Malique | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Cairel Adrin bin Ibrahim 21 Ogos 1977 |
Warganegara | Malaysia |
Pasangan | Melissa Maureen (k. 2008) |
Anak-anak | 4 |
Tanda panggilan | Mr.General |
Kerjaya muzik | |
Genre | Hip-hop, Rap |
Syarikat rakaman |
|
Kegiatan berkaitan | Too Phat |

Cairel Adrin bin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Malique atau The General (lahir 21 Ogos 1977) ialah seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman yang berasal dari Malaysia. Dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor.
Beliau merupakan bekas ahli duo hip hop Too Phat bersama Joe Flizzow.[1] Selepas duo itu dibubarkan pada 2007, Malique dan Joe bergerak secara solo. Sejak bergerak secara solo, beliau lebih selesa di belakang tabir yang mana sejak 2007 beliau tidak pernah muncul di mana-mana media cetak dan elektronik. Sehingga pada 28 Februari 2025, beliau memunculkan diri dengan mencipta akaun Instagram dengan nama @maliqueibrahimqarma yang mengejutkan ramai pihak.
Kehidupan peribadi
Malique dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah pada 21 Ogos 1977. Setelah kelahirannya, keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat atas urusan peribadi. Setelah itu, beliau berpindah kembali semula ke tanah air lalu bersekolah di MRSM. Beliau dikenali sebagai pelajar yang bijak dalam penulisan dan kesusasteraan sehingga penulisannya pernah dituduh plagiat. Setelah diteliti penulisannya, barulah mereka mengiktirafnya dan cikgu-cikgu di sana menyanjung Malique.
Pada 8 Ogos 2008, beliau telah mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan beliau yang juga seorang personaliti TV, Melissa Maureen Rizal di Bali, Indonesia.[2] Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat mereka seperti Joe Flizzow, DJ Fuzz Dan sebagainya.
Beliau telah dikurniakan 4 cahaya mata iaitu Inca Medina, Rumi Arjuna, Chasca Maya dan Ezra Aditya.
Anak pertama beliau, Inca Medina telah membuat penampilan secara featuring dalam muzik video Sedih Hati versi Akustik sebagai pemain biola yang dilancarkan oleh Qarma Studios pada Ogos 2023.
Anak keduanya pula, Rumi Arjuna pula telah mewakili Malaysia dalam pasukan catur kebangsaan untuk pertandingan yang dianjurkan FIDE sejak tahun 2018 sehingga kini.
Kerjaya
Beliau memasuki industri muzik tanah air pada 1998 bersama duo hip-hop Too Phat. Beliau bergerak solo di sekitar tahun 2007.
Pada 2008, beliau telah menubuhkan syarikat rakaman sendiri dengan nama Qarma Musiq setelah Too Phat dibubarkan. Malique aktif berkarya dengan memperkenalkan beberapa lagu dengan artis-artis ternama dan artis-artis baharu di bawah syarikat rakaman beliau itu.[3]
Beliau telah mengeluarkan single seperti Kau Yang Punya tampil bersama Najwa, Mantera Beradu bersama M. Nasir, Cerita Kedai Kopi bersama Salammuzik, Aku Maafkan Kamu bersama Jamal Abdillah, Teman Pengganti bersama Black Hanifah dan Pejamkan Mata tampil bersama Dayang Nurfaizah.
Menghasilkan LP pertama bertajuk OK yang memuatkan 18 buah lagu pada 2008. Pada 2009, beliau menghasilkan LP kedua dengan usaha sama DJ Fuzz bertajuk K.O The Mixtape yang memuatkan 19 buah lagu. Pada 2015, Beliau memperkenalkan artis baru di bawah Qarma Musiq, Nukilan yang dianggotai 3 orang, Kirana, Kelana dan Agenda dengan penampilan khas dalam lagu bersama artis pop dari Indonesia, Shae dalam lagu Rindu. Pada pertengahan April 2015, Nukilan mengeluarkan single pertama mereka, Aduh Neng yang kerap dimainkan di corong radio. Pada Disember 2016, Beliau menghasilkan LP tebaru berjudul TKO: Pejamkan Mata yang memuatkan 8 lagu single yang pernah dikeluarkan sekitar 2008-2015 yang di remastered dan memuatkan 3 lagu baru termasuk Pejamkan Mata tampil bersama Dayang Nurfaizah.
