Kempen Bersih, Cekap dan Amanah diperkenalkan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad pada bulan April 1982 sebagai satu dasar yang menjadi amalan di Malaysia.[1] Konsep ini adalah selaras dan sebagai asas kepada Kempen Kepimpinan Melalui Teladan pada 19 Mac 1983.[2]
Objektif
Objektif utama dasar ini adalah sebagaimana berikut:
- Bagi mengujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkat hasil (productivity) dan mutu kerja.
- Untuk meningkatkan semangat atau motivasi pekerja seiring dengan Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Kepimpinan Melalui Teladan.
Secara khususnya sifat-sifat yang ingin diterapkan ke jiwa setiap golongan pekerja dan rakyat adalah seperti berikut:
1. Bersih iaitu
- Mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib dan berdisiplin, tidak menyeleweng dan tidak rasuah.
- Berkecuali iaitu tidak memihak ke mana-mana atau berat sebelah.
- Tidak mementingkan diri sendiri.
- Tidak khianat, hasad dan dengki
2. Cekap iaitu
- Berani dan cepat membuat keputusan.
- Menghadapi krisis dengan tenang.
- Bersikap tegas kepada prinsip.
- Mempunyai produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerja.
- Mempunyai keyakinan diri.
- Berpandangan jauh - proaktif dan bukan reaktif.
- Berpengetahuan, berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang tertentu.
3. Amanah iaitu
- Rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang ditetapkan.
- Mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi.
Rujukan
- ^ "Bersih, cekap dan amanah lancarkan pentadbiran - Dr Mahathir". www.utusanborneo.com.my. 2018-08-15.
- ^ "BERSIH, CEKAP, AMANAH" (PDF). Prime Minister's Office of Malaysia.