| Cinta Maya | |
|---|---|
| Genre | Drama Cinta Konflik |
| Ditulis oleh | Che Li |
| Pengarah | Kyoll Hamzah |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Di Redup Takdir" oleh The Prism Band |
| Lagu penutup | "Di Redup Takdir" oleh The Prism Band |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 13 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Shaiful Adzhar Hashim |
| Penerbit | Raja Alawiyah Idris Wan Nadhirah Mansor |
| Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | Bright Network Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV1 (Slot Widuri) |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 14 September 2018 – 20 Oktober 2018 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Ketika Masa Terhenti |
| Diikuti oleh | Sesegar Nailofar |
Cinta Maya ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Kyoll Hamzah. Drama ini dibintangi oleh Yana Samsudin dan Afiq Muiz. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri, TV1 pada 14 September 2018 menggantikan Ketika Masa Terhenti.
Sinopsis
Shamsul, seorang arkitek dan isterinya, Hashimah yang bertugas sebagai doktor mendirikan rumah tangga selama 10 tahun. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Adreena berusia 8 tahun.
Shamsul seorang yang suka berjenaka dan mudah disenangi sesiapa saja. Berbeza dengan isterinya, Hashimah seorang yang berperwatakan lembut, penyayang dan penyabar. Rumahtangga pasangan ini amat bahagia.
Bagaimanapun, semuanya mula berubah apabila Shamsul menyertai kumpulan WhatsApp rakan sekelasnya semasa di sekolah menengah. Turut berada dalam kumpulan itu ialah bekas kekasihnya, Wan Alina. Mereka sebenarnya sama-sama melangkah ke universiti sehinggalah akhirnya berpisah pada tahun terakhir di sana.
Wan Alina seorang usahawan yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan berkaitan dengan rawatan dan produk kecantikan. Perniagaannya yang semakin maju secara tidak langsung menimbulkan masalah dengan suaminya, Zainudin yang bekerja sebagai jurutera kilang elektronik. Semakin hari mereka kian renggang sehingga tiba kepada proses untuk bercerai.
Sejak bertemu semula hubungan mereka kembali berputik. Wan Alina menceritakan masalah rumahtangganya kepada Shamsul lalu menimbulkan simpati bekas kekasihnya itu. Apatahlagi Zainudin mula mengabaikan isterinya.
Dalam diam Wan Alina dicemburui dan difitnah oleh Puan Sri Haliza dan Amran Shah (Am) juga jurugambarnya, Zahari. Di hadapan Wan Alina mereka berpura-pura baik hingga wanita itu benar-benar mempercayai mereka.
Masa berlalu cerita itu sampai juga ke pengetahuan Hashimah. Dia mengambil keputusan membawa anak mereka keluar dari rumah bagi memberi laluan kepada Shamsul memikirkan masa depan mereka. Dia pasrah sekiranya Shamsul memutuskan untuk memilih Wan Alina.
Sebaliknya bagi Zainudin yang akhirnya sedar fitnah yang taburkan bagi memusnahkan hubungannya dengan Wan Alina. Dia mula berubah mencintai isterinya itu.
Adakah hubungan mereka mampu diselamatkan? Bagaimana pula dengan Shamsul? Adakah dia mampu membuat keputusan yang terbaik untuk keluarganya?
Pelakon
Pelakon utama
- Yana Samsudin sebagai Wan Alina
- Afiq Muiz sebagai Shamsul
Pelakon pembantu
- Beego sebagai Zainudin
- Nazeera Sardi sebagai Hashimah
- Zarina Zainuddin sebagai Puan Sri Haliza
- Wan Nor Azlin sebagai Datin Surani
- Qazem Nor sebagai Amran Shah








