![]() | Rencana ini mungkin bersifat terlalu teknikal untuk bacaan umum.(April 2020) |


Lateks atau getah ialah sejenis bahan diperbuat daripada emulsi stabil yang terdiri daripada mikrozarah polimer dalam larutan berair.[1]:204–205
Bahan ini boleh diperolehi secara semulajadi daripada gumpalan kering cecair getah yang dihasilkan 10% daripada semua spesies tumbuhan berbunga[2] dan beberapa jenis cendawan (terutamanya spesies Lactarius).[3] Getah daripada pokok-pokok dan kulat-kulat ini merupakan emulsi kompleks yang terdiri daripada protein, alkaloid, pati, gula, minyak, tanin dan resin yang dirembeskan selepas tisu tumbuhan dirosakkan sebagai pertahanan daripada herbivor[2] dan fungivor.[4] yang mahu memakannya. Gumpalan-gumpalan getah tersebut berwarna putih seperti susu, tetapi ada yang mempunyai getah kuning, jingga, atau merah.[2]
Bahan lateks buatan dihasilkan dengan menggabungkan monomer seperti stirena yang telah dicampurkan dalam emulsi dengan surfaktan yang menjadi polimer.
Peristilahan
Perkataan lateks (Jawi: لاتيک س) dipinjamkan daripada kata latex dalam bahasa Latin yang bermaksud "cecair" atau "bendalir"; kata latex dipakai orang Barat kepada bahan cecair yang dihasilkan tumbuh-tumbuhan sejak 1662,[5]:3–4 kata latex dipakai kepada getah yang ditoreh daripada pokok Hevea pada 1736.[6] Istilah lateks juga dipakai utama kepada bahan getah asli dan produk yang diperbuat daripada bahan ini seperti sarung tangan, kondom, dan pakaian.[perlu rujukan]
Perkataan getah (Jawi: ݢته) asalnya dipakai kepada apa-apa jenis cecair yang dihasilkan daripada dalam batang apa-apa spesies tumbuhan termasuk rambung (Ficus elastica), jitan, beringin dan jelutung.[7]
Pembuatan
Lateks semula jadi
Kepingan getah dijual kepada pembeli tempatan. Susu getah menjadi beku dengan mencampur asid formik, digelek dalam mesin penggelek. Kepingan getah yang diasap di rumah asap dijadikan getah asap keping berbunga .
Susu getah cair dipanggil lateks. Lateks dijual kepada Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC), sebuah agensi kerajaan.
Agensi kerajaan iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menggalakkan pekebun kecil membangunkan kebun secara kelompok. Bantuan penanaman semula diberikan. Kontraktor dilantik untuk membantu menanam getah di kawasan terbiar dan pokok getah tua.
Di alam semula jadi, lateks ditemui sebagai cecair seperti susu, yang terdapat dalam 10% daripada semua tumbuhan berbunga (angiosperma)[2] dan dalam beberapa cendawan (terutamanya spesies Lactarius).[3] Ia adalah emulsi kompleks yang membeku apabila terdedah kepada udara, lateks beku terdiri daripada protein, alkaloid, kanji, gula, minyak, tanin, resin, dan gam. Ia biasanya dikeluarkan selepas tisu (batang pokok getah) ditoreh. Dalam kebanyakan tumbuhan, lateks berwarna putih, tetapi ada juga yang berwarna kuning, jingga, atau merah tua.
Lateks sintetik
Kegunaan


Getah digunakan untuk membuat tayar kereta, tayar kapal terbang, hos pengalih haba, pegas, pengelap cermin kereta, sisip pengadang lumpur, alas lantai kereta dan alas bateri.
Landasan keretapi menggunakan pelapik getah untuk mengurangkan gegaran dan geseran. Jambatan di kebanyakan lebuh raya menggunakan lapik getah untuk mengurangkan gegaran dan perubahan suhu. Di pelabuhan, getah digunakan untuk pelapik dermaga agar dermaga tidak bergegar.
Di Jepun yang selalu menghadapi masalah gempa bumi, getah diletakkan di bawah bangunan agar gegaran dapat dikurangkan dan tidak mudah runtuh.
Lain-lain barangan ialah tilam, sarung tangan, hos, permaidani, tikar getah dan kasut. Jaket dan but keselamatan juga diperbuat daripada getah.
