![]() |

Dalam perlumbaan basikal kompetitif, kit berbasikal (Jawi: كيت برباسيکل), seragam berbasikal (Jawi: سراڬم برباسيكل), atau uniform berbasikal (Jawi: اونيفورم برباسيكل) merupakan peralatan dan pakaian standard yang dipakai khusus oleh atlet yang menyertai sukan ini. Pakaian ini berbeza daripada pakaian yang dipakai dalam bentuk berbasikal lain, seperti berbasikal untuk berulang-alik dan rekreasi (di mana orang ramai cenderung memakai pakaian jalanan biasa,[1] mungkin dengan kot atau baju hujan).[2] Kit kompetitif menggunakan bahan dan ciri teknikal dan prestasi untuk meningkatkan kecekapan dan keselesaan. UCI menetapkan kit dan reka bentuk yang digunakan oleh pengayuh.[3]
Kit berbasikal telah berkembang dengan ketara sejak awal kemunculan sukan ini apabila peserta memakai jersi bulu.[4] Kemajuan terkini dalam pembuatan dan teknologi telah membolehkan reka bentuk yang lebih ringan, lebih selesa, berwarna-warni, dan kompleks dihasilkan.[5] Kit berbasikal pada masa kini dibuat terutamanya dengan bahan sintetik, seperti Lycra, yang mengikut bentuk badan, sekali gus mengurangkan seretan dengan menghapuskan fabrik longgar serta meningkatkan keselesaan.[6] Kit tempahan khas dengan potongan yang disesuaikan mengikut pesanan semakin menjadi kebiasaan bagi individu, kelab, dan pasukan untuk menghasilkan kit dengan reka bentuk tersuai. Jenama terkenal termasuk Adidas, Castelli, Pearl Izumi, Rapha, dan Santini SMS.
Dalam pertandingan berbasikal profesional, kit pasukan biasanya dihiasi dengan logo dan iklan penaja, manakala skema warna dan corak yang tersendiri berfungsi sebagai petunjuk visual peranan tertentu atau kedudukan kepimpinan dalam perlumbaan. Semasa acara, pelumba basikal melekatkan tag nombor perlumbaan di bahagian belakang jersi mereka, dengan tag pendua sering dilekatkan pada basikal mereka.[7] Sebagai cara untuk menjana pendapatan untuk pasukan profesional, kit replika biasanya disediakan untuk pembelian oleh peminat, membolehkan peminat meniru pelumba kegemaran mereka.
Peralatan untuk pengayuh basikal
Peralatan asas
Peralatan asas yang dinyatakan dalam panduan peraturan teknikal UCI (Bahagian 3: pakaian penunggang) termasuk sehelai jersi berlengan, sepasang seluar pendek dan mungkin sehelai sut kulit.[8]
Umumnya, kit berbasikal musim panas yang biasa (sama ada perlumbaan atau tidak) terdiri daripada:[9][10][11][12]
- Topi keledar: perlindungan kepala sekiranya berlaku jatuh
- Jersi berbasikal: menutupi bahagian torso
- Seluar bib atau seluar pendek: untuk bahagian bawah badan dan selalunya termasuk pad untuk menambah keselesaan
- Sut kulit: satu alternatif pakaian sekeping yang menggabungkan jersi dan seluar pendek yang biasa digunakan dalam percubaan masa
- Stokin: biasanya panjang sederhana
- Kasut berbasikal: kasut yand dikhususkan dengan tapak kaki yang keras untuk pemindahan kuasa yang cekap
- Cleat: untuk dilekatkan pada pedal
dan pada musim bunga/luruh, pakaian tambahan ini:[11]
- Gilet: selalunya nipis dan boleh dilipat ke dalam poket belakang untuk hari yang lebih sejuk atau berangin
- Pemanas lengan: sarung lengan yang boleh dipakai secara berasingan
- Pemanas kaki: sama seperti seluar sama sendat yang menawarkan kehangatan tambahan
- Lapisan asas: Dipakai di bawah jersi dan tali seluar bib untuk kehangatan tambahan
dan pada musim sejuk, pakaian tambahan ini:[11][13][14]
- Pemanas kepala: perlindungan tambahan daripada angin dan hujan, yang mungkin juga menutupi telinga
- Pemanas leher: perlindungan untuk leher, sebagai ganti skarf (yang mungkin terjatuh)
- Jaket: jaket boleh nipis atau bertebat, kalis angin dan/atau kalis air untuk hari yang sejuk
- Seluar sama sendat bib: sebagai ganti seluar pendek bib dan pemanas kaki: ia adalah versi seluar bib bertebat/berlapik dan panjang penuh
- Kasut luar: penutup kasut neoprena atau getah yang memastikan kasut kering dengan menghalang kemasukan air daripada percikan dan/atau hujan
Aksesori
Pakaian pilihan berikut boleh dipakai oleh pengayuh basikal untuk keselesaan tambahan atau pemantauan prestasi:
- Casquette: topi berbasikal tradisional dengan penutup pendek yang boleh dipakai di bawah topi keledar
- Cermin mata hitam: untuk hari yang lebih gelap
- Monitor degupan jantung: yang boleh disambungkan dan dipaparkan pada penjejak aktiviti atau telefon pintar
- Sarung tangan berbasikal: menawarkan cengkaman dan keselesaan tambahan dan biasanya separuh jari pada musim panas, jari penuh dan/atau bertebat untuk musim sejuk
Galeri
|
|
|
---|
Lihat juga
Berbasikal secara umum
Berbasikal sebagai sebuah sukan
Pakaian senaman dan fabrik
Rujukan
- ^ Wagenbuur, Mark (27 May 2012). "Lycra in the streets of the Netherlands". BICYCLE DUTCH (dalam bahasa Inggeris)., "US cycling from a Dutch perspective". BICYCLE DUTCH (dalam bahasa Inggeris). 19 June 2013., "Summer cycling". BICYCLE DUTCH (dalam bahasa Inggeris). 26 June 2013.
- ^ Wagenbuur, Mark (3 December 2014). "Cycling on a rainy autumn day in Utrecht". BICYCLE DUTCH (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "UCI JERSEYS VISUAL GUIDELINES MANUFACTURER SPECIFICATIONS & MODEL VARIATIONS" (PDF). UCI.
- ^ "Cycling Jersey: A Robust History, From Bland to Colorful to Current Trends". See Me Wear High Visibility Cycling Jerseys (dalam bahasa Inggeris). 2018-03-08. Dicapai pada 2022-10-17.
- ^ Brown, John. "The Importance of a Cycling Jersey". HaveFunBiking.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-17.
- ^ "Why do cyclists wear lycra? – Cycology Clothing AUS". www.cycologygear.com. Dicapai pada 2022-10-17.
- ^ "Auscycling Technical Regulations: Road Version 1.2" (PDF) (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "CLARIFICATION GUIDE OF THE UCI TECHNICAL REGULATION 05.10.2021 version" (PDF) (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "What to wear on a bike ride: essential guide for commuting and road cycling". BikeRadar (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-17.
- ^ "How to dress for cycling in the summer: a buyer's guide to staying cool on the bike". BikeRadar (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-17.
- ^ a b c "Cycling Clothing Guide - Approved cycling". Approved Cycling (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-17.
- ^ "The best summer cycling clothes to keep you cool on the bike Approved". Approved Cycling (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-17.
- ^ "How to wear cycling gear in cold weather". Bicycle Queensland (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-17.
- ^ "Buyers guide: What to wear cycling in winter". Cyclist (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-17.