Perikatan Tiga Serangkai Empayar Tenochca (Empayar Aztek) Ēxcān Tlahtōlōyān | |||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1428–1521 | |||||||||||||||||||||||||||
Keluasan maksimum pada awal abad ke-16 | |||||||||||||||||||||||||||
| Ibu negara | Mexico-Tenochtitlan (de facto) | ||||||||||||||||||||||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Nahuatl Klasik (lingua franca)
banyak lagi | ||||||||||||||||||||||||||
| Agama | Agama Aztek | ||||||||||||||||||||||||||
| Demonim | Aztek, Tenochcan, Culhua-Mexica | ||||||||||||||||||||||||||
| Kerajaan | Hegemonik ketenteraan konfederasi negara kota bersekutu | ||||||||||||||||||||||||||
| Huehuetlatoani Tenochtitlan | |||||||||||||||||||||||||||
• 1427–1440 | Itzcoatl (Pengasas Perikatan) | ||||||||||||||||||||||||||
• 1520–1521 | Cuauhtémoc (terakhir) | ||||||||||||||||||||||||||
| Huetlatoani Tetzcoco | |||||||||||||||||||||||||||
• 1431–1440 | Nezahualcoyotl (Pengasas Perikatan) | ||||||||||||||||||||||||||
• 1516–1520 | Cacamatzin (terakhir) | ||||||||||||||||||||||||||
| Huetlatoani Tlacopan | |||||||||||||||||||||||||||
• 1400–1430 | Totoquihuaztli I (Pengasas Perikatan) | ||||||||||||||||||||||||||
• 1519–1524 | Tetlepanquetzaltin (terakhir) | ||||||||||||||||||||||||||
| Era Sejarah | Era Pra-Columbus Zaman Penjelajahan | ||||||||||||||||||||||||||
• Penubuhan perikatan[1] | 1428 | ||||||||||||||||||||||||||
| 13 Ogos, 1521 | |||||||||||||||||||||||||||
| Keluasan | |||||||||||||||||||||||||||
| 1520[2] | 220,000 km2 (85,000 bt2) | ||||||||||||||||||||||||||
| Populasi | |||||||||||||||||||||||||||
• Awal abad ke-16[3] | 6 juta | ||||||||||||||||||||||||||
| Mata wang | Quachtli sistem wang komoditi berdasarkan kuantiti kain kapas dan secara tradisinya juga biji koko | ||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
| Sekarang sebahagian dari | Mexico | ||||||||||||||||||||||||||
Senarai penuh pemerintah berhampiran hujung halaman.[4] | |||||||||||||||||||||||||||
| Empayar Aztek |
|---|
|
Empayar Aztek, juga dikenali sebagai Perikatan Tiga Serangkai (Classical Nahuatl: Ēxcān Tlahtōlōyān, [ˈjéːʃkaːn̥ t͡ɬaʔtoːˈlóːjaːn̥]) atau Empayar Tenochca,[5][6] merupakan perikatan tiga negara kota Nahua: Mexico-Tenochtitlan, Tetzcoco dan Tlacopan. Ketiga-tiga negara kota ini memerintah kawasan di dalam dan sekitar Lembah Mexico dari tahun 1428 sehingga gabungan tentera conquistadores Sepanyol dan sekutu peribumi mereka yang memerintah di bawah Hernán Cortés mengalahkan mereka pada tahun 1521. Rakyat dan masyarakat sivilnya dirujuk dalam historiografi sebagai Aztek atau Culhua-Mexica.[7]
Perikatan ini dibentuk daripada puak-puak yang menang dalam perang saudara antara kota Azcapotzalco dan wilayah-wilayah taklukannya yang dahulu.[4] Walaupun empayar ini pada asalnya dikonsepsikan sebagai perikatan tiga negara kota yang memerintah sendiri, ibu kota Tenochtitlan menjadi dominan dari segi ketenteraan.[8] Menjelang ketibaan Sepanyol pada tahun 1519, tanah perikatan pada hakikatnya diperintah dari Tenochtitlan, manakala dua sekutu lagi memainkan peranan subsidiari.
Perikatan ini melancarkan perang penaklukan dan berkembang selepas ia dibentuk. Perikatan ini mengawal sebahagian besar tengah Mexico pada kemuncaknya, serta beberapa wilayah yang lebih jauh dalam Mesoamerika, seperti wilayah Xoconochco, sebuah eksklaf Aztek berhampiran sempadan Guatemala kini. Pemerintahan Aztek telah disifatkan oleh sarjana[siapa?] sebagai hegemonik atau pemerintahan tidak langsung.[9] Orang Aztek membiarkan pemerintah kota-kota yang ditakluk kekal berkuasa selagi mereka bersetuju untuk membayar ufti setiap setengah tahun kepada perikatan, serta membekalkan tentera ketika diperlukan untuk usaha-usaha perang Aztek. Sebagai balasan, pihak berkuasa empayar menawarkan perlindungan dan kestabilan politik serta memudahkan rangkaian ekonomi bersepadu dengan tanah dan rakyat yang pelbagai bersama-sama banyak autonomi tempatan.
Agama Aztek merupakan sejenis panteisme monistik. Ini bermaksud mereka menganggap semua yang di dalam alam semesta datang daripada satu kuasa suci, dipanggil teotl. Mereka mentafsirkan ini sebagai dewa tertinggi Ometeotl, tetapi juga dewa-dewa kecil dan kuasa alam. Untuk rakyat biasa, agama ini memfokuskan aspek-aspek mitologi dan politeisme. Agama negara empayar menyokong kedua-dua idea monisme atau satu kuasa yang suci (untuk golongan atasan) dan penyembahan banyak dewa oleh orang keramaian. Empayar Aztek malah dengan rasminya mengiktiraf kultus-kultus yang terbesar, sehingga dewa itu diletakkan di perkarangan kuil besar ibu kota Tenochtitlan. Akan tetapi, agama rasmi empayar ialah dewa pelindung perang bagi orang Mexica, Huītzilōpōchtli. Rakyat dibenarkan untuk mengekalkan dan meneruskan tradisi agama mereka sendiri apabila ditakluk selagi mereka menambahkan dewa empayar Huītzilōpōchtli ke dalam para dewata tempatan mereka.
Etimologi dan definisi
Perkataan Aztek dalam penggunaan moden tidak digunakan oleh orang Aztek. Ia telah banyak digunakan untuk merujuk kepada orang Aztek atau Perikatan Tiga Serangkai, orang berbahasa Nahuatl di tengah Mexico sebelum penaklukan Sepanyol, atau khususnya etnik Mexica dalam suku-suku yang berbahasa Nahuatl (daripada tlaca).[10] Nama ini datang daripada perkataan Nahuatl tunggal aztecatl (sebutan Bahasa-bahasa Nahua: [asˈtekat͡ɬ]) yang bermaksud "[orang] dari Aztlan", mencerminkan tempat orang Nahua berasal dalam mitologi.[11][12]
Sejarah

Sebelum Empayar Aztek
Orang Nahua berasal daripada orang Chichimec, yang berhijrah ke tengah Mexico dari utara (terutamanya di sekitar negeri-negeri Zacatecas, San Luis Potosí, dan Guanajuato kini) pada awal abad ke-13.[13] Kisah penghijrahan orang Mexica mirip dengan tamadun-tamadun lain di tengah Mexico, melibatkan tempat keramat, tokoh, dan peristiwa yang menggabungkan sejarah duniawi dengan ilahi, untuk mencari pengiktirafan politik.[14] Kodeks bergambar yang digunakan oleh orang Aztek untuk merekodkan sejarah mereka menyebut bahawa asal usul empayar itu dipanggil Aztlán. Migran awal ini menetap Lembangan Mexico dan kawasan sekitarnya dengan mendirikan beberapa negara kota bebas. Negara kota awal orang Nahua ini, yang dipanggil altepetl, diperintah oleh ketua dinasti yang digelar tlahtohqueh (tunggal tlatoāni). Kebanyakan petempatan sedia ada telah diasaskan oleh orang peribumi lain sebelum penghijrahan Mexica.[15]
Negara kota awal ini sering berperang kecil sesama sendiri, tetapi tiada satu kota pun berjaya menguasai kerana perikatan yang sering berubah.[16] Mexica ialah kumpulan yang terakhir daripada migran Nahua yang tiba di Tengah Mexico. Mereka sampai ke Lembangan Mexico sekitar tahun 1250, namun kebanyakan tanah pertanian yang subur sudah dimiliki.[17] Orang Mexica memujuk raja Culhuacan, sebuah negara kota kecil tetapi penting kerana menjadi tempat perlindungan orang Toltec untuk membenarkan mereka tinggal di kawasan tanah kurang subur bernama Chapultepec (Chapoltepēc, "di bukit belalang"). Mexica kemudian berkhidmat sebagai askar upahan untuk Culhuacan.[18]
Selepas membantu Culhuacan dalam peperangan, pemerintahnya melantik salah seorang puterinya untuk memerintah orang Mexica. Namun, menurut kisah mitologi tempatan, orang Mexica telah mengorbankan puteri itu dengan menguliti kulitnya atas perintah dewa mereka, Xipe Totec.[19] Apabila pemerintah Culhuacan mengetahui hal ini, dia menyerang dan mengusir orang Mexica dari Tizaapan. Orang Mexica kemudian berpindah ke sebuah pulau di tengah Tasik Texcoco, di mana seekor helang bersarang di atas kaktus nopal. Mexica mentafsirkan tanda itu sebagai petunjuk daripada dewa mereka, lalu mendirikan kota baharu bernama Tenochtitlan di pulau itu pada tahun ōme calli (atau "Dua Rumah", 1325 Masihi).[4]
Peperangan Aztek
Orang Mexica bangkit sebagai pahlawan yang gagah dan berjaya menegakkan diri mereka sebagai kuasa ketenteraan. Kepentingan golongan pahlawan serta peranan perang yang menyeluruh dalam kehidupan politik dan agama Mexica membantu mereka muncul sebagai kuasa tentera yang dominan di rantau itu.
