Hibrid anjing–jakal ialah hibrid canid yang terhasil daripada pengawanan antara anjing bela jinak dengan jakal keemasan. Pembiakbakaan silang sedemikian telah berlaku berkali-kali dalam kurungan[1][2][3][4] dan pertama kali disahkan sekali-sekala berlaku di alam liar di Croatia pada tahun 2015.[5]
Kekangan mungkin
Jakal keemasan (Canis aureas) ialah anggota dalam genus, Canis, sama seperti serigala, koyote, dan anjing bela jinak; ketiga-tiganya diketahui menghibrid secara semula jadi.[perlu rujukan]
Ada dugaan[siapa?] bahawa anjing bela jinak dan spesies lain Canis tidak dapat menghibrid dengan dua spesies lain yang dipanggil "jakal" yang kedua-duanya dalam genus Lupulella yang terpisah: jakal tepi berbelang (Lupulella adusta) dan jakal berbelakang hitam (Lupulella mesomelas).[perlu rujukan]
Pengawanan serupa antara jakal keemasan dengan serigala kelabu tidak pernah diperhatikan secara langsung, walaupun bukti bagi kejadian sedemikian ditemukan melalui analisis mtDNA terhadap jakal keemasan di Bulgaria.[6] Walaupun tiada bukti genetik yang telah didapati tentang penghibridan serigala kelabu–jakal di Pergunungan Kaukasus, sesetengah kes wujud bilamana jakal keemasan yang kelihatan tulen secara genetik telah memaparkan fenotip yang secara luar biasa mirip serigala kelabu, sehingga disalah anggap sebagai serigala oleh ahli biologi terlatih.[7]
Sejarah
Doktor bedah dan ahli alamiah amatur British, John Hunter, ialah orang pertama yang menulis keterangan tentang kesalingsuburan kedua-dua spesies itu pada tahun 1787. Beliau menerangkan cara seorang kapten kapal Syarikat Hindia Timur Inggeris mengadopsi seekor jakal betina dan mengawankannya dengan spaniel beliau, kemudian jakal itu melahirkan enam ekor anak setiba di England. Hunter membeli salah seekor anak hibrid betina dan mencuba untuk mengawankannya dengan beberapa ekor anjing sebaik mencapai kematangan. Uji kaji pembiakbakaan silang lanjut pada mulanya terhalang oleh sebab kekurangan minat jelas betina hibrid itu kepada anjing-anjing yang dibawa kepadanya, walaupun ia kemudiannya mengawan dengan seekor terier dan menghasilkan lima ekor anak.[1]
Marie Jean Pierre Flourens mencuba uji kaji pembiakbakaan silang sendiri hampir pada satu abad kemudian, dengan mencatat bahawa pengawanan generasi pertama antara kedua-dua spesies itu cenderung untuk menghasilkan haiwan yang padanya ciri jakal adalah dominan, iaitu mempunyai telinga lurus, ekor tergantung, salakan kurang, dan perangai liar.[2] Pemerhatian sama dibuat oleh Robert Armitage Sterndale, yang mencatatkan uji kaji pembiakbakaan silang anjing–jakal yang merentangi beberapa generasi di India British, dengan mencatat bahawa ciri jakal menonjol dapat dipamerkan pada hibrid walaupun selepas tiga generasi penyilangan dengan anjing.[3] Flourens, walau bagaimanapun, memerhatikan bahawa hibrid-hibrid jakal beliau menjadi mandul selepas generasi keempat, tetapi dapat dikawankan kembali dengan salah satu spesies induk.[2]
Charles Darwin menulis tentang hibrid generasi pertama yang dibela di Zoo London yang sepenuhnya mandul, walaupun beliau mencatat bahawa ini ialah kes berkecuali, kerana hibrid generasi pertama telah diketahui berjaya membiak. Beliau mengkritik uji kaji terdahulu Flourens, dengan mencatat bahawa spesimen-spesimen yang digunakan oleh beliau kesemuanya berkait rapat; oleh itu, kemandulan spesimen-spesimen itu yang berikut dapat dijelaskan sebagai hasil daripada pembiakbakaan dalam.[8]
Uji kaji pembiakbakaan di Jerman dengan pudel dan jakal dan kemudiannya dengan hibrid anjing–jakal terhasil menunjukkan penurunan kesuburan dan masalah komunikasi ketara, serta peningkatan penyakit genetik selepas tiga generasi pembiakbakaan menyaling sesama hibrid tersebut, tidak seperti anjing serigala, yang kekal sihat dan tidak pernah menjadi mandul.[9] Pucha-pucha ini (pudel–jakal), seperti puco (pudel–koyote), mempamerkan kurang tingkah laku mirip anjing bela jinak berbanding dengan hibrid serigala.[10]