Kini kayu getah amat menarik perhatian kerana berwarna putih cerah dan garisan halus yang timbul. Banyak perkakas di rumah dan perabot menggunakan kayu getah. Tidak kurang 50,000 jenis barangan dibuat daripada getah.
Pakaian
Banyak jenis pakaian menggunakan lateks. Apabila dipakai pada badan (atau disapu terus dengan cat yang dibuat daripada lateks), ianya cenderung untuk melekat ketat pada kulit, menghasilkan kesan seakan-akan kulit kedua.[9] Pakaian lateks biasanya dipakai untuk tujuan fetisy atau fesyen.
Aplikasi industri dan biologi bagi lateks sintetik
Lateks sintetik digunakan dalam salutan (contohnya, cat lateks) dan gam kerana ia mengeras melalui penggabungan zarah polimer apabila air menguap. Oleh itu, lateks sintetik ini boleh membentuk filem tanpa melepaskan pelarut organik yang berpotensi toksik ke alam sekitar. Kegunaan lain termasuk bahan tambahan simen dan untuk menyembunyikan maklumat pada kad gores. Lateks yang biasanya berasaskan stirena juga digunakan dalam imunoassai.[10]
Reaksi alahan
Sesetengah orang hanya mengalami alahan ringan apabila terdedah kepada lateks, dengan gejala seperti ekzema, dermatitis kontak, atau pembentukan ruam.[11] Yang lain mempunyai alahan lateks yang serius, dan pendedahan kepada produk lateks seperti sarung tangan boleh menyebabkan kejutan anafilaksi. Lateks spesies Parthenium argentatum hanya mempunyai 2% kandungan protein yang terdapat dalam lateks getah pokok Hevea, dan ia sedang dikaji sebagai pengganti yang sensitif atau kurang menyebabkan alahan.[12] Selain itu, proses kimia boleh digunakan untuk mengurangkan jumlah protein antigenik dalam lateks dari tumbuhan Hevea, menghasilkan bahan alternatif seperti Vytex Natural Rubber Latex yang memberikan pengurangan ketara dalam pendedahan kepada alergen lateks.
Kira-kira separuh daripada orang yang menghidap spina bifida juga alah kepada getah lateks semula jadi. Orang yang telah menjalani banyak pembedahan dan yang telah terdedah kepada lateks semula jadi untuk tempoh yang lama juga lebih mudah terdedah kepada alahan lateks.[13]
Sindrom buah-lateks
Ramai orang yang mempunyai alahan bahan lateks juga mengalami reaksi alahan terhadap jenis buah-buahan tertentu. Perkaitan ini telah membawa kepada penyelidikan mengenai sindrom buah-lateks (LFS), iaitu, fenomena yang dicirikan oleh kereaktifan silang antara alergen getah lateks semula jadi dan alergen buah-buahan tertentu, yang membawa kepada reaksi alahan pada individu yang sensitif. Ia pertama kali diterangkan oleh Blanco et al. pada tahun 1994.[14]
Dalam ulasan komprehensif tahun 2024 oleh Gromek et al., 30 tahun terakhir penyelidikan mengenai sindrom ini telah diringkaskan, dengan fokus pada kelazimannya, tindak balas silang yang biasa, dan manifestasi klinikal. Ulasan tersebut mendapati bahawa kelaziman LFS pada pesakit yang alah kepada lateks adalah sangat berbeza-beza, antara 4% hingga 88%, bergantung pada kaedah diagnostik, wilayah geografi, dan populasi kajian. Buah-buahan yang paling sering dikaitkan dengan LFS termasuk pisang, avokado, buah kiwi, dan betik. Manifestasi klinikal kebanyakannya bersifat sistemik, dengan 73% gejala hipersensitiviti bersifat sistemik dan 27% setempat. Gromek et al. juga menekankan keperluan untuk kriteria diagnostik dan sistem penggredan keparahan yang standard untuk meningkatkan ketepatan diagnosis dan rawatan LFS.[15]
Masa depan
Pada suatu masa, getah sintetik ataupun anjing kurap tiruan bersaing dengan hebatnya dengan getah asli. Bagaimanapun, dengan kenaikan harga minyak, getah asli mempunyai peluang yang cerah dengan daya saing yang lebih. Ini disebabkan di atas beberapa fakta.
- Harga getah sintetik akan naik kerana minyak yang merupakan bahan utama semakin mahal.
