"Hening Rindu" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Marsha Milan | ||||
daripada album Ceritera | ||||
Dilancarkan | 25 April 2024 | |||
Format | ||||
Genre | ||||
Panjang | 3:56 | |||
Syarikat | Universal Music - Alternate Records | |||
Penulis | Ikhwan Fatanna Wan Saleh | |||
Penerbit | Ikhwan Fatanna Wan Saleh | |||
Kronologi single Kronologi single Marsha Milan | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
"Hening Rindu" ialah lagu yang yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Marsha Milan. Lagu ini dicipta oleh Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dan liriknya ditulis oleh Ikhwan Fatanna, dan dilancarkan pada 25 April 2024. Lagu ini kemudian dimuatkan dalam album "Ceritera" yang dilancarkan pada 6 Disember 2024. Lagu ini menjadi runut bunyi rasmi bagi drama Aku Bukan Ustazah yang bersiaran di Slot Akasia, TV3 dari 3 Mei hingga 11 Jun 2024.
Lagu ini dinobatkan sebagai pemenang anugerah muzik terkemuka Malaysia, Anugerah Juara Lagu ke-39 pada 16 Februari 2025.[1]
Sejarah keluaran
Negara | Tarikh keluaran | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 25 April 2024 | Muat turun digital[2], Penstriman digital[3] | Alternate Records |
Rujukan
- ^ Nur Emira Saizali, Nur Al-Faizura Syarfa Nor Saidi (17 Februari 2025). "AJL 39: Kejutan! 'Hening Rindu' Marsha Milan julang trofi juara". Kosmo. Dicapai pada 18 Februari 2025.
- ^ "Hening Rindu - Single by Marsha Milan". iTunes. 25 April 2024. Dicapai pada 22 Februari 2024.
- ^ "Hening Rindu - Single by Marsha Milan". Spotify. 25 April 2024. Dicapai pada 22 Februari 2024.