Pada 19 Mac 1983, Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad melancarkan kempen Kepimpinan Melalui Teladan (KMT). Majlis tersebut di lancarkan di Stadium Tun Razak, Kuala Lumpur.[1]
KMT adalah satu cara memimpin melalui contoh teladan yang ditunjukkan oleh pemimpin, sehingga orang yang dipimpinnya mahu mematuhi dan melaksanakan apa yang dikehendaki oleh pemimpin secara sukarela dan bukan secara paksaan. KMT adalah satu dasar baru kerajaan bertujuan untuk menanam dan memupuk ciri-ciri kepimpinan berkesan agar dapat dijadikan contoh teladan dan ikutan oleh orang bawahan khususnya kakitangan kerajaan.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD (1983-03-19). "DI MAJLIS PELANCARAN KEMPEN "KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN"". www.pmo.gov.my.
- ^ "Dasar Kepimpinan Melalui Teladan | PDF". Scribd.