Negara kota Mexica yang baru bersekutu dengan kota Azcapotzalco dan membayar ufti kepada pemerintahnya Tezozomoc.[20] Dengan bantuan orang Mexica, Azcapotzalco mula berkembang menjadi sebuah empayar kecil pemungut ufti. Ketika itu juga pemerintah Mexica mula diiktiraf sebagai raja yang sah. Pemimpin Mexica berjaya memujuk salah seorang raja Culhuacan untuk memberikan puterinya supaya berkahwin dengan keturunan Mexica. Anak hasil perkahwinan itu, Acamapichtli, kemudian ditabalkan sebagai tlatoani pertama Tenochtitlan pada tahun 1372.[21]
Orang Tepanec dari Azcapotzalco memperluas kuasa mereka dengan bantuan Mexica, manakala kota Acolhua Texcoco berkembang di bahagian timur lembangan tasik. Akhirnya, perang tercetus antara kedua-dua negeri, dan Mexica memainkan peranan penting dalam penaklukan Texcoco. Pada masa itu, Tenochtitlan sudah membesar menjadi kota utama, dan sebagai ganjaran atas kesetiaan mereka kepada Tepanec, mereka diberikan Texcoco sebagai wilayah ufti.[22]
Peperangan Mexica menekankan penangkapan musuh lebih daripada membunuh, baik dari segi taktik mahupun senjata. Penangkapan musuh penting untuk upacara agama serta menjadi cara pahlawan membezakan diri mereka dalam kempen ketenteraan.[23]
Perang Tepanec
Pada tahun 1426, raja Tepanec, Tezozomoc, mangkat,[24][25][26] dan krisis penggantian takhta menyebabkan perang saudara antara bakal pewaris.[22] Mexica menyokong pewaris pilihan Tezozomoc Tayahauh, yang pada mulanya ditabalkan sebagai raja. Akan tetapi, anaknya, Maxtla, tidak lama kemudian merampas takhta dan berbalik menentang puak-puak lawan, termasuk pemerintah Mexica, Chimalpopoca. Tidak lama selepas itu, Chimalpopoca meninggal dunia, kemungkinan besar dibunuh oleh Maxtla.[17]
Pemerintah Mexica yang baharu, Itzcoatl, terus menentang Maxtla. Maxtla mengepung Tenochtitlan dan menuntut bayaran ufti yang lebih tinggi.[27] Maxtla juga menyerang Acolhua, menyebabkan raja Texcoco, Nezahualcoyotl, melarikan diri ke buangan. Nezahualcoyotl meminta bantuan tentera daripada raja Huexotzinco, manakala Mexica mendapat sokongan sebuah kota Tepanec yang berpaling tadah bernama Tlacopan. Pada tahun 1427, Tenochtitlan, Texcoco, Tlacopan dan Huexotzinco berperang menentang Azcapotzalco, dan menang pada tahun 1428.[27]
Selepas perang, Huexotzinco menarik diri, dan, pada tahun 1430,[1] tiga kota yang tinggal menandatangani satu perjanjian yang kini dikenali sebagai Perikatan Tiga Serangkai.[27] Tanah Tepanec dipecah-pecahkan antara ketiga-tiga kota, yang pemimpinnya bersetuju untuk bekerjasama dalam penaklukan masa hadapan. Tanah-tanah baru yang ditakluk akan dipegang bersama oleh ketiga-tiga kota. Ufti pula dibahagikan: dua bahagian untuk Tenochtitlan dan Texcoco, manakala satu bahagian untuk Tlacopan. Ketiga-tiga raja memegang gelaran "huetlatoani" ("Penutur Tua", sering diterjemahkan sebagai "Maharaja") secara bergilir-gilir. Dalam peranan ini, mereka memegang kedudukan rasmi sementara di atas pemerintah negara kota lain (tlatoani).[28]
Dalam seratus tahun berikutnya, Perikatan Tiga Serangkai Tenochtitlan, Texcoco, dan Tlacopan menguasai Lembah Mexico dan meluaskan kuasanya hingga ke pesisir Teluk Mexico dan Lautan Pasifik. Tenochtitlan secara beransur-ansur menjadi kuasa dominan dalam perikatan ini. Dua tokoh utama yang merancang perikatan ini ialah dua beradik tiri dan anak saudara Itzcoatl, iaitu Tlacaelel dan Moctezuma. Moctezuma akhirnya menggantikan Itzcoatl sebagai huetlatoani Mexica pada tahun 1440. Tlacaelel memegang gelaran "Cihuacoatl" yang baru dicipta, setara dengan kedudukan antara "Perdana Menteri" dan "Naib Raja".[27][29]
Reformasi imperial
Tidak lama selepas pembentukan Perikatan Tiga Serangkai, Itzcoatl dan Tlacopan memulakan pembaharuan besar terhadap negara dan agama Aztek. Tlacaelel didakwa mengarahkan pembakaran beberapa atau kebanyakan buku Aztek yang ada, dengan alasan ia mengandungi pembohongan dan bahawa “tidak bijak semua orang tahu tentang lukisan-lukisan itu".[30] Selepas itu, beliau menulis semula sejarah Aztek, dengan menonjolkan peranan bangsa Mexica di pusat cerita.[perlu rujukan]
Selepas Moctezuma I menggantikan Itzcoatl sebagai maharaja Mexica, lebih banyak reformasi dijalankan untuk mengawal kota-kota jajahan.[31] Raja-raja yang enggan patuh digantikan dengan pemerintah boneka yang setia kepada Mexica. Sistem ufti imperial baru diperkenalkan, dengan pemungut ufti Mexica mengutip cukai terus daripada rakyat, memintas kuasa dinasti tempatan. Nezahualcoyotl pula melaksanakan dasar di tanah Acolhua dengan memberikan raja-raja bawahan tanah ufti yang jauh dari ibu kota mereka.[32] Ini dibuat untuk memberi galakan supaya raja-raja itu setia; jika mereka memberontak, mereka akan kehilangan hasil ufti dari tanah asing itu. Sesetengah raja pemberontak digantikan dengan calpixqueh atau gabenor yang dilantik dan bukannya raja warisan.[32]
Moctezuma juga menguatkuasakan undang-undang baharu yang memisahkan golongan bangsawan daripada rakyat biasa serta menetapkan hukuman mati bagi zina dan beberapa kesalahan lain.[33] Sekolah berasaskan agama dibina di setiap kejiranan melalui titah diraja.[33] Kawasan rakyat biasa mempunyai sekolah yang dipanggil telpochcalli, tempat mereka mendapat pendidikan asas agama dan latihan ketenteraan.[34] Satu lagi sekolah yang lebih berprestij, dipanggil calmecac, berkhidmat untuk golongan bangsawan dan juga rakyat biasa yang berstatus tinggi yang ingin menjadi pendeta atau tukang mahir. Moctezuma juga mencipta gelaran baru dipanggil quauhpilli yang boleh dianugerahkan kepada rakyat biasa.[31] Gelaran ini satu bentuk bangsawan rendah bukan warisan, dianugerahkan kepada mereka yang cemerlang dalam perkhidmatan ketenteraan atau awam. Walaupun begitu, rakyat biasa yang menerima gelaran ini jarang berkahwin dengan keluarga diraja atau menjadi raja.[32]
Salah satu komponen pembaharuan ini ialah penciptaan institusi peperangan terkawal yang dipanggil Perang Bunga. Peperangan Mesoamerika secara umum menekankan penangkapan tawanan hidup berbanding membunuh musuh di medan tempur, kerana membunuh dianggap cuai dan sia-sia. Perang Bunga ialah manifestasi jelas pendekatan ini. Peperangan yang bersifat upacara ini memastikan bekalan berterusan pahlawan Aztek yang berpengalaman serta bekalan tawanan musuh yang konsisten untuk dijadikan korban kepada para dewa. Perang ini diatur terlebih dahulu oleh pegawai kedua-dua politi dan dijalankan khusus untuk tujuan mengumpul tawanan bagi korban.[23][35] Catatan sejarah asli menyatakan bahawa perang ini dimulakan oleh Tlacaelel sebagai usaha menenangkan dewa-dewa ketika kemarau besar melanda Lembah Mexico dari tahun 1450 hingga 1454.[36] Perang bunga kebanyakannya berlaku antara Empayar Aztek dan kota jiran musuh utama mereka, Tlaxcala.
Tahun-tahun awal pengembangan

Selepas kekalahan Tepanec, Itzcoatl dan Nezahualcoyotl menyatukan kuasa di Lembangan Mexico dan mula berkembang ke luar sempadan. Sasaran pertama untuk peluasan empayar ini ialah Coyoacan di Lembangan Mexico dan Cuauhnahuac dan Huaxtepec di negeri Morelos Mexico moden.[38] Penaklukan ini memberikan empayar baru ini pendapatan ufti yang besar, terutamanya barangan pertanian.
