![]() Seekor labradoodle jantan perang | |||||||||
Nama lain | Labradoodle Australia | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Australia | ||||||||
| |||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Labradoodle[a] ialah satu baka silang anjing yang diwujudkan dengan menyilangkan anjing pengutip Labrador dengan pudel piawai atau katik. Labradoodle diniatkan untuk menjadi pilihan bagus untuk orang yang alah terhadap dander anjing.
Australian Labradoodle Association ("Persatuan Labradoodle Australia"), iaitu sebuah pertubuhan yang dikendalikan oleh pembiak baka labradoodle, berkata bahawa ia "pada umumnya dianggap sebagai anjing sihat". Walau bagaimanapun, mereka juga menyatakan bahawa displasia pinggul dan siku merupakan masalah lazim yang menjejaskan labradoodle.[1][b] Penyakit lain termasuk penyakit mata dan penyakit Addison.[3][4] Wally Conron dari Australia, yang dikreditkan kerana mencipta baka ini, telah mengulas bahawa labradoodle sihat adalah "sedikit dan jarang" dan kebanyakannya "gila atau mempunyai masalah kebakaan".[1]
Sejarah pembiakbakaan
Asal usul
Pembiak baka Australia Wally Conron memperkenalkan baka silang ini kepada Royal Guide Dog Association of Australia ("Persatuan Anjing Pandu Diraja Australia") di Victoria. Conron berharap agar gabungan lapis bulu kurang gugur pada pudel, bersama-sama dengan kelembutan dan kebolehlatihan anjing pengutip Labrador, akan menyediakan anjing pandu yang sesuai untuk orang dengan alahan terhadap bulu dan dander. Beliau berharap agar nama menarik dan dakwaan mengenai alahan akan mengimbangi stigma yang dikaitkan dengan baka kacuk dan, dengan itu, membantu beliau menjual perinduk beliau.[5][6][7][8]
Sultan, iaitu seekor anjing daripada perinduk ini, memaparkan semua kualiti yang dicari oleh Conron dan bekerja sebagai anjing pandu untuk seorang wanita di Hawaii selama sepuluh tahun.[5]
Sejak itu, Conron telah berulang kali menyatakan bahawa beliau menyesal kerana memulakan trend untuk jenis baka silang ini dan mengekalkan pernyataan bahawa ini menyebabkan "banyak kerosakan" dan "banyak masalah", sebahagian besarnya berpunca daripada ketidakbolehramalan genetik bagi penggabungan baka. Beliau berasa bahawa beliau patut dipersalahkan atas rentetan pembiak baka tidak beretika yang menghasilkan kilang anak anjing labradoodle dan kerana mencipta "Frankenstein", sambil menambahkan pernyataan bahawa masalah dibiakbakakan ke dalam anjing dan tiada pula pembiakbakaan terpilih untuk menyingkirkan masalah dan untuk menuju piawaian yang boleh diiktiraf. Conron selanjutnya dipetik mendakwa bahawa "untuk setiap [anjing] sempurna, anda akan mendapati banyak yang gila."[9]
Program pembiakbakaan anjing pandu susulan
Buat masa ini, seperti baka kacuk lain, labradoodle tidak dianggap sebagai baka tulen atau baka oleh AKC dan persatuan kelab kenel utama lain di Amerika Utara dan di seluruh dunia.[10] Secara teknikal, ia merupakan hibrid daripada dua baka tulen dan bukan pula baka baharu. Pada tahun 2010, AKC mula mengizinkan pemilik baka kacuk mendaftarkan anjing mereka melalui program penyenaraian alternatif untuk menerima nombor ID AKC.[11]
Guide Dogs Victoria tidak lagi membiakbakakan labradoodle,[5] walaupun ia dibiakbakakan oleh pertubuhan anjing pandu dan anjing pembantu lain di Australia dan di tempat lain.[12] The Association for the Blind of Western Australia ("Persatuan untuk Orang Buta Australia Barat") telah memperkenalkan labradoodle ke dalam program pelatihan mereka. Anjing pertama mereka, iaitu Jonnie, menamatkan latihan pada November 2010.[13][14] Labradoodle kini digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai anjing pandu, anjing pembantu, dan anjing terapi.[15][16] Ia juga merupakan anjing keluarga popular.[5]
Penampilan dan perangai

Oleh sebab labradoodle ialah silangan antara dua baka anjing dan bukan baka sendiri, anak anjing dalam generasi kacuk awal tidak mempunyai ciri yang boleh diramal secara tekal. Penyilangan pertama pudel dengan labrador menghasilkan variasi dari segi penampilan, saiz, lapis bulu, dan perangai. Maka, walaupun kebanyakan labradoodle mengongsi sesetengah trait lazim, penampilan dan ciri tingkah lakunya berbeza-beza secara meluas.[5]
Bulu labradoodle berkisar daripada mirip dawai hingga lembut, dan mungkin lurus, beralun, atau keriting.[5][c] Labradoodle kerap memaparkan kesemendaan untuk air dan keupayaan renang kuat daripada baka induknya.[5] Seperti kebanyakan anjing pengutip Labrador dan pudel, labradoodle pada umumnya ramah, bertenaga, dan baik dengan keluarga dan kanak-kanak.[5]
