| مجليس ڤموليهن نڬارا | |
Kerajaan Malaysia | |
| Intisari agensi | |
|---|---|
| Dibentuk | 21 Julai 2021 |
| Dibubarkan | 21 Disember 2022 |
Eksekutif agensi |
|
Laman sesawang | pelanpemulihannegara |
Majlis Pemulihan Negara adalah sebuah majlis mesyuarat bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[1]
Antara tugasnya adalah untuk menyokong Jemaah Menteri dalam pelaksanaan langkah-langkah yang perlu diambil dalam Pelan Pemulihan Negara. Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan antara komponen utama dalam Pelan Pemulihan Negara antara yang paling diberikan perhatian. Selain daripada itu, proses memudahcara pembukaan sektor-sektor ekonomi, sosial dan keagamaan turut diberi perhatian.
Mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk mematuhi prosedur operasi standard bagi membendung wabak COVID-19 supaya dapat beralih dari pandemik kepada endemik.[2]
Sejarah
Majlis ini telah dicadangkan oleh Mahathir Mohamad bagi membantu kerajaan membendung wabak COVID-19 ini dan mencadangkan dirinya untuk menjadi Pengerusi.[3] Namun, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menegaskan, majlis ini akan dipengerusikan oleh beliau selaku bekas Perdana Menteri.
Setelah Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan pada 16 Ogos 2021 lalu, beliau sekali lagi dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.[4] Beliau kemudiannya menerima tanggungjawab tersebut dan menyatakan menerimanya secara sukarela dan tidak menerima sebarang imbuhan.[5]. Pada 21 Disember 2022, Perdana menteri ke 10, Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Majlis Pemulihan Negara dibubarkan berkuatkuasa 21 Disember 2022. [6]
Keanggotaan
Senarai keanggotaan
| Nama | Jawatan |
|---|---|
| Tan Sri Muhyiddin Yassin | Pengerusi bertaraf Menteri / Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8 |
| Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz | Menteri Kewangan |
| Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin | Menteri Kanan Pendidikan |
| Dato' Sri Fadillah Yusof | Menteri Kanan Kerja Raya |
| Khairy Jamaluddin Abu Bakar | Menteri Kesihatan |
| Tan Sri Bernard Giluk Dompok | Wakil Pakatan Harapan dari UPKO |
| Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad | Wakil Pakatan Harapan dari AMANAH |
| Chong Chieng Jen | Wakil Pakatan Harapan dari DAP |
| Wong Chen | Wakil Pakatan Harapan dari PKR |
| Tan Sri Nor Mohamed Yakcop | Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah |
| Tan Sri Azman Mokhtar | Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia |
| Tan Sri Anthony Francis Fernandes | Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia |
| Datuk Seri Wong Chun Wai | Penasihat Kumpulan Star Media Group Berhad |
| Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim | Fellow Kanan Institut Masa Depan Malaysia |
| Datuk Michael Kang Hua Keong | Presiden Kebangsaan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana |
| Prof. Dato' Dr. Adeeba Kamarulzaman | Profesor Perubatan dan Penyakit Berjangkit Universiti Malaya |
| Dato' Dr. Hartini Zainudin | Pengarah Yayasan Siti Sapura Husin |
| Dr. Sivakumar Thurairajasingam | Profesor Psikiatri dan Perubatan Psikologi Universiti Monash |
| Tan Sri Dato' Sri Dr. Sulaiman Mahbob | Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Majlis Pemulihan Negara |
Galeri
-
Duta Amerika Syarikat Brian McFeeters mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin
-
Duta Amerika Syarikat Brian McFeeters bergambar kenangan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin
-
Pertemuan antara empat mata membincangkan peranan dua negara dalam pemulihan dari wabak COVID-19
Rujukan
- ^ PM pengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara bersama pakar pelbagai bidang
- ^ Tan Sri Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara - KSN
- ^ Tun M cadang tubuh Majlis Pemulihan Negara
- ^ Tan Sri Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri - KSN
- ^ Tan Sri Muhyiddin terima jawatan Pengerusi MPN tanpa imbuhan
- ^ Majlis Pemulihan Negara dibubarkan