Itzcoatl mangkat, dan Moctezuma I ditabalkan sebagai maharaja Mexica yang baharu. Perluasan empayar terhenti seketika akibat kemarau besar selama empat tahun yang melanda Lembangan Mexico pada tahun 1450, dan beberapa kota di Morelos terpaksa ditawan semula selepas kemarau reda.[39] Moctezuma dan Nezahualcoyotl terus mengembangkan empayar ke timur ke arah Teluk Mexico dan selatan ke Oaxaca. Pada tahun 1468, Moctezuma I mangkat dan digantikan oleh anaknya Axayacatl. Sebahagian besar daripada pemerintahan Axayacatl selama tiga belas tahun dihabiskan untuk menyatukan wilayah yang diperoleh oleh pemerintah sebelumnya. Moctezuma dan Nezahualcoyotl telah mengembang dengan cepat, dan banyak wilayah bangkit memberontak.[17]
Pada masa yang sama, sambil Empayar Aztek berkembang dan mengukuhkan kuasa, Empayar Purépecha di Mexico Barat juga sedang berkembang. Pada tahun 1455, Purépecha di bawah raja mereka Tzitzipandaquare telah menyerang Lembah Toluca, menuntut tanah yang sebelum itu ditakluk oleh Motecuzoma dan Itzcoatl.[40] Pada tahun 1472, Axayacatl menakluk semula wilayah itu dan berjaya mempertahankannya dari percubaan Purépecha untuk mengambilnya kembali. Pada tahun 1479, Axayacatl melancarkan serangan besar ke atas Empayar Purépecha dengan 32,000 askar Aztek.[40] Purépecha bertemu dengan mereka tepat di seberang sempadan dengan 50,000 askar dan menang besar, membunuh atau menangkap lebih 90% tentera Aztek. Axayacatl sendiri cedera dalam pertempuran, berundur ke Tenochtitlan, dan tidak pernah melawan Purépecha selepas itu.[41]
Pada tahun 1472, Nezahualcoyotl mangkat, dan anaknya Nezahualpilli ditabalkan sebagai huetlatoani baru Texcoco.[42] Selepas itu, Axayacatl juga mangkat pada tahun 1481.[41] Axayacatl digantikan oleh saudaranya Tizoc. Pemerintahan Tizoc terkenal dek kesingkatannya. Dia terbukti pemimpin yang lemah dan tidak banyak mengembangkan empayar. Tizoc kemungkinan dibunuh oleh bangsawan-bangsawannya sendiri selepas lima tahun memerintah, dipercayai kerana ketidakcekapannya.[41]
Tahun-tahun kemudian pengembangan

Tizoc digantikan oleh saudaranya Ahuitzotl pada tahun 1486. Seperti pendahulunya, bahagian awal pemerintahan Ahuitzotl dihabiskan untuk menumpaskan pemberontakan yang sering berlaku kerana Aztek memerintah dari jauh.[41] Ahuitzotl kemudian memulakan gelombang penaklukan baru termasuk Lembah Oaxaca dan Pantai Soconusco. Ahuitzotl menakluk kota sempadan Otzoma dan menjadikannya kubu tentera kerana pertempuran sempadan yang semakin kerap dengan Purépecha.[43] Penduduk Otzoma sama ada dibunuh atau dihalau dalam proses itu.[40] Purépecha kemudiannya mengasaskan kubu berhampiran untuk melindungi diri daripada peluasan Aztek.[40] Ahuitzotl bertindak balas dengan meluaskan kuasa lebih jauh ke barat hingga ke Pantai Pasifik di Guerrero.
Pada zaman pemerintahan Ahuitzotl, kaum Mexica sudah menjadi puak terbesar dan terkuat dalam Perikatan Tiga Aztek.[44] Berdasarkan prestij yang diperoleh Mexica sepanjang penaklukan, Ahuitzotl mula menggunakan gelaran "huehuetlatoani" ("Penutur Tertua") untuk membezakan dirinya dari pemerintah Texcoco dan Tlacopan.[41] Secara teknikalnya, empayar masih diperintah oleh perikatan. Namun, Maharaja Mexica kini dianggap sebagai ketua, sekurang-kurangnya dari segi nama jika bukan kuasa sebenar.
Ahuitzotl digantikan oleh anak saudaranya Moctezuma II Pada tahun 1502. Sebahagian besar pemerintahan Moctezuma II digunakan untuk mengukuhkan kuasa di wilayah yang ditakluk oleh pemerintah sebelum ini.[43] Pada tahun 1515, tentera Aztek di bawah pimpinan jeneral Tlaxcala bernama Tlahuicole sekali lagi menyerang Empayar Purépecha.[45] Namun, tentera Aztek gagal menawan sebarang wilayah dan hanya melakukan serbuan kecil. Mereka ditewaskan oleh Purépecha lalu berundur.
Moctezuma II melaksanakan lebih banyak pembaharuan empayar.[43] Kematian Nezahualcoyotl menjadikan Maharaja Mexica sebagai pemerintah sebenar perikatan. Moctezuma II menggunakan pemerintahannya untuk cuba menumpukan kuasa lebih rapat dengan Maharaja Mexica.[46] Dia menyingkirkan ramai penasihat Ahuitzotl dan menghukum mati sesetengah antara mereka.[43] Dia juga menghapuskan golongan quauhpilli, sekali gus memusnahkan peluang rakyat biasa untuk naik ke golongan bangsawan. Usaha pembaharuannya terhenti apabila penaklukan Sepanyol bermula pada tahun 1519.
Penaklukan Sepanyol

Ketua ekspedisi Sepanyol Hernán Cortés mendarat di Yucatán pada tahun 1519 dengan kira-kira 630 orang (kebanyakan hanya bersenjatakan pedang dan perisai). Sebenarnya, Cortés telah dilucutkan jawatan sebagai ketua ekspedisi oleh gabenor Cuba, Diego Velásquez, tetapi beliau telah mencuri kapal-kapal itu dan belayar tanpa izin.[47]
Di pulau Cozumel, Cortés bertemu dengan orang Sepanyol yang kapalnya karam bernama Gerónimo de Aguilar yang menyertai ekspedisi itu dan menterjemah antara bahasa Sepanyol dengan bahasa Maya. Ekspedisi itu kemudian belayar ke barat ke Campeche, di mana selepas pertempuran singkat dengan tentera tempatan, Cortés berjaya merundingkan perdamaian melalui jurubahasanya, Aguilar. Raja Campeche memberikan Cortés seorang penterjemah kedua, seorang hamba wanita dwibahasa Nahua-Maya bernama La Malinche (dia juga dikenali sebagai Malinalli, Malintzin atau Doña Marina). Aguilar menterjemah daripada bahasa Sepanyol ke bahasa Maya, dan La Malinche menterjemah daripada bahasa Maya ke bahasa Nahuatl. Setelah mempelajari bahasa Sepanyol, Malinche menjadi penterjemah Cortés bukan sahaja dari segi bahasa tetapi juga budaya, dan dia menjadi tokoh penting dalam hubungan dengan para pemerintah Nahua.[48]
Cortés kemudian belayar dari Campeche ke Cempoala, sebuah wilayah ufti Perikatan Tiga Serangkai Aztek. Berhampiran situ, beliau mengasaskan kota Veracruz di mana beliau bertemu dengan duta-duta dari maharaja Mexica yang sedang memerintah, Moctezuma II. Apabila para duta itu pulang ke Tenochtitlan, Cortés pergi ke Cempoala untuk bertemu dengan ketua-ketua Totonac tempatan. Pemerintah Totonac menceritakan pelbagai rungutannya terhadap orang Mexica, dan Cortés berjaya meyakinkan kaum Totonac supaya memenjarakan seorang pemungut ufti empayar.[49]
Cortés kemudiannya membebaskan pemungut ufti itu setelah berjaya meyakinkannya bahawa tindakan itu idea kaum Totonac sepenuhnya dan bahawa beliau sendiri tidak mengetahuinya. Kaum Totonac menyediakan kepada Cortés 20 pasukan tentera untuk menuju ke Tlaxcala, sekali gus menyatakan perang terhadap Aztek.[50] Pada masa ini, beberapa askar Cortés cuba memberontak. Apabila Cortés mengetahui rancangan itu, beliau mengarahkan kapal-kapalnya ditenggelamkan di pelabuhan untuk menghapuskan sebarang kemungkinan melarikan diri kembali ke Cuba.[51]

Tentera Totonac yang dipimpin Sepanyol menyeberang ke Tlaxcala untuk mencari perikatan yang terakhir menentang Aztek. Walau bagaimanapun, jeneral Tlaxcalan Xicotencatl yang Muda menyangka mereka sebagai musuh lalu menyerang. Selepas beberapa pertempuran sengit, Cortés akhirnya berjaya meyakinkan para pemimpin Tlaxcala untuk mengarahkan jeneral mereka berundur. Cortés kemudian menjalinkan perikatan dengan orang Tlaxcala dan bergerak dari situ ke Lembah Mexico dengan sebuah pasukan yang lebih kecil terdiri daripada 5,000–6,000 orang Tlaxcala, 400 orang Totonac, serta tentera Sepanyol.[51]
Semasa menetap di kota Cholula, Cortés mendakwa beliau menerima berita tentang rancangan serangan hendap terhadap orang Sepanyol.[51] Sebagai tindak balas pencegahan, Cortés mengarahkan tenteranya untuk menyerang dan membunuh sejumlah besar orang Cholula yang tidak bersenjata di dataran utama kota itu.