Jenis
Isu susur galur pembiakbakaan

Yang lain membiakbakakan labradoodle dengan labradoodle sepanjang generasi berturut-turut dan mencuba untuk mengasaskan baka anjing baharu. Anjing ini biasanya dirujuk sebagai labradoodle berbilang generasi atau labradoodle Australia berbilang generasi.[5][17]
Program pembiakbakaan labradoodle Australia
Labradoodle Australia juga berbeza daripada labradoodle pada umumnya kerana mungkin juga mempunyai baka lain dalam keleluhurannya. Dua ekor spaniel air Ireland dan terier gandum berbulu lembut digunakan dalam sesetengah susur galur labradoodle Australia. Anjing pengutip berbulu keriting juga digunakan, tetapi susur galur ini tidak memuaskan dan tidak lagi digunakan untuk pembiakbakaan. Perselisihan dalam program ini telah menyebabkan sesetengah kumpulan meneruskan progam dengan susur galur berlainan seperti dalam kes cobberdog Australia.[17]
Tekstur dan warna lapis bulu
Lapis bulu labradoodle terbahagi kepada tiga kategori: wul, biri-biri, atau helaian.[c][5]
Warna lapis bulu labradoodle termasuk coklat, kopi, pacmen, krim, emas, aprikot, merah, hitam, perak, kapur, gandaria, dan kelabu kebiru-biruan. Corak lapis bulu sama ada padu, tanda-tanda abstrak putih, berwarna-warni, fantom, atau triwarna.[18]

Saiz
Labradoodle dapat mempunyai saiz berlainan, bergantung pada saiz induk jantan dan induk betina yang digunakan, dan nama saiznya pada umumnya mengikuti nama yang digunakan untuk pudel: katik, sederhana, dan piawai. Labradoodle katik biasanya berukuran seberat sekitar 18–28 lb (8.2–12.7 kg), yang sederhana seberat sekitar 26–45 lb (12–20 kg), dan yang piawai dapat berukuran seberat 45–75 lb (20–34 kg).[5]
Kesihatan
Labradoodle dapat mengalami masalah yang lazim pada baka induknya. Pudel dan anjing pengutip Labrador dapat menghidap displasia pinggul. Baka induk juga dapat menghidap sebilangan kecelaruan mata.[19] Terdapat juga kes kecelaruan saraf, termasuk epilepsi.
Displasia sendi
Displasia siku ialah isu lazim yang diketahui pada baka induk, serupa dengan displasia pinggul. Isu ini menjadi lebih prevalen akibat pertumbuhan pesat semasa peringkat anak anjing.[20][21]
Penyakit mata kongenital
Sebuah kajian mendapati bahawa labradoodle United Kingdom mempunyai insiden lebih tinggi (4.6%) bagi displasia retina multifokal (MRA) berbanding dengan anjing pengutip Labrador. Katarak adalah lazim juga (3.7%) tetapi prevalens adalah sebanding dengan prevalens pada labrador.[3]
Penyakit Addison
Terdapat bukti bagi sesetengah kejadian penyakit Addison pada labradoodle Australia.[4][22]
Jangkitan telinga
Labradoodle adalah sangat cenderung terhadap jangkitan telinga kerana telinga terkelepai panjangnya.[23]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: لابرادودل
- ^ Australian Labradoodle Association of America ("Persatuan Labradoodle Australia Amerika")[2] yang mewakili pembiak baka labradoodle, berkata bahawa haiwan ini 'pada umumnya dianggap sebagai anjing sihat' tetapi mempunyai sesetengah masalah lazim, tetapi ekstrem, seperti displasia pinggul dan siku.[1]
- ^ a b Labradoodle berlapis bulu lurus dikatakan mempunyai lapis bulu "helaian", anjing berlapis bulu beralun mempunyai lapis bulu "biri-biri", dan anjing berlapis bulu keriting mempunyai lapis bulu "wul". Lapis bulu wul mempunyai keriting halus dan berpenampilan serupa dengan penampilan pudel, tetapi dengan tekstur lebih lembut. Lapis bulu biri-biri adalah lembut dan mengalir bebas, dengan penampilan keriting atau beralun. Lapis bulu helaian dapat bersifat keriting, lurus, atau beralun, tetapi bertekstur lebih serupa dengan lapis bulu labrador.[5]
Rujukan
- ^ a b c Miller, Ryan W. (26 September 2019). "'A Frankenstein monster': Why the Labradoodle creator regrets breeding the dogs" ['Raksasa Frankenstein': Sebabnya pencipta labradoodle sesal biak bakakan anjing itu] (dalam bahasa Inggeris). USA Today. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ "Home" [Laman] (dalam bahasa Inggeris). Australian Labradoodle Association of America. 15 Januari 2016. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ a b Oliver, James Andrew Clive; Gould, David J. (14 April 2012). "Survey of ophthalmic abnormalities in the labradoodle in the UK" [Tinjauan keabnormalan mata pada labradoodle di United Kingdom]. Veterinary Record (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 170 (15): 390. doi:10.1136/vr.100361. ISSN 2042-7670. PMID 22278634. S2CID 5932838.