- Bekalan getah asli kurang akibat harga getah yang rendah sebelum ini. Pokok getah baru memerlukan masa untuk matang.
- Bekalan getah sedia ada pada masa ini mendapat permintaan yang tinggi daripada negara China. Ini menyebabkan tiada bekalan bagi menampung permintaan yang meningkat.
Lihat juga
Nota-nota
Rujukan
- ^ Wang, Hui; Yang, Lijuan; Rempel, Garry L. (April 2013). "Homogeneous Hydrogenation Art of Nitrile Butadiene Rubber: A Review". Polymer Reviews. 53 (2): 192–239. doi:10.1080/15583724.2013.776586. S2CID 96720306.
- ^ a b c d Agrawal, Anurag A.; Konno, Kotaro (2009). "Latex: a model for understanding mechanisms, ecology, and evolution of plant defense Against herbivory". Annual Review of Ecology, Evolution, and Systematics. 40: 311–331. doi:10.1146/annurev.ecolsys.110308.120307. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Agrawal" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b "Mushroom latex". website.nbm-mnb.ca (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-30.
- ^ Taskirawati, I. and Tuno, N., 2016. Fungal defense against mycophagy in milk caps. Science Report Kanazawa University, 60, pp.1-10.
- ^ Mahlberg, Paul G. (Januari 1993). "Laticifers: an historical perspective". The Botanical Review. 59 (1): 1–23. doi:10.1007/bf02856611.
- ^ Loadman, M. J. (2012). Analysis of Rubber and Rubber-like Polymers. Springer Science & Business Media. m/s. 6–7. ISBN 978-94-010-5905-3.
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "gĕtah". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 363–364 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ a b c Slomkowski, Stanislaw; Alemán, José V.; Gilbert, Robert G.; Hess, Michael; Horie, Kazuyuki; Jones, Richard G.; Kubisa, Przemyslaw; Meisel, Ingrid; Mormann, Werner; Penczek, Stanisław; Stepto, Robert F. T. (2011). "Terminology of polymers and polymerization processes in dispersed systems (IUPAC Recommendations 2011)" (PDF). Pure and Applied Chemistry. 83 (12): 2229–2311. doi:10.1351/PAC-REC-10-06-03. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 20 Oktober 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Kink and everyday life : interdisciplinary reflections on practice and portrayal (dalam bahasa Inggeris). Kylo-Patrick R. Hart, Teresa Cutler-Broyles. Bingley. 2021. ISBN 978-1-83982-918-5. OCLC 1262726608. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-06-02. Dicapai pada 2021-12-29.CS1 maint: others (link)
- ^ Akamine, Y.; Sato, S.; Kagaya, H.; Ohkubo, T.; Satoh, S.; Miura, M. (2018-04-20). "Comparison of electrochemiluminescence immunoassay and latex agglutination turbidimetric immunoassay for evaluation of everolimus blood concentrations in renal transplant patients". Journal of Clinical Pharmacy and Therapeutics (dalam bahasa Inggeris). 43 (5): 675–681. doi:10.1111/jcpt.12686. ISSN 0269-4727. PMID 29679392.
- ^ "Latex Allergy | Causes, Symptoms & Treatment". ACAAI Public Website (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-24. Dicapai pada 2019-03-24.
- ^ Anderson, Christopher D.; Daniels, Eric S. (8 May 2018). Emulsion Polymerisation and Latex Applications (dalam bahasa Inggeris). iSmithers Rapra Publishing. ISBN 9781859573815. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 June 2024. Dicapai pada 8 May 2018 – melalui Google Books.
- ^ "Latex allergy - Symptoms and causes". mayoclinic.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2013. Dicapai pada 8 May 2018.
- ^ Templat:Cite journal?
- ^ Gromek, Weronika; Kołdej, Natalia; Świtała, Szymon; Majsiak, Emilia; Kurowski, Marcin (2024-07-19). "Revisiting Latex-Fruit Syndrome after 30 Years of Research: A Comprehensive Literature Review and Description of Two Cases". Journal of Clinical Medicine (dalam bahasa Inggeris). 13 (14): 4222. doi:10.3390/jcm13144222. ISSN 2077-0383. PMC 11278189 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 39064262 Check|pmid=
value (bantuan).
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Getah |
![]() |
Cari getah dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Media berkenaan latex di Wikimedia Commons