Najwa Mahiaddin | |
|---|---|
نجوا ماهيا الدين | |
| Kelahiran | Najwa binti Mahiaddin 26 April 1986 |
| Warganegara | Malaysia |
| Nama lain | NJWA |
| Pasangan | Idris Koh Keng Hui (k. 2015) |
| Ibu | Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman |
| Bapa | Tan Sri Dato' Dr. Haji Muhyiddin Yassin |
| Keluarga | Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin (abang) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Alternatif, ritma dan blues, soul |
| Alat muzik | Vokal, Piano |
| Syarikat rakaman | Nada Biru Muzik |
| Kegiatan berkaitan | Imran Ajmain, Malique & monoloQue |
Najwa binti YB Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin Atau Mahiaddin (lahir 26 April 1986) atau NJWA (Jawi: نجوا ماهيا الدين) ialah seorang penyanyi dan penerbit rakaman kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia.
Beliau menggunakan nama pentas, NJWA.[1] Selain itu, beliau merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin[2][3]. Sepanjang kerjayanya, beliau telah mendapat pengiktirafan Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik melalui Anugerah Industri Muzik ke-18.[4]
Kehidupan peribadi
Pada tahun 2011, beliau melanjutkan pelajaran di Berklee College of Music, Boston.[5][6]
Beliau berkahwin dengan Idris Koh Keng Hui yang berketurunan Cina Malaysia pada 26 Mac 2015 di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Sri Satria.[7]
Diskografi
Album
- Innocent Soul (2011)
- Aurora (2014)
Single
| Tahun | Tajuk | Album | Nota |
|---|---|---|---|
| 2011 | "Got to Go" | Innocent Soul | |
| 2013 | "Kau Yang Punya" | OK | menampilkan Malique dan single dari album beliau. |
| 2014 | "Before" | Aurora | |
| 2015 | "Seri Mersing" | Tiada album single | |
| "After The Rain" | menampilkan JUNY | ||
| "Sama Saja" | kolaborasi kreatif bagi pameran seni di Galeri Chandan, Publika, KL | ||
| 2017 | "Sentiasa Merinding" | bersama Imran Ajmain | |
| 2018 | "Ocean" | ||
| "Chinta" | Lagu Perang Bunyian Gamelan Malaysia | bersama monoloQue & single dari album beliau. | |
| 2019 | "Take Love Back" | Tiada album single | |
| 2020 | "Meikhtila" | menampilkan DARKO, Vandetta, Fook & Cee dan single versi baharu oleh Darko dengan kerjasama artis dari Malaysia, Singapore, dan Jerman bagi program SoundLab Asia Pacific 2016. |
Pencapaian
| Tahun | Anugerah | Nota | Hasil |
|---|---|---|---|
| 2011 | Artis Baru Terbaik | Beliau tercalon buat pertama kali dalam kategori ini serta anugerah lain pada Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18). | Menang |
| Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) | Beliau tercalon melalui lagu How Long Must I Wait (AIM18). | Tercalon | |
| Lagu Inggeris Tempatan Terbaik | Beliau tercalon melalui lagu Got To Go (AIM18).[8] | Menang |
Rujukan
- ^ Disangka berasal dari Lubnan, Najwa Mahiaddin tukar nama NJWA
- ^ “It's cool tapi bukan saya yang buat!” - Ucapan bapa ‘Ke Sana Ke Sini’ jadi lagu, Najwa Mahiaddin kata rakyat Malaysia kreatif. mstar. Dicapai pada 22 Jun 2020
- ^ NJWA pinjam semangat bapa bawa muzik tradisional ke peringkat antarabangsa. mstar. Dicapai pada 22 Jun 2020
- ^ "Yuna, Anuar Zain & Najwa Kuasai AIM18". Media Hiburan. Karangkraf. Dicapai pada 14 November 2011.
- ^ Kenneth Chaw (10 Februari 2014). "Najwa Mahiaddin releases new material". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-12. Dicapai pada 12 Mac 2014.
- ^ "Hadiah Hari Ibu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-26. Dicapai pada 2018-09-26.
- ^ "Anak TPM penyanyi Najwa Mahiaddin selamat diijab kabul". Malaysiakini. 26 Mac 2015. Dicapai pada 21 Mei 2018.
- ^ "Yuna sweeps three awards at AIM". New Straits Times. 12 November 2011. Dicapai pada 14 November 2011.
Pautan luar
- Najwa Mahiaddin di Last.fm
- Najwa Mahiaddin di Instagram
- NJWA di Youtube
- Rencana dengan pengenalan MusicBrainz
- Kelahiran 1986
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Penyanyi wanita Malaysia
- Penerbit rakaman Malaysia
- Penyanyi bahasa Inggeris di Malaysia
- Orang dari Kuala Lumpur
- Muhyiddin Yassin
- Keluarga Muhyiddin Yassin
- Anak ahli politik Malaysia
- WikiProjek Muhyiddin Yassin








