
Hari Palang Merah dan Hari Bulan Sabit Merah Sedunia ialah perayaan tahunan prinsip-prinsip Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa. Hari Palang Merah Sedunia juga dikenali sebagai Hari Bulan Sabit Merah. Hari Palang Merah dan Hari Bulan Sabit Merah Sedunia disambut pada 8 Mei setiap tahun.[1] Tarikh ini ialah ulang tahun kelahiran Henry Dunant, yang lahir pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland, dan meninggal dunia pada 30 Oktober 1910 di Heiden, Switzerland. Beliau adalah pengasas Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan penerima Hadiah Keamanan Nobel pertama pada 1901.[2][3][4][5]
Sejarah
Getusan untuk "tindakan tahunan yang boleh diadakan di seluruh dunia ... yang akan menjadi sumbangan besar kepada keamanan" telah diperkenalkan sejurus selepas Perang Dunia I. Inisiatif ini, yang dikenali sebagai "Gencatan Senjata Palang Merah", telah dikaji oleh sebuah suruhanjaya antarabangsa yang ditubuhkan pada Persidangan Antarabangsa Palang Merah Ke-14. Laporannya, yang dibentangkan kepada Persidangan Antarabangsa Palang Merah ke-15 di Tokyo pada 1934, telah diluluskan. Hanya selepas Perang Dunia II, pada 1946, cadangan Tokyo dikaji oleh Liga Persatuan Palang Merah (LRCS), dinamakan semula Persekutuan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) pada tahun 1991. Dua tahun kemudian, setelah mempertimbangkan prinsip gencatan senjata dan kebolehgunaannya merentasi wilayah yang berbeza di dunia, cadangan Hari Palang Merah Antarabangsa tahunan telah diterima pakai.[2] Hari Palang Merah pertama disambut pada 8 Mei 1948. Tajuk rasmi hari tersebut berubah dari masa ke masa, dan menjadi "Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia" pada 1984. [2]
Rujukan
- ^ "Foreign Secretary marks World Red Cross and Red Crescent Day". gov.uk. Dicapai pada 7 May 2019.
- ^ a b c International Committee of the Red Cross (7 May 2003). "World Red Cross Red Crescent Day". Dicapai pada 29 October 2009.International Committee of the Red Cross (7 May 2003). "World Red Cross Red Crescent Day". Retrieved 29 October 2009. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "ICRC site" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "World Red Cross Red Crescent Day – 8 May 2013". Education Scotland. Dicapai pada 30 August 2012.
- ^ "International Red Cross and Red Crescent Day". South African Government Information. 10 November 2010.
- ^ "We observe World Red Cross and Red Crescent Day 2012". Tempo. 8 May 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 February 2020. Dicapai pada 30 August 2012.