Pada Mac 2017, pada acara Anugerah Meletop ERA 2017, Malique telah "muncul kembali" ke atas pentas untuk mempersembahkan lagu ciptaannya sendiri iaitu Pejamkan Mata bersama Dayang Nurfaizah tetapi hakikatnya bukan Malique yang kelihatan semasa persembahan tersebut tetapi itu hanyalah rakaman suara yang dirakam sendiri oleh Malique. Namun, ramai peminat yang hadir pada malam itu begitu gembira apabila mendengar suara Malique secara siaran langsung selepas 10 tahun lamanya.
Pada lewat 2019, dua gambar Malique telah tersebar luas di media sosial yang dimuat naik oleh Mohd Zubaidi di Facebook dimana gambar pertama menunjukkan Malique dan keluarganya sedang berbincang di tempat yang dikatakan di Lapangan Terbang Subang. Gambar yang terakhir pula beliau sedang menandatangi autograf pada beg peminatnya di tempat yang dikatakan kedai vape. Gambar in sedikit sebanyak mengubati rindu peminat-peminatnya yang ingin melihat wajah dan rupanya yang terkini. Ada yang mengecamnya kerana tidak menghormati privasi keluarga Malique dengan keluarganya. Setelah pemilik gambar itu dihubungi oleh keluarga Malique, gambar itu akhirnya diturunkan dan memohon maaf kepada keluarga Malique kerana tidak menjaga privasi dengan keluarganya.
Pada awal 2023, Malique telah menlancarkan single terbaru yang bertajuk Ayuh bersama Kmy Kmo, Aman RA dan juga Ernie Zakri. Lagu ini juga ada lagu tema bagi filem Polis Evo 3, lakonan Zizan Razak dan Shaheizy Sam.
Pada 28 Julai 2023, beliau telah melancarkan single terbaru iaitu Sedih Hati di Instagram dan Youtube. Lagu Sedih Hati ini menampilkan petikan suara Mona Fandey atau nama sebenar, Maznah Ismail dari lagu Ratapan Anak, salah satu lagu dari album Diana (1987). Ia juga menampilkan anak Malique iaitu Inca Medina sebagai pemain biola diakhir muzik video tersebut. Di samping itu, Malique, melalui QarmaMusiq juga mengumumkan album terbarunya yang berjudul Malique IV, yang mana tarikh pelancarannya dipercayai pada tahun 2025.
Sekitar bulan Ogos 2024, album Qarma Various Artists Vol 1 dilancarkan dengan kolaborasi bersama-sama artis di bawah naungan Qarma Musiq. Beliau berkolaborasi dalam lagu Bando Chill - bersama B-Heart, Dment Si Lain & Fuze dan Tiba-Tiba - bersama Aliterbang, Rebel Asia, Yang Ariff, Yaph & Sabbala.[4]
Pada 28 Februari, Malique mencipta akaun Instagram yang bernama @maliqueibrahimqarma yang mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat dan dikalangan pihak artis kerana mungkin membuat kemunculan semula di dunia pentas sejak membuat kemunculan terakhir pada media elektronik melalui muzik video Cerita Kedai Kopi dan konsert Too Phat terakhir pada 8 April 2007.
Diskografi
- O.K (2008)
- KO the Mixtape (2009) Single Edisi Terhad
- K.O The Mixtape (2009)
- Malique Unreleased (2011) hanya 25 keping dicetak
- TKO: Pejamkan Mata (2017)
- Sedih Hati (2023) Single
- Legasi: Malique (2024)
- Qarma Various Artists Volume 1 (2024) menampilkan barisan artis Qarma Studios
- Malique IV (2025) akan dilancarkan
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular (bersama Dayang Nurfaizah) | Tercalon |
[Add text here.]
Rujukan
- ^ Yusup, Nor Eryani (3 Mac 2015). "Hip hop Hip hop Joe tidak canggung". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-28. Dicapai pada 27 April 2016.
- ^ "Ada sebab rahsia kahwin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-14. Dicapai pada 2018-08-14.
- ^ Malique Nafi Jawab Lagu ‘Apa Khabar’ Joe Flizzow.
- ^ "Qarma Various Artists - Volume 1 (Autographed by Malique)". Qarma Shop. Dicapai pada 2024-08-25.