Berikutan pembunuhan beramai-ramai di Cholula, Cortés dan orang Sepanyol yang lain memasuki Tenochtitlan, di mana mereka disambut sebagai tetamu dan diberikan tempat tinggal di istana bekas maharaja Axayacatl.[52] Selepas enam minggu menetap di kota itu, dua orang Sepanyol dari kumpulan yang ditinggalkan di Veracruz telah dibunuh dalam satu pergaduhan dengan seorang bangsawan Aztek bernama Quetzalpopoca. Cortés mendakwa bahawa beliau menggunakan kejadian ini sebagai alasan untuk menawan Motecuzoma di bawah ancaman kekerasan.[51] Motecuzoma terus mentadbir kerajaan, tetapi sebagai tahanan Cortés selama beberapa bulan.
Kemudian pada tahun 1520, sebuah ekspedisi Sepanyol yang lebih besar tiba di bawah pimpinan Pánfilo de Narváez, dihantar oleh Diego Velásquez untuk menangkap Cortés atas tuduhan derhaka. Sebelum bersemuka dengan Narváez, Cortés secara rahsia berjaya memujuk para leftenan Narváez untuk mengkhianatinya dan menyertai Cortés.[51]
Sementara Cortés berada jauh dari Tenochtitlan untuk menghadapi Narváez, timbalannya Pedro de Alvarado telah membunuh sekumpulan bangsawan Aztek semasa satu upacara korban manusia bagi menghormati dewa matahari Huitzilopochtli.[51] Orang Aztek kemudian membalas dengan menyerang istana tempat orang Sepanyol ditempatkan. Cortés kembali ke Tenochtitlan dan bertempur hingga tiba di istana. Dia kemudian membawa Motecuzoma ke bumbung istana untuk meminta rakyatnya berhenti menyerang. Namun pada ketika itu, majlis pemerintah Tenochtitlan telah memutuskan untuk menyingkirkan Motecuzoma dan melantik saudaranya Cuitlahuac sebagai maharaja baru.[52] Seorang askar Aztek telah melontarkan batu dengan lastik ke arah kepala Motecuzoma, dan beliau meninggal beberapa hari kemudian, meskipun keadaan sebenar kematiannya tidak jelas.[52]

Orang Sepanyol dan sekutu mereka cuba berundur secara diam-diam dalam apa yang dikenali sebagai "Malam Dukacita" atau La Noche Triste, setelah menyedari bahawa mereka terdedah kepada ancaman Mexica yang bermusuhan selepas kematian Moctezuma. Namun mereka dikesan semasa berundur dan terpaksa bertempur untuk keluar dari kota itu, dengan ramai terkorban. Ada antara orang Sepanyol yang mati lemas kerana tenggelam bersama emas yang mereka pikul.[53] Mereka berundur ke Tlacopan (kini Tacuba) dan kemudian menuju ke Tlaxcala di mana mereka pulih dan bersedia untuk serangan kedua yang berjaya ke atas Tenochtitlan.
Selepas insiden ini, wabak cacar melanda Tenochtitlan. Wabak itu sahaja membunuh lebih daripada 50% penduduk kawasan berkenaan, termasuk maharaja Cuitláhuac, kerana penduduk asli Dunia Baru tidak pernah terdedah kepada penyakit itu sebelum ini.[54] Maharaja baru, Cuauhtémoc, berhadapan dengan wabak cacar, sementara Cortés mengumpulkan tentera daripada Tlaxcala, Texcoco, Totonac, dan kelompok lain yang tidak puas hati dengan pemerintahan Aztek. Cortés berarak kembali ke Lembangan Mexico dengan tentera gabungan seramai 100,000 pahlawan.[51] Majoriti besar tentera ini adalah orang asal, bukan Sepanyol.
Cortés menawan pelbagai negara kota atau altepetl peribumi di sekitar pantai tasik dan pergunungan dengan berbagai-bagai pertempuran dan serangan, termasuk ibu-ibu kota lain Perikatan Tiga Serangkai, Tlacopan dan Texcoco. Texcoco, sebenarnya, telah menjadi sekutu rapat Sepanyol dan kemudian memohon pengiktirafan daripada mahkota Sepanyol atas peranan mereka dalam penaklukan, sama seperti Tlaxcala.[55]
Cortés menggunakan bot yang dibina di Texcoco daripada bahagian kapal yang ditenggelamkan untuk mengepung dan mengepung Tenochtitlan selama beberapa bulan.[51] Akhirnya, tentera pimpinan Sepanyol menyerang kota itu dengan kedua-dua bot dan menggunakan jalan tambak yang menghubungkannya ke tanah besar. Tentera penyerang mengalami korban besar, tetapi orang Aztek akhirnya dikalahkan. Kota Tenochtitlan musnah sama sekali dalam proses itu. Maharaja Cuauhtémoc ditangkap ketika cuba melarikan diri dari kota. Cortés menahannya, menyeksanya selama beberapa tahun, sebelum akhirnya menghukum bunuhnya pada tahun 1525.[56]
Kerajaan

Empayar Aztek adalah contoh empayar yang memerintah dengan cara tidak langsung. Ia sangat pelbagai dari segi etnik seperti kebanyakan empayar Eropah tetapi lebih merupakan sistem ufti daripada bentuk kerajaan kesatuan tunggal tidak seperti mereka. Dalam rangka kerja teori sistem imperial yang dikemukakan oleh ahli sejarah Amerika Alexander J. Motyl, empayar Aztek adalah jenis empayar tidak formal kerana Perikatan tidak menuntut autoriti tertinggi ke atas wilayah uftinya. Ia hanya menjangkakan untuk membayar ufti.[57] Empayar juga terputus dari segi wilayah, iaitu tanah tidak menghubungkan semua wilayah yang dikuasainya. Sebagai contoh, zon pinggir selatan Xoconochco tidak bersentuhan serta-merta dengan bahagian tengah empayar. Sifat hegemoni empayar Aztek dapat dilihat dalam fakta bahawa umumnya pemerintah tempatan dipulihkan ke kedudukan mereka sebaik sahaja mereka menakluk negara kota mereka, dan orang Aztek tidak campur tangan dalam hal ehwal tempatan selagi pembayaran ufti dibuat.[58]
Bentuk kerajaan sering dirujuk sebagai empayar, namun kebanyakan kawasan dalam empayar sebenarnya diatur sebagai negara kota (masing-masing dikenali sebagai altepetl dalam Nahuatl, bahasa Aztek). Ini adalah polisi kecil yang diperintah oleh raja atau tlatoani (secara harfiah "penutur", jamak tlatoque) dari dinasti aristokratik. Tempoh Aztek Awal adalah masa pertumbuhan dan persaingan antara altepeme. Selepas orang Nahua membentuk empayar Pada tahun 1428 dan empayar memulakan program pengembangan melalui penaklukan, altepetl kekal sebagai bentuk organisasi dominan di peringkat tempatan. Peranan cekap altepetl sebagai unit politik serantau sebahagian besarnya bertanggungjawab untuk kejayaan bentuk kawalan hegemoni empayar.[59]
Istilah "empayar Aztek" sebenarnya moden dan bukan satu yang digunakan oleh orang Aztek sendiri. Alam Aztek pada terasnya terdiri daripada tiga Nahuatl-berbahasa negara kota di Lembahan Mexico yang padat penduduk. Asimetri kuasa mengangkat salah satu negara kota itu Tenochtitlan di atas dua yang lain dari masa ke masa. "Perikatan Tiga Serangkai" datang untuk menegakkan hegemoni ke atas sebahagian besar Mesoamerika tengah, termasuk kawasan kepelbagaian linguistik dan budaya yang hebat. Orang Nahua melakukan pentadbiran empayar melalui cara tradisional yang tidak langsung. Sesuatu seperti birokrasi yang baru lahir, bagaimanapun, mungkin mula membentuk dari masa ke masa, setakat organisasi negara menjadi semakin berpusat.