Pada tahun 2015, penghibridan antara jakal keemasan dengan anjing bela jinak di alam liar disahkan apabila tiga spesimen dengan trait beranomali dibunuh di Croatia dan penanda genetik spesimen-spesimen itu dianalisis. Dua daripada spesimen tersebut, iaitu seekor betina berwarna cerah dan seekor jantan melanistik, berpenampilan sangat mirip jakal, kecuali pewarnaan dan telinga membulat, sementara yang lagi seekor adalah lebih mirip anjing, kerana kekurangan pad kaki tengah tergabung daripada jakal dan mempunyai kuku embun dan lapis bulu putih dengan tompok-tompok perang. Spesimen terakhir ini dianggap sebagai anak kepada si betina, yang berkemungkinan telah bersilang kembali dengan seekor anjing pemburu berbulu pendek Istria terbiar. Hibrid hitam didedahkan sebagai silangan kembali dengan jakal.[5]
Anjing Sulimov

Anjing Sulimov berasal dari Rusia daripada hibrid awal antara laika gembala Nenets dengan jakal keemasan untuk menghasilkan hibrid seperempat jakal. Hibrid ini dikembangkan oleh Klim Sulimov.[a][11] Baka terhasil dianggap mempunyai kuasa penghiduan daripada jakal dan ketahanan terhadap kesejukan daripada husky. Semasa tahun-tahun terkini, Aeroflot telah menggunakannya untuk keselamatan lapangan terbang sebagai anjing pengesan untuk menghidu bahan letupan yang sebaliknya tidak dapat dikesan oleh jentera.[4][12][11]
Program pembiakbakaan Sulimov bertarikh kembali ke tahun 1975, tetapi tidak diterapkan untuk pengesanan bom sehingga tahun 2002.[11] Pada permulaan proses pembiakbakaan, anak jakal jantan terpaksa dipelihara oleh seekor anjing gembala Lapland betina untuk menerakan jakal tersebut pada anjing. Jakal betina lebih mudah menerima anjing jantan. Anjing jakal kacuk sukar dilatih dan dibiakbakakan kembali dengan husky untuk menghasilkan hibrid baka suku (kuadrun). Untuk memperbaik kebolehlatihan, anjing lain dibiakbakakan ke dalam susur galur: seekor laika gembala Nenets, seekor terier rubah, dan seekor spits. Hibrid-hibrid ini adalah kecil, tangkas, dan boleh latih, serta mempunyai hidung cemerlang. Hibrid anjing–jakal dibiakbakakan bersama-sama selama tujuh generasi untuk mengasaskan baka. Hasilnya ialah anjing yang mudah dilatih dengan deria bau unggul, yang dipanggil "anjing Sulimov" sempena nama pembiak bakanya.[perlu rujukan]
Seperti yang diterangkan oleh Sulimov:
Anjing saya menggabungkan kualiti anjing gembala rusa kutub Artik, yang mampu bekerja pada suhu serendah −70 °C (−94 °F), dan jakal yang menikmati haba sehingga setinggi 40 °C (104 °F). Ia sempurna untuk negara kita.[12]
Aeroflot menggunakan 25 ekor anjing Sulimov di Lapangan Terbang Sheremetyevo, Moscow, untuk fungsi yang termasuk penghiduan bom. Ia mungkin suatu hari nanti didaftarkan sebagai baka anjing pekerja, tetapi pada masa ini hanya kira-kira 40 ekor anjing Sulimov wujud dan kesemuanya hak milik Aeroflot.[12] Ia terlatih dari zaman anak anjing untuk mengecam 12 komponen bahan letupan. Tidak seperti anjing penghidu yang lebih lazim, ia mengambil inisiatif untuk mencari.[13]
Lihat juga
Catatan
Rujukan
- ^ a b Hunter, John (1792). "Observations tending to shew that the wolf, jackal, and dog, are all of the same species" [Pengamatan yang cenderung menunjukkan bahawa serigala, jakal, dan anjing kesemuanya daripada spesies sama]. Observations on Certain Parts of the Animal Oeconomy [Pengamatan Bahagian Tertentu Ekonomi Haiwan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). London, United Kingdom: Nicol and Johnson. m/s. 143–156. OCLC 14829912.
- ^ a b c Flourens, Marie Jean Pierre (1855). De la longévité humaine et de la quantité de vie sur le globe [Kelanjutan Usia Manusia dan Angka Hidupan di Atas Glob] (dalam bahasa Perancis) (ed. ke-2). Paris, Perancis: Garnier Frères. m/s. 152–154. OCLC 9529572.
- ^ a b Sterndale, Robert Armitage (1884). Natural History of the Mammalia of India and Ceylon [Sejarah Semula Jadi Mammalia di India dan di Sailan] (dalam bahasa Inggeris). Kolkata, India: Thacker, Spink & Company. m/s. 238–239. OCLC 8173218.
