Bandar Jeli
Bandar Jeli | |
|---|---|
Bandar | |
Lokasi di Kelantan | |
| Koordinat: 5°42′36″N 101°50′24″E / 5.71000°N 101.84000°E | |
| Negara | |
| Negeri | Kelantan |
| Jajahan | Jeli |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| Poskod | 17600 |
| Kod kawasan | +609 |
| Pendaftaran kenderaan | D |
Pengenalan
Bandar Jeli merupakan bandar utama, pusat pertumbuhan ekonomi, dan pusat pentadbiran bagi Jeli, Kelantan, Malaysia. Bandar ini berfungsi sebagai pusat perkhidmatan kerajaan, pendidikan, perdagangan, dan kemudahan awam bagi kawasan sekitarnya.
Bandar Jeli terletak kira-kira 90 km dari Kota Bharu, 50 km dari Tanah Merah, 125 km dari Gerik (Perak) melalui Lebuhraya Timur Barat, 110 km dari Gua Musang melalui Jalan Jeli–Jelawang–Gua Musang, 130 km dari Kuala Krai melalui Jalan Jeli–Pekan Dabong–Sungai Sam–Kuala Krai, dan 50 km dari Rantau Panjang melalui Jalan Jeli–Panglima Bayu–Rantau Panjang.[1]
Pembangunan
Bandar Jeli telah mengalami perubahan fizikal yang ketara melalui pelbagai projek pembangunan. Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed (To’Pa), menyatakan harapan agar Jeli berkembang maju mengikut perancangan. Antara pembangunan terkini termasuk pembukaan cawangan Bank Muamalat ke-58, penubuhan kampus kedua Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Politeknik Jeli, Sekolah Menengah Sains, serta pembesaran jalan di sepanjang Lebuhraya Timur Barat yang menghubungkan Kelantan dengan Gerik, Perak.[2]
Pentadbiran
Bandar Jeli menempatkan beberapa pejabat kerajaan dan kemudahan penting:
- Balai Polis Jeli
- Jabatan Pendaftaran Jeli
- Stesen Bomba dan Penyelamat Jeli
- Hospital Jeli
- Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli
- Bangunan Majlis Daerah Jeli
- Dewan Majlis Daerah Jeli
- Mahkamah Jeli
- Pejabat RISDA Jajahan Jeli
- Pejabat KESEDAR Wilayah Jeli
- Pejabat Kesihatan Daerah Jeli
- Pejabat Pendidikan Daerah Jeli
- Pejabat Perhilitan Daerah Jeli
- Institut Latihan Memandu Jeli
- Jabatan Pengairan dan Saliran Jeli
Pendidikan
Bandar Jeli mempunyai pelbagai institusi pendidikan dari peringkat rendah hingga menengah dan politeknik:
- SK Jeli (1) (Sekolah Rendah)
- SK Jeli (2) (Sekolah Rendah)
- SMK Jeli 1 (Sekolah Menengah)
- SM Sains Jeli (JeSS) (Sekolah Berasrama Penuh Sains)
- SMA Nahdatul Ulum (Sekolah Menengah Agama)
- Politeknik Jeli
Kemudahan Awam dan Komersial
Bandar Jeli juga menyediakan kemudahan awam dan komersial termasuk:
- Terminal Bas Jeli – dengan beberapa kedai sekitar
- Pasar Jeli
- Masjid Sultan Muhammad I
- Rumah Tamu Majlis Daerah Jeli[3]
- Perpustakaan Awam Jeli [4]
- Pusat Aktiviti Rukun Tetangga Jeli
- Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Jeli
- Kompleks Sukan Jeli (juga dirujuk sebagai Mini Stadium Bandar Jeli[5])[6]
- Padang Istiadat Majlis Daerah Jeli
- Taman Perumahan: Taman Muhibbah dan Taman Kifayah
- Loji Rawatan Air Jeli
- Hutan Bandar Jeli
Muzium
Tokoh Terkenal
Beberapa tokoh terkenal yang berasal dari Jeli atau mempunyai kaitan rapat dengan bandar ini termasuk:
- Datuk Seri Mustapa Mohamed (To’Pa) – Bekas Ahli Parlimen Jeli dan Bekas Menteri Kabinet Malaysia. Beliau dikenali dengan gelaran "Arkitek Perubahan Jeli" dan "Tokoh Pembangunan Pendidikan" kerana sumbangan beliau dalam pembangunan ekonomi, pendidikan, dan infrastruktur di Jeli.[7]
Nota kaki
- ^ "Latar Belakang Jeli". Majlis Daerah Jeli.
- ^ "Latar Belakang Jeli". Majlis Daerah Jeli.
- ^ "Rumah Tamu Masjid Daerah Jeli". Facebook.
- ^ "Perpustakaan Awam Jeli". Facebook.
- ^ "Astaka di Mini Stadium Bandar Jeli". Facebook.
- ^ "KBS lulus pembinaan kompleks sukan di Jeli bernilai RM10 juta". BERNAMA. 10 Februari 2021.
- ^ "Saya sudah pencen – Tok Pa sahkan tidak bertanding". Astro Awani. 28 Jun 2024.