Pentadbiran pusat


Sebelum pemerintahan Nezahualcoyotl (1429–1472), empayar Aztek beroperasi sebagai sebuah persekutuan mengikut cara tradisi Mesoamerika. Setiap altepetl (negara kota) diperintah oleh seorang tlatoani (bermaksud “penutur”), yang mengawasi ketua kampung, dan ketua kampung pula mengawasi kumpulan isi rumah. Sebuah persekutuan Mesoamerika yang biasa meletakkan seorang Huetlatoani (bermaksud “penutur agung”) di atas beberapa orang tlatoani. Selepas Nezahualcoyotl, empayar Aztek memilih jalan yang agak berbeza, dengan sesetengah tlatoani dari altepetl yang baru ditakluk atau ditundukkan diganti dengan pengurus bergelar calpixque yang bertugas mengutip ufti bagi pihak Huetlatoani; bukan sekadar mengganti pemerintah lama dengan bangsawan tempatan yang baharu.[60]
Namun, Huetlatoani bukanlah satu-satunya ketua eksekutif. Tugasnya adalah mengurus hal-hal luar empayar; kutipan ufti, peperangan, diplomasi, dan peluasan wilayah semuanya berada di bawah tanggungjawabnya. Peranan mengurus kota pula dipegang oleh Cihuacoatl. Jawatan Cihuacoatl ini sentiasa diisi oleh saudara rapat Huetlatoani; Tlacaelel, contohnya, ialah saudara Moctezuma I. Gelaran Cihuacoatl bermaksud “ular betina” (nama bagi dewa Nahua), dan jawatannya boleh diibaratkan seperti Naib Raja atau Perdana Menteri. Ia mencerminkan pandangan kosmologi Nahua yang bersifat dua unsur. Walaupun bukan jawatan keagamaan, kedua-dua Cihuacoatl dan Huetlatoani mempunyai tugas yang penting dalam membuat upacara. Tugas Cihuacoatl dikaitkan dengan musim hujan “perempuan”, manakala tugas Huetlatoani dengan musim kering “lelaki”. Jawatan Cihuacoatl paling jelas wujud di Tenochtitlan, tetapi juga diketahui ada di Azcapotzalco, Culhuacan, dan Texcoco (sekutu Tenochtitlan). Walaupun nampak seperti jawatan bawahan, Cihuacoatl boleh menjadi sangat berkuasa, seperti dengan Tlacaelel.[61][62]
Awal dalam sejarah empayar, Tenochtitlan membentuk sebuah majlis tentera dan penasihat yang terdiri daripada empat orang ahli untuk membantu Huetlatoani membuat keputusan: tlacochcalcatl; tlaccatecatl; ezhuahuacatl;[63] dan tlillancalqui. Reka bentuk ini bukan sahaja memberi nasihat kepada pemerintah, malah mengawal cita-cita bangsawan kerana selepas itu Huetlatoani hanya boleh dipilih daripada kalangan empat ahli majlis ini. Tambahan lagi, tindakan seorang ahli boleh dihalang oleh tiga ahli lain, menjadikannya satu sistem mudah untuk mengawal kuasa pegawai besar yang bercita-cita tinggi. Keempat-empat ahli majlis ini juga merupakan jeneral, ahli dalam pelbagai persatuan ketenteraan. Kedudukan mereka tidak sama rata, dengan tlacochcalcatl dan tlaccatecatl mempunyai status yang lebih tinggi daripada yang lain. Dua ahli ini juga merupakan anggota dua persatuan ketenteraan paling berprestij, iaitu cuauhchique ("yang dicukur") dan otontin ("Otomi").[64][65] Kaum bangsawan (tetecuhtin), iaitu saudara kepada bekas Huetlatoani, akan memilih pengganti Huetlatoani daripada empat ahli majlis ini.[66]
Pentadbiran wilayah
Mengikut adat, wilayah dan altepetl diperintah oleh tlatoani yang diwarisi. Semakin empayar berkembang, sistem ini berubah dan ada tlatoani yang digantikan dengan pegawai lain. Pegawai-pegawai ini mempunyai kuasa yang hampir sama dengan tlatoani. Seperti yang telah disebutkan, kadangkala pengelola (tunggal calpixqui, jamak calpixque) yang dilantik ditugaskan sebagai tlatoani ke altepetl yang ditakluk, bukannya seorang bangsawan dari wilayah itu.
Pada kemuncak empayar, organisasi negara ke dalam wilayah-wilayah ufti yang strategik diperincikan lagi. Terdapat 38 buah wilayah ufti, yang berada di bawah penyeliaan pengelola tinggi, atau huecalpixque, yang berkuasa ke atas calpixque berpangkat rendah. Calpixque dan huecalpixque ini pada asasnya ialah pengurus sistem ufti wilayah, dan ia diselia dari ibu kota Tenochtitlan. Namun, ia bukan diselia oleh huetlatoani secara langsung, sebaliknya oleh jawatan khas yang dipanggil petlacalcatl.
Jika sebuah altepetl yang baru ditakluk dianggap terlalu gelisah atau berpotensi memberontak, orang Nahua akan melantik seorang gabenor tentera, atau cuauhtlatoani, untuk mengawasi wilayah itu.[67] Semasa pemerintahan Moctezuma I, sistem calpixque diperluaskan: dua calpixque dilantik bagi setiap wilayah ufti. Seorang ditempatkan di wilayah itu sendiri (mungkin untuk mengawasi kutipan ufti), dan seorang lagi di Tenochtitlan (mungkin untuk mengawasi penyimpanan ufti). Orang biasa, iaitu macehualtin, yang mengumpul ufti ini, dan kemudian diagihkan kepada golongan bangsawan, sama ada raja (tlatoque), penguasa kecil (teteuctin), atau bangsawan wilayah (pipiltin).[68]
Orang Nahua menyelia kutipan ufti oleh pegawai-pegawai ini dan bergantung pada kuasa paksaan tentera Aztek. Namun, mereka juga bergantung pada kerjasama pipiltin (bangsawan tempatan, yang dikecualikan daripada membayar ufti tetapi menerima hasilnya) serta kelas pedagang warisan yang dikenali sebagai pochteca.
Golongan pochteca ini mempunyai pelbagai pangkat yang memberi mereka hak-hak dagangan tertentu. Mereka bukan semestinya daripada kalangan pipiltin, tetapi mereka memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pentadbiran sistem ufti Aztek. Kuasa pochteca dalam politik dan ekonomi sangat bergantung kepada kuasa politik dan ketenteraan bangsawan Aztek. Selain itu, mereka juga berperanan sebagai diplomat (teucnenenque, atau "pelawat tuhan") dan pengintip sebelum penaklukan. Pedagang pochteca berpangkat tinggi juga berkhidmat sebagai hakim di pasar, dan sampai tahap tertentu, mereka bertindak sebagai kumpulan korporat berautonomi dengan tugas-tugas pentadbiran dalam kawasan mereka sendiri.[69][70]
Ideologi dan negara

Metafizik Nahua berpusat pada teotl, "suatu kuasa, tenaga atau daya kerohanian yang tunggal, dinamik, menghidupkan, sentiasa kekal menjana serta memperbaharui dirinya sendiri."[71] Hal ini difahami dalam bentuk panteisme monistik[72] sebagai terzahir melalui dewa tertinggi Ometeotl,[73] serta pelbagai dewa bawahan dan pengidealan fenomena alam semula jadi seperti bintang dan api.[74] Golongan pendeta dan kelas atasan berpelajaran lebih cenderung kepada pandangan monistik ini, manakala agama popular bagi golongan awam lebih menekankan aspek politeistik dan mitologi.[75]
Agama rasmi empayar Aztek pada masa yang sama perlu menunaikan kewajipan rohani golongan atasan sambil mengekalkan kawalan mereka ke atas golongan bawahan dan penduduk jajahan. Hal ini dilaksanakan melalui upacara agama awam yang besar-besaran, penajaan kultus paling popular, dan tahap kebebasan beragama yang relatif.
Para pemerintah, sama ada teteuctin atau tlatoani tempatan, ataupun Huetlatoani pusat, dilihat sebagai wakil para dewa dan oleh itu memerintah atas dasar hak ketuhanan. Tlatocayotl, atau prinsip pemerintahan, menetapkan bahawa keturunan mewarisi hak ketuhanan ini. Oleh itu, aturan politik juga dianggap sebagai hukum alam semesta, dan membunuh seorang tlatoani bermaksud melanggar hukum itu. Atas sebab ini, setiap kali kaum Nahua membunuh atau menyingkirkan seorang tlatoani daripada kedudukannya, pengganti mereka biasanya ialah saudara atau kerabat daripada darah keturunan yang sama. Pengasasan jawatan Huetlatoani difahami melalui penciptaan tahap pemerintahan lain, iaitu hueitlatocayotl, yang berdiri lebih tinggi berbanding prinsip prinsip tlatocayotl yang lebih rendah.[76]
Satu tafsiran ketenteraan terhadap agama Nahua, khususnya pemujaan yang taat kepada dewa matahari Huitzilopochtli, telah membimbing peluasan empayar. Upacara ketenteraan negara dijalankan sepanjang tahun mengikut kalendar upacara yang merangkumi peristiwa, upacara, dan pertempuran olok-olok.[77] Zaman yang mereka huni difahami sebagai Ollintonatiuh, atau Matahari Pergerakan, yang dipercayai sebagai zaman terakhir sebelum umat manusia akan dimusnahkan. Pada zaman Tlacaelel, Huitzilopochtli dinaikkan ke peranan tertinggi dalam para dewata negara, dan beliau berhujah bahawa melalui pengorbanan darahlah Matahari dapat dipelihara dan dengan itu menghindarkan kemusnahan dunia. Berdasarkan tafsiran baharu yang bersifat ketenteraan terhadap Huitzilopochtli inilah, para askar Aztek digalakkan untuk berperang menangkap askar musuh untuk dijadikan korban. Walaupun korban darah merupakan perkara biasa di Mesoamerika, skala pengorbanan manusia di bawah Aztek berkemungkinan tidak pernah berlaku sebelum ini di rantau tersebut.[78]
Skema hierarki
| Eksekutif & Ketenteraan | Sistem Ufti | Sistem Kehakiman | Sistem Wilayah |
|---|---|---|---|
|
|
|
|
Struktur wilayah

Pada asalnya, empayar Aztek merupakan satu perikatan longgar antara tiga buah kota: Tenochtitlan, Texcoco, dan sekutu paling kecil, Tlacopan. Oleh itu, mereka dikenali sebagai 'Perikatan Tiga Serangkai.' Bentuk politik ini sangat biasa di Mesoamerika, dengan perikatan negara kota sentiasa berubah-ubah. Walau bagaimanapun, lama-kelamaan Tenochtitlan Tenochtitlan memegang kuasa tertinggi dalam perikatan itu, dan walaupun setiap kota rakan kongsi berkongsi harta rampasan perang dan hak untuk ufti tetap dari wilayah dan ditadbir oleh Huetlatoani mereka sendiri, Tenochtitlan menjadi yang terbesar, paling berkuasa, dan paling berpengaruh di antara tiga kota itu. Ia diakui dan pada hakikatnya ialah pusat empayar.[79]
Walaupun orang Aztek tidak menggambarkannya begini, pada asasnya terdapat dua jenis wilayah: Ufti dan Strategik. Wilayah Strategik pada asasnya ialah negara klien bawahan yang memberi ufti atau bantuan kepada negara Aztek di bawah "persetujuan bersama." Wilayah Ufti, sebaliknya, menyediakan ufti biasa kepada empayar; obligasi pada bahagian Wilayah Ufti adalah wajib dan bukannya disepakati.[80][81]
| Organisasi Empayar Aztek[80][81] | ||
|---|---|---|
| Perikatan Tiga Serangkai | Wilayah | |
|
Wilayah Ufti | Wilayah Strategik |
|
| |
Senarai pemerintah
| Tenochtitlan | Texcoco | Tlacopan | |
|---|---|---|---|
Huetlatoani
|
Cihuacoatl
|
Huetlatoani
|
Huetlatoani
|
Pemerintah alam dalam mitologi
Berikut senarai dewa-dewi Aztek, yang juga sebahagian daripada Tiga Belas Syurga, serta Empayar Aztek.