- ^ a b Briggs, Helen (9 Mei 2002). "Jackal blood makes 'perfect' sniffer dogs" [Darah jakal buat anjing penghidu 'sempurna'] (dalam bahasa Inggeris). BBC News. Dicapai pada 13 Oktober 2025.
- ^ a b Galov, Ana; Fabbri, Elena; Caniglia, Romolo; Arbanasić, Haidi; Lapalombella, Silvana; Florijančić, Tihomir; Bošković, Ivica; Galaverni, Marco; Randi, Ettore (1 Disember 2015). "First evidence of hybridization between golden jackal (Canis aureus) and domestic dog (Canis familiaris) as revealed by genetic markers" [Bukti pertama penghibridan antara jakal keemasan (Canis aureus) dengan anjing bela jinak (Canis familiars) sebagaimana yang didedahkan oleh penanda genetik]. Royal Society Open Science (dalam bahasa Inggeris). Royal Society. 2 (12). Bibcode:2015RSOS....250450G. doi:10.1098/rsos.150450. ISSN 2054-5703. PMC 4807452. PMID 27019731. S2CID 9300864. Unknown parameter
|article-number=
ignored (bantuan) - ^ Viola de Moura, André Eurico; Tsingarska-Sedefcheva, Elena; Dąbrowski, Michał J.; Czarnomska, Sylwia Dagmara; Jędrzejewska, Bogumiła Ewa; Pilot, Małgorzata (1 November 2013). "Unregulated hunting and genetic recovery from a severe population decline: the cautionary case of Bulgarian wolves" [Perburuan tidak terkawal atur dan pemulihan genetik daripada kemerosotan populasi teruk: kes peringatan serigala Bulgaria]. Conservation Genetics (dalam bahasa Inggeris). Springer Science+Business Media. 15 (2): 405–417. doi:10.1007/s10592-013-0547-y. hdl:10779/lincoln.24335500. ISSN 1572-9737. S2CID 9584529.
- ^ Kopaliani, Natia; Shakarashvili, Maia; Gurielidze, Zurab; Qurkhuli, Tamar; Tarkhnishvili, David (12 Mac 2014). Wayne, Robert Keith (penyunting). "Gene Flow between Wolf and Shepherd Dog Populations in Georgia (Caucasus)" [Aliran Gen antara Populasi Serigala dengan Populasi Anjing Gembala di Georgia (Kaukasus)]. Journal of Heredity (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 105 (3): 345–353. doi:10.1093/jhered/esu014. ISSN 1465-7333. PMID 24622972. S2CID 17148044.
- ^ Darwin, Charles Robert (1920). The Variation of Animals and Plants Under Domestication [Variasi Haiwan dan Tumbuhan yang Dibelajinakkan] (dalam bahasa Inggeris). 1. New York, New York, Amerika Syarikat: D. Appleton & Company. m/s. 32–33. OCLC 6414757.
- ^ Feddersen-Petersen, Dorit Urd (31 Ogos 2004). Hundepsychologie – Sozialverhalten und Wesen, Emotionen und Individualität [Psikologi Anjing: Tingkah Laku Sosial dan Perwatakan, Emosi dan Keindividuan] (dalam bahasa Jerman) (ed. ke-4). Stuttgart, Jerman: Franckh-Kosmos. ISBN 9783440097809. OCLC 248825631.
- ^ Zimen, Erik (1988). Der Hund: Abstammung, Verhalten, Mensch und Hund [Anjing: Keturunan, Tingkah Laku, Manusia dan Anjing] (dalam bahasa Jerman). Munich, Jerman: Goldmann. ISBN 9783442123971. OCLC 66415949.
- ^ a b c d Viegas, Jennifer (16 Mei 2002). "Jackal-Dog Created for Airport Security" [Anjing Jakal Diwujudkan untuk Keselamatan Lapangan Terbang] (dalam bahasa Inggeris). Animal Planet. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2010. Dicapai pada 13 Oktober 2025.
- ^ a b c Rosenberg, Steven (13 Disember 2002). "Russian airline's top dogs fight terror" [Anjing teratas syarikat penerbangan Rusia lawan keganasan] (dalam bahasa Inggeris). BBC News. Dicapai pada 13 Oktober 2025.
- ^ Terror Fighting Dogs | National Geographic [Anjing Penentang Keganasan | National Geographic] (dalam bahasa Inggeris). YouTube. 11 Ogos 2007. Dicapai pada 13 Oktober 2025.
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari Ogos 2022
- Rencana dengan frasa perkataan wesel yang ditandakan secara khusus dari Ogos 2022
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari April 2022
- Taxonbars without primary Wikidata taxon IDs
- Kacukan canid
- Jakal
- Pembiakbakaan anjing
- Baka anjing berasal dari Rusia
- Baka anjing berasal dari Kesatuan Soviet
- Anjing penghidu
- Aeroflot
- Undang-undang anjing