
Makam Puteri Limau Purut terletak di Kampung Gajah, Perak dan diselubungi pelbagai kisah legenda serta kepercayaan masyarakat tempatan walaupun Puteri Limau Purut adalah seorang puteri DiRaja Perak yang wujud dalam sejarah negeri Perak.
Kedudukan Makam

Makam ini boleh ditemui di kawasan bersejarah Pulau Tiga, berhampiran Kampung Gajah di Perak. Ia terletak beberapa kilometer dari Jambatan Kampung Gajah, di sebelah kiri jalan besar (jika datang dari arah tertentu). Kawasan ini sering diziarahi dan dijaga dengan baik oleh keturunan DiRaja Puteri Limau Purut. Di makam ini terdapat tiga (3) buah kubur dan kubur Tuan Puteri Limau Purut adalah kubur yang tengah.[1] Kubur di kiri dan kanan makam tuan puteri adalah milik dayang-dayang DiRaja yang dimakam bersama sewaktu kemangkatan tuan puteri.
Pinangan Sultan Aceh
Puteri Limau Purut, anakda puteri kepada Sultan Mukaddam Shah, Sultan Perak ke-6 adalah watak yang sangat terkenal dalam cerita rakyat Perak, dan makamnya menjadi lokasi yang sering diziarahi oleh pelawat dari dalam dan luar negeri Perak. Terdapat pelbagai kisah lagenda yang mengelilingi puteri ini, termasuk kisah cinta, sumpahan, dan misteri tentang baginda puteri walaupun dari segi sejarahnya beliau adalah watak yang sangat penting bagi sejarah Negeri Perak. Ini kerana, kecantikan beliau yang luar biasa telah tersebar luas keseluruh pelusuk negeri sehingga sampai ke pengetahuan Sultan Aceh, Sultan Iskandar Muda. Kecantikan Puteri Limau Purut menyebabkan Sultan Iskandar Muda telah menghantar rombongan DiRaja bagi meminang tuan puteri. Namun begitu, Sultan Aceh tidak tahu bahawa tuan puteri telahpun mangkat awal sebelum ketibaan rombongan DiRaja Aceh. Rombongan DiRaja Aceh tidak percaya akan berita kemangkatan tuan puteri dan merasa tertipu dengan jawapan Sultan Perak dan merasa ia adalah satu helah. Akhirnya, Sultan Aceh, Sultan Iskandar Muda membuat keputusan untuk menyerang negeri Perak kerana merasa terhina akibat pinangan baginda ditolak.[2]
Peta ke Makam
Lokasi ke makam adalah seperti link berikut. Kedudukan makam adalah lebih kurang 500 meter dari jalan utama, Jalan Tok Paduka Raja, Perak.
Rujukan
- ^ Sapiee, Radzi (2015-09-10). "SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART): Makam (Tomb of) Puteri Limau Purut". SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Dicapai pada 2025-12-10.
- ^ "Kisah Lagenda Puteri Limau Purut Di Perak (Bahagian 1)" (dalam bahasa Inggeris). 2017-03-12. Dicapai pada 2025-12-10.