Dewa


- Centeotl, dewa jagung dikaitkan dengan Tianquiztli (dewi Bintang Tujuh). Nama Centeotl juga dieja sebagai Cinteotl dan adalah seperti dewi.
- Chalchiuhtotolin, dewa pembersihan dan pencemaran, pengampun kesalahan manusia, dan dewa takdir.
- Xochipilli, dewa bunga, kesenangan, jamuan, keriangan dan kreativiti artistik.
- Huehuecoyotl, dewa usia tua, asal usul, dan penipuan. Dia juga penaung kebijaksanaan, dan suka memainkan helah. Namanya serupa dengan dewa kebahagiaan, Ueuecoyotl.
- Huitzilopochtli, dewa semangat dan perang, dewa pelindung kekuatan, pemerintah Selatan.
- Itztlacoliuhqui-Ixquimilli, dewa ibun, ais, sejuk, musim sejuk, dosa, hukuman dan penderitaan manusia. Dia juga dewa keadilan yang ditutup mata.
- Ometecuhtli, dewa dualiti dan zat.
- Itztli, dewa batu yang salah satu bentuk Tezcatlipoca.
- Mictlantecuhtli, dewa alam bawah tanah (Mictlan). Dia digambarkan sebagai tulang rangka dengan pelbagai ciri mengerikan, seperti hatinya yang terdedah yang tergantung dari rongga dadanya.
- Patecatl, dewa penyembuhan dan dewa pelindung doktor dan kaktus peyote. Dia bapa kepada Centzontotochtin.
- Piltzintecuhtli, dewa ilham dan matahari. Dalam mitologi Aztek, Piltzintecuhtli dikaitkan dengan Utarid dan penyembuhan.
- Quetzalcoatl, dewa kehidupan, cahaya dan kebijaksanaan, pemilik angin dan siang, pemerintah Barat.
- Tecciztecatl, dewa bulan. Tecciztecatl ialah anak Tlaloc dan Chalchiuhtlicue.
- Tepeyollotl, dewa haiwan, gua gelap, gema dan gempa bumi. Tepeyollotl adalah salah satu bentuk Tezcatlipoca dan dikaitkan dengan gunung.
- Tezcatlipoca, dewa nasib, kegelapan dan benda ghaib, pemilik malam, pemerintah Utara. Tezcatlipoca telah menggulingkan Quetzalcoatl, yang menggulingkannya sebagai balasan.
- Tlahuizcalpantecuhtli, dewa fajar (Zuhrah) dan aspek Quetzalcoatl.
- Tlaloc, dewa hujan, kilat dan guruh. Dia dikaitkan dengan kesuburan dan pertanian.
- Tonacatecuhtli, dewa rezeki dikaitkan dengan Ometecuhtli.
- Tonatiuh, dewa matahari.
- Xipe Totec, dewa peremajaan, tumbuh-tumbuhan dan musim bunga, tuan musim, pemerintah Timur.
- Xiuhtecuhtli, dewa api dan masa.
- Ehecatl, dewa angin.
- Tzontemoc, dewa yang tinggal di salah satu daripada sembilan lapisan alam bawah tanah.
- Xolotl, dewa kematian, dikaitkan dengan Zuhrah sebagai Bintang Petang. Dia dewa kembar, dan kembar Quetzalcoatl.
- Mixcoatl, dewa Aztek memancing dan memburu, dan dewa tua bagi taufan dan ribut yang dikaitkan dengan Bima Sakti.
- Nanahuatzin, dewa matahari. Nanahuatzin mengorbankan dirinya dalam api supaya matahari terus menyinari dunia, jadi dewa Tonatiuh mengambil tempatnya.
- Atlahua, dewa air dan pelindung pemanah dan nelayan. Orang Aztek berdoa kepadanya apabila terdapat kematian dalam air.
- Opochtli, dewa memancing dan penangkap burung. Menurut legenda, dialah pencipta serampang dan jala.
- Painal, utusan Huitzilopochtli.
- Techlotl, dewa yang tinggal di salah satu daripada sembilan lapisan alam bawah tanah. Dewa ini dikaitkan dengan burung hantu.
- Ometochtli, dewa pulque dan pemimpin Centzontotochtin.
Dewi
- Chalchiuhtlicue, dewa air mengalir, tasik, sungai, lautan, sungai, air mendatar, ribut dan pembaptisan.
- Chantico, dewa api, rumah dan gunung berapi.
- Cihuacoatl, dewa kelahiran anak dan pemetik jiwa.
- Citlalicue, dewa bintang-bintang perempuan dalam Bima Sakti.
- Itzpapalotl, dewa kematian. Dia pemimpin Tzitzimitl. Pisau batu boleh keluar daripada matanya.
- Mayahuel, dewa agave dan maguey. Dia ibu kepada Centzontotochtin.
- Mictecacihuatl, dewa alam bawah tanah (Mictlan).
- Tlaltecuhtli, dewa tua bumi (berubah dalam landskap dan atmosfera Bumi).
- Tlazolteotl, dewa nafsu, keghairahan, serakah, dan kesalahan seksual.
- Xochiquetzal, dewa bunga, cinta, kesenangan dan kecantikan. Dia melindungi ibu-ibu muda, dan selama-lamanya muda dan cantik.
- Atlatoman, dewa pelindung mereka yang dilahirkan dengan kecacatan fizikal atau Mexica yang mengalami kudis. Beberapa kodeks juga mengatakan dewa ini penyebab penyakit ini.
- Huixtocihuatl, dewa garam dan penaung makanan yang ditanam (termasuk orang dalam perdagangan garam).
- Chalmecacihuatl, dewi yang tinggal di salah satu daripada sembilan lapisan alam bawah tanah. Dia isteri kepada Tzontemoc.
- Chicomecoatl, dewa pertanian.
- Coyolxauhqui, dewi atau pemimpin Centzonhuitznahua, dikaitkan dengan bulan.
Kumpulan pemerintah dalam mitologi

- Cihuateteo, (Cihuacoatl) roh jahat wanita-wanita yang mati ketika bersalin. Nama mereka datang daripada dewi Cihuacoatl. Nama mereka juga dieja sebagai "Ciuateteo". (Dewi)
- Ahuiateteo, dewa-dewa ketamakan dan kesenangan, dewa yang dikenali sebagai Macuilcozcacuauhtli, Macuilcuetzpalin, Macuilmalinalli, Macuiltochtli, dan Macuilxochitl. (Dewa)
- Ixcuiname, dewi-dewi serakah. (Dewi)
- Cinteteo, dewa-dewa jagung. (Dewa)
- Centzontotochtin, (Ometochtli) dewa-dewa pulque. (Dewa)
- Xiuhtotontli, dewa-dewa api (manifestasi alternatif atau jelmaan Xiuhtecuhtli). (Dewa)
- Ehecatotontli, (Ehecatl) dewa-dewa penahan nafas bayu – sama seperti Ehecatl. (Dewa)
- Civateteo, (Cihuacoatl) dewi-dewi puntianak. Civateteo serupa dengan Cihuateteo, yang tidak seteruk Civateteo. Civateteo kebanyakannya tinggal di Mexico biasa, dan Civateteo datang dari suatu tempat seperti puntianak. (Dewi)
- Tzitzimitl, (Itzpapalotl) dewi-dewi bintang. Tzitzimitl kebanyakannya tinggal di Mexico biasa, dan Tzitzimitl datang dari Tamoanchan. (Dewi)
- Centzonmimixcoa, (Cuahuitlicac) 400 dewa bintang utara dan "400 Sang Utara." (dewa)
- Centzonhuitznahua, (Coyolxauhqui) 400 dewa bintang selatan. (Dewa)
- Tlaloque, dewa-dewa hujan, cuaca dan gunung. Tlaloc juga dianggap pemerintah kumpulan ini. (Dewa)
- Tianquizli, (Citlalicue) ini dewi-dewi Bintang Tujuh. (Dewi)
- Ometeotl, dewa-dewa dualiti. (Dewa)
- Tezcatlipocas, dewa-dewa pencipta. (Dewa)
- Tonalleque, roh-roh yang menjelma yang mati semasa Pertempuran (Dewa)
Tempat suci mitologi
- Tamoanchan, tempat Itzpapalotl biasanya memerintah. Para dewa mencipta bangsa manusia ini yang pertama daripada darah yang dikorbankan dan tulang manusia yang hancur. Tamoanchan mungkin bermaksud "Kami turun ke rumah kami."
