Luqman Faiz | |
---|---|
Kelahiran | Luqman bin Abdul Halim Faiz 3 Mac 2000 |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2018–kini |
Luqman Abdul Halim Faiz (lahir 3 Mac 2000) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu sulungnya, "Kepuraanmu".[1]
Kerjaya
Single sulungnya, "Kepuraanmu" hasil nukilan Sirkhan, Rinkarnaen dan Sang Hitam dikeluarkan pada 27 April 2018 sekaligus memperkenalkan Luqman dalam industri muzik.[2][3] Ia mendapat perhatian selepas dipilih sebagai lagu tema drama Mawar Murni di TV3. Beliau kemudian melancarkan single keduanya, "Takhta Cinta". Luqman pernah ditawarkan menyertai Big Stage musim kedua, namun menolak secara baik kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajaran.[4]
Kehidupan peribadi
Luqman Faiz ialah anak kedua daripada tiga beradik dalam keluarganya. Ibunya ialah seorang guru agama dan bapanya telah lama meninggal dunia. Beliau menyambung pengajian dalam bidang Ukur Bangunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Seri Iskandar, Perak namun berhenti belajar dan mengikuti jurusan muzik di universiti sama kampus Shah Alam, Selangor.
Diskografi
Single
- Penampilan solo
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2018 | "Kepuraanmu" | |
2019 | "Takhta Cinta" | |
2021 | "Boneka Cinta" | |
2022 | "Loco Loco" | |
2024 | "Bahagiamu Tujuanku" |
- Bersama Fieya Julia
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2019 | "Senyuman Syawal" | |
2022 | "Mahligaimu Dari Airmataku" | Lagu asal dinyanyikan oleh Lestari (kumpulan muzik) |
2023 | "Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta" | |
2025 | "Rumit" |
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Bawah Blok | Arjuna | TV3 | Drama pertama |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Malaysia Hari Ini | Penyanyi Undangan | TV3 | Promo single "Kepuraanmu" |
2019 | Big Stage (musim ke-2) | Penyanyi Jemputan | Astro Ria | Minggu 4 duet bersama Chaleeda Gilbert |
MeleTOP | Bintang Tamu | |||
Feel Good Show | Penyanyi Jemputan | NTV7 | ||
I Can See Your Voice Malaysia (musim 2) | Penyanyi Undangan | TV3 | Showcase | |
2020 | Immortal Songs: Lagu Lama Menyengat Semula | Sebagai penyanyi undangan episod 3 | ||
Senang Terhibur | Tetamu Jemputan bersama Adam Lee, Syafie Naswip & Fimie Don | |||
2021 | Wanita Hari Ini | Bintang tamu bersama Fieya Julia | TV3 | |
2023 | Sofa Kentang Selebriti | Astro Ria | ||
2024 | Celoteh Yuwana | Pengacara bersama Cik Yan | Shah Alam Boardcasting Channel | Episod 14 |
2025 | Borak seeNi | Bintang tamu bersama Fieya Julia | Astro Prima | |
Wanita Hari Ini | TV3 | |||
Hiburan TV RTM | TV2 | |||
Big Stage Alpha | Astro Ria | |||
The Chosen One Xtra | Coach selebriti jemputan | Astro Ceria | Menggantikan Usop di konsert minggu ke 5 |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2019 | Anugerah MeleTOP Era 2019 | Artis Baharu MeleTOP | Dirinya sendiri | Tercalon | |
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | [5] |
Rujukan
- ^ Nor Eryani Yusup (19 Oktober 2020). "Luqman Faiz takut peminat lari". Kosmo!. Dicapai pada 13 Disember 2020.
- ^ "Biar poyo asal jaga prinsip - Luqman Faiz". Berita Harian. 26 Disember 2018. Dicapai pada 13 Januari 2019.
- ^ Budiey (14 Oktober 2018). "Luqman Faiz tujuh kali ulang rakaman demi Kepuraanmu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 Disember 2019.
- ^ Qarami Hashim (9 Ogos 2019). "Tolak peluang keemasan, Luqman Faiz dedah tidak sertai Big Stage - "Ikutkan dari musim pertama dah berharap"". mStar Online. Dicapai pada 13 Disember 2019.
- ^ "Luqman Faiz bolos lagi ABPBH". Berita Harian. 29 Oktober 2020. Dicapai pada 13 Disember 2020.