupakan salah satu daripada dua buku Sanskrit yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab semasa pemerintahan khalifah Abbasiyah al-Mansur (754–775 M). Menurut Muzaffar Iqbal, terjemahan ini dan juga karya Aryabhata memberi pengaruh besar terhadap geografi, astronomi dan keilmuan Islam yang berkaitan.
Ulasan
Kepopularan sejarah Surya Siddhanta dibuktikan dengan kewujudan sekurang-kurangnya 26 ulasan, selain 8 ulasan tanpa nama penulis.[2] Antara ulasan dalam bahasa Sanskrit termasuk yang berikut; hampir semua penulis komentar telah menyusun semula dan mengubah teks tersebut.
- Surya-siddhanta-tika (1178) oleh Mallikarjuna Suri
- Surya-siddhanta-bhashya (1185) oleh Chandeshvara
- Vasanarnava (c. 1375–1400) oleh Maharajadhiraja Madana-pala
- Surya-siddhanta-vivarana (1432) oleh Parameshvara dari Kerala
- Kalpa-valli (1472) oleh Yallaya dari Andhra-desha
- Subodhini (1472) by Ramakrishna Aradhya
- Surya-siddhanta-vivarana (1572) oleh Bhudhara dari Kampilya
- Kamadogdhri (1599) oleh Tamma Yajvan dari Paragipuri
- Gudhartha-prakashaka (1603) oleh Ranganatha dari Kashi
- Saura-bhashya (1611) oleh Nrsimha dari Kashi
- Gahanartha-prakasha (IAST: Gūḍhārthaprakāśaka, 1628) oleh Vishvanatha dari Kashi
- Saura-vasana (after 1658) oleh Kamalakara dari Kashi
- Kiranavali (1719) oleh Dadabhai, seorang Chittpavana Brahmana
- Surya-siddhanta-tika (tarikh tidak diketahui) oleh Kama-bhatta of southern India
- Ganakopakarini (date unknown) oleh Chola Vipashchit dari selatan India
- Gurukataksha (date unknown) oleh Bhuti-vishnu dari selatan India
Mallikarjuna Suri menulis sebuah komentar dalam bahasa Telugu ke atas teks ini sebelum menyusun Surya-siddhanta-tika dalam bahasa Sanskrit pada tahun 1178.[3] Kalpakurti Allanarya-suri pula menghasilkan satu lagi komentar dalam bahasa Telugu, yang diketahui melalui sebuah manuskrip yang disalin pada tahun 1869.
Rujukan
- ^ Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism
- ^ Amiya K. Chakravarty (2001). The Sūryasiddhānta: The Astronomical Principles of the Text. Asiatic Society. p. viii. ISBN 9788172361129.
- ^ David Pingree (1981). Jyotiḥśāstra: Astral and Mathematical Literature. A History of Indian Literature. Otto Harrassowitz. pp. 23–24. ISBN 3-447-02165-9.