- Mictlan, tempat Mictlantecuhtli dan Mictecacihuatl memerintah dalam mitologi Aztek. Ini secara harfiahnya alam bawah tanah.
- Tlalocan, tempat Tlaloc dan Chalchiuhtlicue memerintah dalam mitologi Aztek. Salah satu daripada beberapa lokasi manusia mungkin pergi selepas mati.
Undang-undang
Pemerintah Nezahualcoyotl membangunkan kanun undang-undang yang paling maju di negeri kota Texcoco di bawahnya pentadbirannya. Ia merupakan kanun bertulis yang rasmi, bukan sekadar himpunan amalan kebiasaan. Sumber maklumat tentang kod undang-undang ini datang daripada catatan era penjajahan oleh Fransiskan Toribio de Benavente Motolinia, Fransiskan Fray Juan de Torquemada, dan ahli sejarah Texcocan Juan Bautista Pomar, dan Fernando de Alva Cortés Ixtlilxochitl. Kanun undang-undang di Texcoco di bawah Nezahualcoyotl bersifat perundangan ketat, kerana banyak perbicaraan dijalankan dengan bukti tertentu dan banyak juga yang mengabaikan status sosial pihak-pihak terlibat, serta mengandungi 80 undang-undang bertulis.Undang-undang ini menetapkan hukuman keras yang dijalankan secara terbuka, mewujudkan kerangka kawalan sosial.[85]
Lebih sedikit yang diketahui tentang sistem undang-undang di Tenochtitlan, yang mungkin kurang bersifat perundangan atau canggih berbanding Texcoco untuk zaman itu.[86] Sistem tersebut ditubuhkan di bawah pemerintahan Moctezuma I. Undang-undang ini berperanan untuk menetapkan dan mengawal hubungan antara negara, kelas, dan individu. Pihak berkuasa negara sahaja yang menjatuhkan hukuman. Orang Nahua menegaskan nilai dan adat mereka dalam undang-undang ini, mengharamkan perbuatan seperti homoseksual terbuka, mabuk, dan berbogel, di samping larangan umum terhadap mencuri, membunuh, dan merosakkan harta benda. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, golongan pochteca boleh berkhidmat sebagai hakim, dan sering mengawasi anggota mereka sendiri. Begitu juga, mahkamah tentera mengendalikan kes dalam kalangan tentera dan juga luar ketika perang. Terdapat proses rayuan, dengan mahkamah rayuan berdiri antara mahkamah tempatan, biasanya mahkamah pasar, di peringkat wilayah dan sebuah mahkamah agung serta dua mahkamah rayuan tinggi khas di Tenochtitlan. Salah satu mahkamah khas ini mengendalikan kes dari dalam Tenochtitlan, manakala satu lagi dari luar ibu kota. Kuasa kehakiman tertinggi terletak di tangan Huetlatoani, yang berhak melantik hakim-hakim bawahan.[87]
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b Berdan, Frances (November–December 2013). "El tributo a la Triple Alianza". Arqueología Mexicana (124): 49–55. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2022-07-22.
- ^ Taagepera, Rein (September 1997). "Expansion and Contraction Patterns of Large Polities: Context for Russia". International Studies Quarterly. 41 (3): 497. doi:10.1111/0020-8833.00053. JSTOR 2600793. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2020. Dicapai pada 7 September 2018.
- ^ ""La catastrophe démographique" (The Demographical Catastrophe"), L'Histoire n°322, July–August 2007, p. 17".
- ^ a b c Smith 2009
- ^ Carrasco Pizana, Pedro (1999). The Tenochca Empire of ancient Mexico: the triple alliance of Tenochtitlan, Tetzcoco, and Tlacopan. The civilization of the American Indian series. Norman: University of Oklahoma Press. ISBN 978-0-8061-3144-3.
- ^ "Ocupación territorial antes de 1521" (Peta). Atlas Nacional de México. Instituto de Geografía de la Universidad Nacional Autónomo de México. 1. 2018. Dicapai pada 20 Mar 2025.
- ^ Barlow, R. h (1949). Extent Of The Empire Of Culhua Mexica.
- ^ Hassig 1988
- ^ Smith 2001
- ^ Smith 2009, halaman 3–4
- ^ Smith 1984
- ^ Untuk tujuan rencana ini, Aztek merujuk hanya kepada kota yang membentuk atau tertakluk kepada perikatan. Untuk penggunaan kata ini yang lebih luas, lihat rencana tamadun Aztek.
- ^ Davies 1973, halaman 3–22
- ^ Alfredo López Austin (2001). "Aztec". The Oxford Encyclopedia of Mesoamerican Culture. 1. Oxford University Press. m/s. 68.
- ^ Smith 2009, halaman 37
- ^ Calnek 1978
- ^ a b c Davies 1973
- ^ Alvarado Tezozomoc 1975, halaman 49–51
- ^ Alvarado Tezozomoc 1975, halaman 52–60
- ^ Smith 2009, halaman 44
- ^ Alvarado Tezozomoc 1975
- ^ a b Smith 2009, halaman 46
- ^ a b Hanson, Victor Davis (2007). Carnage and Culture: Landmark Battles in the Rise to Western Power (dalam bahasa Inggeris). Knopf Doubleday Publishing Group. ISBN 978-0-307-42518-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-10-16. Dicapai pada 2022-08-04.
- ^ Bierhorst, John (1985). A Nahuatl-English Dictionary and Concordance to the Cantares Mexicanos: With an Analytic Transcription and Grammatical Notes. Stanford University Press. m/s. 319. ISBN 978-0-8047-1183-8.
- ^ Somervill, Barbara A. (2009). Empire of the Aztecs. Infobase Publishing. m/s. 33. ISBN 978-1-60413-149-9.
- ^ Glass, John B. (18 February 2015). "Annotated References". Dalam Wauchope, Robert (penyunting). Handbook of Middle American Indians, Volumes 14 and 15: Guide to Ethnohistorical Sources, Parts Three and Four. 14, 15. University of Texas Press. m/s. 854. ISBN 978-1-4773-0688-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 December 2023. Dicapai pada 28 May 2019.
- ^ a b c d Smith 2009, halaman 47
- ^ Evans 2008, halaman 460
- ^ Istilah cihuācōātl harfiahnya bermaksud "wanita-ular" atau "ular betina" dan asal usul penamaan ini tidak begitu difahami. Jawatan itu sebenarnya tidak dikhaskan untuk wanita, namun gelaran itu mungkin menunjukkan suatu perbezaan metafora antara Tlahtoāni yang “bersifat maskulin” menangani hal ehwal empayar di luar, dengan Cihuācōātl yang “bersifat feminin” mengurus hal dalaman.
- ^ Leon-Portilla 1963, halaman 155
- ^ a b Smith 2009, halaman 48
- ^ a b c Evans 2008, halaman 462
- ^ a b Durán 1994, halaman 209–210
- ^ Evans 2008, halaman 456–457
- ^ Evans 2008, halaman 451
- ^ Durán 1994[halaman diperlukan]
- ^ Berdasarkan Hassig 1988.
- ^ Smith 2009, halaman 47–48
- ^ Smith 2009, halaman 49
- ^ a b c d Pollard 1993, halaman 169
- ^ a b c d e Smith 2009, halaman 51
- ^ Evans 2008, halaman 450
- ^ a b c d Smith 2009, halaman 54
- ^ Smith 2009, halaman 50–51
- ^ Pollard 1993, halaman 169–170
- ^ Davies 1973, halaman 216
- ^ Diaz del Castillo 2003, halaman 35–40
- ^ Karttunen, Frances (1997). "Rethinking Malinche". Dalam Schroeder, Susan; dll. (penyunting). Indian Women of Early Mexico. University of Oklahoma Press.
- ^ Diaz del Castillo 2003, halaman 92–94
- ^ Diaz del Castillo 2003, halaman 120
- ^ a b c d e f g h Cortés, Hernán (1843). The Dispatches of Hernando Cortés, The Conqueror of Mexico, addressed to the Emperor Charles V, written during the conquest, and containing a narrative of its events. New York: Wiley and Putnam.
- ^ a b c Smith 2009, halaman 275
- ^ Altman, Ida; Cline, S.L. (Sarah); Pescador, Javier (2003). "3: Conquest and Colonization". The Early History of Greater Mexico. Pearson.
- ^ Smith 2009, halaman 279
- ^ Fernando de Alva Ixtlilxochitl (1969). Ally of Cortés: Account 13 of the Coming of the Spaniards and the Beginning of Evangelical Law. Diterjemahkan oleh Ballentine, Douglass K. El Paso: Texas Western Press.
- ^ Restall, Matthew (2004). Seven Myths of the Spanish Conquest (ed. 1st pbk). Oxford and New York: Oxford University Press. m/s. 148. ISBN 0-19-517611-1.
