Sut lounge hitam (UK), stroller (A.S.), atau Stresemann (Benua Eropah), ialah pakaian siang semi-formal lelaki yang mengantarai pakaian pagi formal dan sut urusan tidak formal; terdiri daripada seluar formal berjalur kelabu atau berkotak, tetapi dibezakan oleh jaket lounge labuh, bres tunggal atau dubel bres berwarna hitam, biru gelap atau kelabu.[1] Ia hampir sama dengan pakaian formal pagi yang mana ia berasal, hanya menukar kot pagi dengan jaket sut, namun dengan pilihan yang setara, seperti tali leher atau bow tie untuk leher, weskot (biasanya hitam, kelabu, atau kuning pucat), kemeja bermanset daripada jenis pilihan kolar, dan kasut rasmi atau but rasmi hitam. Topi yang betul ialah semi-formal topi Homburg, topi bowler, atau boater. Sama seperti pakaian pagi formal yang dianggap sepadan dengan persalinan malam formal kot rasmi iaitu white tie, jadi baju stroller dianggap semi-formal yang sepadan dengan jaket makan malam semi-formal, iaitu black tie (juga dipanggil tuksedo). Tidak seperti kod pakaian lain, tiada persamaan yang jelas untuk wanita, walaupun pakaian pagi biasa dan pakaian koktel telah dikenal pasti sebagai alternatif.
Memakai sut lounge hitam melalui cara tradisional dengan seluar formal tidak lagi digunakan selepas kontra-kebudayaan pada 1960an, walaupun amalannya sekali-sekala masih diikuti sejak itu.
Bagi pakaian pagi semi-formal untuk majlis nikah , pengantin lelaki boleh berpakaian jaket sut berwarna kelabu gelap berserta weskot warna kelabu merpati atau kuning pucat dan secara pilihan tali leher. Bagi pakaian siang semi formal untuk upacara pengebumian, orang yang berkabung boleh memakai jaket hitam dan weskot yang sesuai dengan tali leher hitam.
Galeri
-
Karikatur Edmond François Valentin About dalam majalah Vanity Fair (20 November 1880)
-
William C. Mooney, ahli kongres dari Woodsfield, Ohio, Amerika Syarikat, berpakaian stroller dan topi bowler (1915)
-
Gustav Stresemann (duduk di kanan, bersama Augustinas Voldemaras), Berlin (1928)
-
Gambaran lebih dekat
-
Presiden AS Ronald Reagan dan isteri Nancy Reagan melambai-lambai dari limosin semasa perarakan pelantikan presiden di Washington, D.C. (1981)
Lihat juga
Rujukan
- ^ Book of Etiquette (1931), Lady Troubridge
Pautan luar
- Kategori berkenaan Stresemann di Wikimedia Commons
- "Morning Dress," The Black Tie Guide, accessed 14 June 2012.
- "The Morning Dress Guide," Andrews & Pygott, accessed 21 October 2018.
- https://denvelklaedtemand.dk/kategori/festtoej/citydress