Emma Akma | |
|---|---|
| Kelahiran | Emma Akma Yunus 9 Jun 1969 |
| Nama lain | Emma Akma |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 1993–kini |
| Pasangan | Syam'un Rnas (k. 2019) |
| Anak-anak | 2 |
Emma Akma Yunus (lahir 9 Jun 1969) atau lebih dikenali sebagai Emma Akma ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2][3][4][5] Selain berlakon, Emma juga pernah mempunyai sebuah Production House iaitu Silver28 Production dan telah menerbitkan sebuah drama berjudul Dia Penari Dangdut pada tahun 1997. Selain itu beliau juga pernah mempunyai agensi modelling iaitu Sinar Gemilang Entertainment yang beroperasi sejak pertengahan tahun 2000.Beliau memberi peluang dan laluan kepada anak anak tempatan dengan melatih mereka selok belok model dan juga mengasah bakat bakat baru dalam bidang lakonan. Selepas itu, pada tahun 2013 beliau menubuhkan syarikat Event Management, iaitu Emma Akma Entertainment yang beroperasi sehingga kini. Belia juga pernah memegang gelaran Ratu Cantik dalam beberapa pertandingan dari tahun 1994 sehingga tahun 2000. Berbekalkan kecantikan semula jadi, beliau kerap kali dilantik menjadi Duta Duta Produk.
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2015 | Biasan | Sandosh Kesavan | Filem pertama |
Telefilem
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
|---|---|---|---|
| 2023 | Kampung Ke | Mak Yang Guru | Astro First |
| 2002 | Mimpi | Ella | VCD |
| 2013 | Kawan | TV2 | |
| Coklat Maraton | TV3 | ||
| 2019 | Dia Tak Berdosa | TV1 |
Drama
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 1998 | Kisah Benar (Musim 18) | Zarina | TV3 | Episod: "Nombor Palsu" |
| 2001 | Kisah Benar (Musim 20) | Setiausaha syarikat jualan langsung | Episod: "Bekerja Sambilan di Rumah" | |
| 2002 | Tegak Tak Bertiang | TV1 | ||
| Kisah Benar (Musim 21) | Maznah | TV3 | Episod: "Api Dalam Sekam" | |
| 2006 | Janji Diana | Datin Suhana | TV2 | |
| 2008-2013 | Roda-Roda Kuala Lumpur | Peranan ulangan | ||
| 2009 | Gerak Khas (Musim 11) | Episod: "Saksi" | ||
| 2010 | Hani | Shafinaz | TV3 | |
| Chinta | Suraya | |||
| 2011 | Vanila Coklat | Datin Dalila | ||
| Gerak Khas (Musim 13) | TV2 | Episod: "Muslihat" | ||
| 2013 | Kampung Girl | Mazlin | TV3 | |
| Tanah Kubur (Musim 8) | Astro Oasis | Episod: "Bahana Facebook" | ||
| Janji Adam | Fatimah | TV3 | ||
| 2013-2014 | Syurga di Wajahmu | Puan Khadijah | TV1 | |
| 2014 | Tuan Rumah Pembantu Rumah | Puan Syafiqa | TV3 | |
| Fajar Aiman | Mariah | |||
| Ride | Ibu Pajai | TV9 | ||
| 2015 | Selipar Jepun Stiletto Merah | Hypp Sensasi | ||
| Tabir Zulaikha | Wan Rozita | TV3 | ||
| Mencintaimu | ||||
| Wadi | Dr. Laila | |||
| 2016 | Cinta Teruna Kimchi | Hajjah Hayati | ||
| Satu Cinta | Yati | TV1 | Slot Widuri | |
| 2017 | Sape Dari Itali | TV2 | ||
| Dekatkan Jarak Kita | Zainab | TV3 | ||
| 2018 | Cinta Maya | Datin Sofiah | TV1 | |
| 2020 | Gerak Khas The Finale | Siti | TV3 | Episod: "Peluru Sesat" |
Rujukan
- ^ "Emma Akma sahkan sudah bercerai, hampir bunuh diri". Berita Harian. 16 Mac 2016.
- ^ "Emma Akma terus disihir, habis ribu ringgit berubat". Utusan Melayu. 5 Februari 2017.
- ^ "Bekas Suami Mahu Rujuk, Emma Akma Serik". mStar. 29 Mac 2016.
- ^ "Bekas dramatis jual pakaian, barangan milik sendiri". Berita Harian. 27 Disember 2016.
- ^ "Emma Akma - Watak dalam Mimpi mencabar". Utusan Melayu. 10 April 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-23. Dicapai pada 2019-01-23.