- ^ Motyl, Alexander J. (2001). Imperial Ends: The Decay, Collapse, and Revival of Empires. New York: Columbia University Press. m/s. 13, 19–21, 32–36. ISBN 0-231-12110-5.
- ^ Berdan, Frances F.; dll. (1996). Aztec Imperial Strategies. Washington, DC: Dumbarton Oaks. ISBN 978-0-88402-211-4.
- ^ Smith, Michael E. (2000). "Aztec City-States". Dalam Mogens Herman Hansen (penyunting). A Comparative Study of Thirty City-State Cultures. Copenhagen: The Royal Danish Academy of Sciences and Letters. m/s. 581–595.
- ^ Evans, Susan T. (2004). Ancient Mexico & Central America: Archaeology and Culture History. New York: Thames & Hudson. m/s. 443–446, 449–451.
- ^ Coe, Michael D. (1984). Mexico (ed. 3). New York: Thames & Hudson. m/s. 156.
- ^ Townshend, Richard F. (2000). The Aztecs (ed. Revised). London: Thames & Hudson. m/s. 200–202.
- ^ a b Berdan, Francis F.; Patricia Rieff Anawalt (1992). The Codex Mendoza Vol. 1. University of California Press. m/s. 196.
- ^ Brumfiel, Elizabeth M. (1983). "Aztec State Making: Ecology, Structure, and the Origin of the State". American Anthropologist. New Series. 85 (2): 273. doi:10.1525/aa.1983.85.2.02a00010.
- ^ Townshend, Richard F. (2000). The Aztecs (ed. Revised). London: Thames & Hudson. m/s. 204.
- ^ Manuel Aguilar-Moreno (2007). Handbook to Life in the Aztec World. Oxford University Press. m/s. 76. ISBN 978-0-19-533083-0.
- ^ Calnek, Edward E. (1982). "Patterns of Empire Formation in the Valley of Mexico". Dalam Collier; Rosaldo; Wirth (penyunting). The Inca and Aztec States: 1400–1800. New York: Academic Press. m/s. 56–59.
- ^ Smith, Michael E. (1986). "Social Stratification in the Aztec Empire: A View from the Provinces". American Anthropologist. 88 (1): 74. doi:10.1525/aa.1986.88.1.02a00050. S2CID 144891771.
- ^ Kurtz, Donald V. (1984). "Strategies of Legitimation and the Aztec State". Ethnology. 23 (4): 308–309. doi:10.2307/3773507. JSTOR 3773507.
- ^ Almazán, Marco A. (1999). "The Aztec States-Society: The Roots of Civil Society and Social Capital". Annals of the American Academy of Political and Social Science. 565: 170. doi:10.1177/000271629956500111. S2CID 145457832.
- ^ Maffie n.d., sec 2a: "Teotl terus menjana dan menjana semula serta meresapi, merangkumi, dan membentuk kosmos sebagai sebahagian daripada proses penjanaan-dan–penjanaan semula diri yang tiada penghujungnya. Apa yang manusia biasa fahami sebagai alam – contohnya langit, bumi, hujan, manusia, pokok, batu, haiwan, dll. – dijana oleh teotl, daripada teotl sebagai satu aspek, segi, atau detik proses penjanaan-dan-penjanaan semula diri yang tiada penghujungnya."
- ^ Maffie n.d., sec 2b,2c, memetik Hunt 1977 dan I. Nicholson 1959; Leon-Portilla 1966, p. 387 dipetik oleh Barnett 2007, "M. Leon-Portilla berhujah bahawa Ometeotl bukanlah strictly panteistik atau strictly monistik."
- ^ Maffie n.d., sec 2f: "Secara harfiah, 'Dua Tuhan', juga dipanggil in Tonan, in Tota, Huehueteotl, 'Ibu kami, Bapa kami, Tuhan Tua.Templat:'"
- ^ Maffie n.d., sec 2f, memetik Leon-Portilla 1963.
- ^ Maffie n.d., sec. 2f, memetik Caso 1958; Leon-Portilla 1963, ch. II; H.B. Nicholson 1971, pp. 410–412; and I. Nicholson 1959, pp. 60–63.
- ^ Almazán 1999, halaman 165–166
- ^ Brumfiel 2001, halaman 287, 288–301
- ^ Leon-Portilla 1963, halaman 6, 161–162
- ^ Brumfiel, Elizabeth M. (2001). "Religion and state in the Aztec Empire". Dalam Alcock; dll. (penyunting). Empires. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 284.
- ^ a b Evans 2008, halaman 470–471
- ^ a b Smith, Michael E. (1996). The Strategic Provinces, in Aztec Imperial Strategies. Washington, D.C.: Dumbarton Oaks. m/s. 1–2.
- ^ Coe 1984, halaman 170
- ^ Chimalpahin Quauhtlehuanitzin, Domingo de San Anton Munon (1997). Anderson, Arthur J. O.; Schroeder, Susan (penyunting). Codex Chimalpahin: Society and Politics in Mexico Tenochtitlan, Tlatelolco, Texcoco, Culhuacan, and Other Nahua Altepetl in Central Mexico. 1. Norman: University of Oklahoma Press.
- ^ "Tlacopan". World of Royalty. March 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-12.
- ^ Offner, Jerome A. (1983). Law and Politics in Aztec Texcoco. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 81–82.
- ^ Offner 1983, halaman 83
- ^ Kurtz 1984, halaman 307
Bibliografi
| Sumber perpustakaan |
|---|
| Tentang Empayar Aztek |
Sumber utama
- Berdan, Frances F.; Anawalt, Patricia Rieff (1997) [c. 1541]. The Essential Codex Mendoza. University of California Press. ISBN 978-0-520-20454-6. Dicapai pada 2022-07-22.
- Diaz del Castillo, Bernal (2003) [1576]. The Discovery and Conquest of Mexico. Cambridge, MA: Da Capo Press. ISBN 0-306-81319-X.
- Durán, Diego (1994) [c. 1581]. History of the Indies of New Spain. University of Oklahoma Press.
- Alvarado Tezozomoc, Hernando (1975) [c. 1598]. Crónica Mexicana. Mexico City: Universidad Nacional Autónoma de Mexico.
Sumber sekunder
- Barnett, Ronald A. (2007-11-01). "Mesoamerican religious concepts: Part two". MexConnect. Dicapai pada 2022-07-20.
- Calnek, Edward (1978). "Urbanization of the Americas from its Beginnings to the Present". Dalam Schaedel, R. P.; Hardoy, J. E.; Kinzer, N. S. (penyunting). The City-State in the Basin of Mexico: The Late Prehispanic Period. m/s. 463–470.
- Davies, Nigel (1973). The Aztecs: A History. University of Oklahoma Press.
- Evans, Susan T. (2008). Ancient Mexico and Central America: Archaeology and Culture History, 2nd edition. Thames & Hudson, New York. ISBN 978-0-500-28714-9.
- Hassig, Ross (1988). Aztec Warfare: Imperial Expansion and Political Control. University of Oklahoma Press. ISBN 0-8061-2121-1.
- Maffie, James (n.d.). "Aztec Philosophy". The Internet Encyclopedia of Philosophy. ISSN 2161-0002. Dicapai pada 2022-07-20.
- Leon-Portilla, Miguel (1963). Aztec Thought and Culture: A Study of the Ancient Náhuatl Mind. Diterjemahkan oleh Davis, Jack E. University of Oklahoma Press.
- Pollard, H. P. (1993). Tariacuri's Legacy. University of Oklahoma Press.
- Smith, Michael (1984). "The Aztec Migrations of Nahuatl Chronicles: Myth or History?". Ethnohistory. 31 (3): 153–168. doi:10.2307/482619. JSTOR 482619.
- Smith, Michael (2009). The Aztecs, 2nd Edition. Malden, MA: Blackwell Publishing. ISBN 978-0-631-23015-1.
- Smith, M. E. (2001). "The Archaeological Study of Empires and Imperialism in Pre-Hispanic Central Mexico". Journal of Anthropological Archaeology. 20 (3): 245–284. doi:10.1006/jaar.2000.0372.
- Soustelle, Jacques (1964) [1955]. The Daily Life of the Aztecs (ed. English). London: Penguin. ISBN 978-0-486-42485-9.
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Empayar Aztek. |
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Classical Nahuatl
- Rencana Wikipedia memerlukan petikan bilangan muka surat dari July 2022
- Halaman menggunakan kotak info negara atau kotak info bekas negara dengan parameter flag caption atau type
- Rencana dengan frasa perkataan wesel yang ditandakan secara khusus dari Jun 2025
- Laman dengan AFA bahasa Bahasa-bahasa Nahua
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari July 2019
- Rencana dengan pengenalan VIAF
- Empayar Aztek
- Aztek
- Sejarah Aztek
- Politik Mesoamerika
- Budaya Peribumi Amerika
- Bekas empayar di Amerika Utara
- 1521 di Mexico
- Bekas konfederasi
- Bekas monarki Amerika Utara
- Sejarah Mesoamerika
- Sistem politik
- Pengasasan abad ke-15 di Amerika Utara
- Negeri dan wilayah diasaskan pada 1428
- Negeri dan wilayah dibubarkan pada 1521
- Pengasasan 1428 di Amerika Utara
- Pengasasan abad ke-15 dalam tamadun Aztek
- Pembubaran abad ke-16 dalam tamadun Aztek
- Pembubaran 1521 di Amerika Utara









