Akim & The Majistret | |
|---|---|
| Juga dikenali sebagai | ATM |
| Asal | Kuala Lumpur |
| Genre | Pop |
| Tahun aktif | 2014 |
| Kegiatan berkaitan | Akim Ahmad |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Akim & The Majistret (ATM) ialah sebuah kugiran muzik rock yang semakin dikenali dalam bidang muzik arus perdana Malaysia sejak 2014 dengan lagu "Mewangi". Semenjak dibentuk pada tahun 2014 sebagai eksperimen hasil cetusan idea Akim Ahmad, kugiran ini telahpun melancarkan album studio sulung mereka, Patriot pada Ogos 2015. Lagu "Mewangi" dan "Potret" yang disambut hangat di corong-corong radio, mengungguli kebanyakan carta lagu stesen-stesen radio di Malaysia.
Single kedua Akim & The Majistret iaitu "Potret" telah meraih kejayaan terbesar dalam Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) apabila mereka berjaya membolot anugerah Persembahan Terbaik sekaligus dinobatkan sebagai Juara Lagu menewaskan lagu "Assalamualaikum" (Faizal Tahir) di tempat kedua dan lagu "Hanya Nama-Mu" (Caliph Buskers) di tempat ketiga.
Pada 2016, terdapat kekeliruan tentang lagu Hanya Padamu di mana lagu itu telah dimuat naik menerusi Spotify, Youtube, JOOX dan sebagainya dengan tetapan nama " Akim & The Majistret " . Namun, setelah pemberitahuan secara rasmi oleh vokalis kumpulan ini di stesen radio Hot FM, lagu tersebut merupakan lagu solo vokalis itu sendiri iaitu Akim Ahmad .
ATM di jangka bakal mengeluarkan album terbaru mereka yang di beri nama PLANET ATM pada tahun 2019 , selepas single "Rampas" di keluarkan pada September 2018 , single terbaru mereka yang berjudul "Yang Satu" dikeluarkan pada 18 Ogos 2019
ATM juga telah mengeluarkan single terbaru mereka berjudul "Stereotype" , hasil gandingan Akim Ahmad dan Zimi yang masing-masing menggunakan nama pena, Hang Nadim dan Laq [1].
September 2019, Zimi (Gitar), Afiez (Keyboardist) & Rajwan (Digital Drum) meninggalkan Akim & The Majistret. Pada tahun 2023, Zimi dan Afiez telah kembali bersama menjadi ahli kumpulan Akim & The Majistret serta melancarkan single terbaru mereka berjudul "Saksama".
Ahli
Ahli Terkini
- Akim Ahmad (Hang Nadim)
- Zarimi Bin Zahari (Zimi/Laq)
- Freddy Ady Putra (Beby)
- Faiz Azizi Arlis (Gjie)
- Fairuz (Faoq)
- Safwan Hasnan (Wan)
- Afiez Azam
Bekas Ahli
- Rajwan(Digital Drum)
Diskografi
Album Studio
- Patriot (2015)
Single
| Tahun | Tajuk | Kedudukan | Album | ||
|---|---|---|---|---|---|
| ERA FM [2] |
Hot FM [3] |
Muzik Muzik [4] | |||
| 2014 | Mewangi | 1 | 1 | 1 | Patriot |
| 2015 | Potret | 1 | 1 | 1 | |
| Obses | 1 | 1 | 1 | ||
| 2016 | Lygophobia | 32 | 22 | 0 | OST Bisik Pada Langit |
| 2017 | Anugerah | 0 | 16 | 0 | Patriot |
| Lagu Untuk Laila | 5 | 19 | 1 | Single | |
| 2018 | Stereotype | 1 | Single | ||
| Rampas | 1 | 1 | Single | ||
| 2019 | Yang Satu | Single | |||
Anugerah dan Pencapaian
Anugerah Juara Lagu
| Anugerah Juara Lagu (AJL) | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Tahun | Lagu | Album | Komposer | Penulis Lirik | Kategori | Keputusan |
| 2015 | Potret | Patriot | Hang Nadim | Kamar Empayar | Terbuka | Menang
|
| Hang Nadim | Kamar Empayar | Persembahan Terbaik | Menang | |||
| 2016 | Obses | Hang Nadim, Laq | Hang Nadim, Laq | Terbuka | Tercalon | |
| 2019 | Rampas | Hang Nadim, Laq | Bunga Cantik | TBA | Tercalon | |
Anugerah MeleTOP Era
| Anugerah MeleTOP Era (AME) | ||||
|---|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Keputusan | Tewas Kepada | |
| 2015 | Grup / Duo Meletop | Menang | ||
| 2016 | Grup / Duo Meletop | Menang | ||
| 2017 | Grup / Duo Meletop | Tercalon | Faizal Tahir & Dato' Siti Nurhaliza | |
| 2018 | Grup / Duo Meletop | Tercalon | Hael Husaini & Dayang Nurfaizah | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
| Tahun | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|
| 2015 | Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular | Menang |
| 2016 | Tercalon | |
| 2017 | Menang | |
| 2018 | Tercalon | |
| 2025 | Tercalon |
Rujukan
- ^ Pembaharuan Akim & The Majistret. kosmo. Dicapai pada 1 Januari 2019.
- ^ "Carta ERA 40". ERA FM.
- ^ "Hot FM 30". Hot FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-12. Dicapai pada 2017-02-12.
- ^ "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik.
Pautan Luar
- Akim & The Majistret Official di Instagram