- ^ a b Waitz, Krista (Oktober 2008). "Addison's Disease" [Penyakit Addison] (dalam bahasa Inggeris). Goldendoodles.com. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ a b c d e f g h i j k l Bennett Woolf, Norma (1 November 2006). Hot Dogs: Fourteen of the Top Designer Dogs [Hot Dogs: Empat Belas Anjing Pereka Teratas] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 20–29. ISBN 9780764135125. OCLC 74670981.
- ^ "Labradoodle" [Labradoodle] (dalam bahasa Inggeris). Animal-World. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Disember 2012. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ "My Story: I Designed a Dog" [Kisah Saya: Saya Mereka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Reader's Digest. 8 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2012. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ "The world's first labradoodle" [Labradoodle pertama di dunia] (dalam bahasa Inggeris). BBC. 18 April 2023. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ Walker, Ben (6 Februari 2014). "Labradoodle creator laments designer dog craze" [Pencipta labradoodle rintih kegilaan anjing pereka] (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2024. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ "Dog Breeds" [Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ "AKC Announces New Program for Mixed Breeds" [AKC Mengumumkan Program Baharu untuk Baka Kacuk] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 14 April 2009. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ "A Guide Dog with a difference" [Anjing Pandu dengan perbezaan] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Association of the Blind of WA. 7 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 6 Julai 2011. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ "Busselton Guide Dog Graduation" [Graduasi Anjing Pandu Busselton] (dalam bahasa Inggeris). Association of the Blind of WA. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2011. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ "New dog in town" [Anjing baharu di pekan] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Association of the Blind of WA. 2 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 6 Jun 2011. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ "Colchester: More than puppy love!" [Colchester: Lebih daripada cinta anak anjing!] (dalam bahasa Inggeris). Daily Gazette. 17 Jun 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2014. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ Altonn, Helen (28 Jun 2004). "What do you get when you breed Labradors with poodles?" [Anda dapat apa apabila biak bakakan labrador dengan pudel?] (dalam bahasa Inggeris). Honolulu Star-Bulletin. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Januari 2008. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ a b "FAQ: AUSTRALIAN LABRADOODLES" [SOALAN LAZIM: LABRADOODLE AUSTRALIA] (dalam bahasa Inggeris). Goldendoodles.com. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ "IALA Breed Standard (1997 revised 2007)" [Piawaian Baka IALA (1997 disemak 2007)] (dalam bahasa Inggeris). International Australian Labradoodle Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Oktober 2012. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ Lust, George; Williams, Alma Jo; Burton-Wurster, Nancy I.; Pijanowski, Gerald James; Beck, Kathy A.; Rubin, Gail; Smith, Gail K. (1 Disember 1993). "Joint laxity and its association with hip dysplasia in Labrador Retrievers" [Kelonggaran sendi dan perkaitannya dengan displasia pinggul pada anjing pengutip Labrador]. American Journal of Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 54 (12): 1990–1999. doi:10.2460/ajvr.1993.54.12.1990. ISSN 1943-5681. PMID 8116927. S2CID 19349021.
- ^ Becker, Sharon (24 Jun 2017). "Common Health Issues and Life Expectancy of the Labradoodle" [Isu Kesihatan Lazim dan Jangka Hayat Labradoodle] (dalam bahasa Inggeris). Labradoodle Mix. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mac 2017. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ Mäki, Katariina; Groen, Abraham Fulp; Liinamo, Anna-Elisa; Ojala, Matti Juhani (Oktober 2001). "Population structure, inbreeding trend and their association with hip and elbow dysplasia in dogs" [Struktur populasi, trend pembiakbakaan dalam, dan perkaitan kedua-duanya dengan displasia pinggul dan siku pada anjing]. Animal Science (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. 73 (2): 217–228. doi:10.1017/S1357729800058197. ISSN 1748-748X. S2CID 83423606.
- ^ "Addison's Disease and the Labradoodle" [Penyakit Addison dan Labradoodle] (dalam bahasa Inggeris). Australian Labradoodle Association of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mei 2009. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ^ "Ear infections in Dogs – Tips on Prevention and Treatment" [Jangkitan telinga pada Anjing – Petua untuk Pencegahan dan Rawatan] (dalam bahasa Inggeris). My Vet Animal Hospital. 13 Disember 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2022. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
Bacaan lanjut
- Donaldson-Evans, Catherine (25 Julai 2002). "Dogs Made to Order" [Anjing Dibuat untuk Dipesan] (dalam bahasa Inggeris). Fox News. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- Rubin, Alex (7 Julai 2002). "Dogs: I'm A 'Labradoodle' Dandy" [Anjing: Saya Jurusolek Labradoodle] (dalam bahasa Inggeris). Newsweek. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mac 2010. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Labradoodle |
- "Home" [Laman] (dalam bahasa Inggeris). Australian Labradoodle Association of America. 15 Januari 2016. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- "WALA | Worldwide Australian Labradoodles Association" (dalam bahasa Inggeris). Worldwide Australian Labradoodle Association. Dicapai pada 3 Oktober 2025.