Apich Lo | |
|---|---|
ابيتش لو | |
Apich Lo di Neo Damansara, 5 Oktober 2025 | |
| Kelahiran | Ahmad Fadzlullah bin Narudin 27 Mac 1992 |
| Nama lain | Apich Lo |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
| Tahun aktif | 2021–kini |
Ahmad Fadzlullah Narudin atau lebih dikenali sebagai Apich Lo (lahir 27 Mac 1992) ialah seorang pelakon dan penyanyi lelaki Malaysia. Beliau mula aktif dalam industri hiburan pada tahun 2023 dan dikenali menerusi beberapa drama televisyen arus perdana serta drama siri popular seperti Mentua, Sekam Di Dada dan Hospital Loveline.[1]
Kehidupan awal
Apich Lo dilahirkan pada 27 Mac 1992 di Temerloh, Pahang. Pendidikan awal beliau ialah:
- Sekolah Kebangsaan Kerdau
- SMK Kerdau (Tingkatan 1–3)
- Sekolah Menengah Teknik Vokasional Puteri (Tingkatan 4–5)
Beliau menamatkan pengajian dalam bidang separa perubatan di sebuah institusi swasta dan memiliki Diploma Separa Perubatan. Sebelum bergiat dalam dunia hiburan, beliau berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Perubatan (MA) di sebuah Hospital Swasta di Kuala Lumpur selama kira-kira tujuh tahun.
Kerjaya
Apich Lo memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2024. Penampilan sulung beliau adalah melalui filem Pontianak 200KG, yang menjadi projek debutnya sebagai pelakon. Namanya mula dikenali menerusi beberapa drama televisyen popular yang ditayangkan di slot utama. Selain berlakon, beliau turut aktif sebagai bakat iklan komersial (TVC) dan muncul dalam beberapa rancangan TV.[2]
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 2024 | Pontianak 200KG | Lee Min Ho / Bilal | Filem pertama |
Drama
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2024 | Mentua | Azim | TV3 | Drama pertama |
| 2025 | Sekam Di Dada | Nazman | ||
| Hospital Loveline | Razi | |||
| Perempuan Tidak Ternikah | Ustaz Radhi |
Telefilem
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2024 | Gadisku | Zain | TV3 | Telefilem pertama |
Drama web
| Tahun | Tajuk | Watak | Aplikasi | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2024 | Benci Jadi Cinta | Helmi | TikTok (Drama Sangat) | Drama vertikal |
| TBA | Separuh Nafas Cinta | Sky |
Televisyen
| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
|---|---|---|---|
| 2021 | I Can See Your Voice Malaysia (musim 4) | Penyanyi misteri (penyanyi sebenar) | TV3 |
| 2025 | Big Stage Alpha | Peserta | Astro Ria |
TVC / Penampilan lain
- Penampilan sebagai bakat TVC komersial
Diskografi
| Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
|---|---|---|
| 2024 | "Lerfff.. Nya Raya" | Duet bersama Yusof Hashim, Dottie, Bibi Qairina, Satthiya Kandi, Amber Chia, Chef Ismail, Jia Le Woh, & Sissy Imann |
Anugerah dan pencalonan
| Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2025 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 | Artis Baharu Lelaki Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Rujukan
- ^ "Biodata Apich Lo". Iluminasi. Dicapai pada 20 November 2025.
- ^ Asraf, Amirul (2024-09-04). "'Saya Dah Bersedia Dari Segi Mental & Fizikal'" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-10-22.
- "Apich Lo – Berani Sahut Cabaran Tayang Badan dalam Filem Pontianak 200KG: Mental & Fizikal Dah Bersedia" – OhBulan. [1]
- "“Saya Terkilan & Sedih…,” – Tolak Tawaran Berlakon Tapi Tersingkir Pula! Apich Lo Harap Diberi Lebih Peluang" – Media Hiburan. [2]
- "Big Stage Alpha: 18 Peserta Berbakat Sedia Berentap, Angkat Format Pertandingan Idola Berasaskan Satu Jantina" – Media Hiburan. [3]
- Temu bual peribadi bersama Apich Lo (5 Oktober 2025)








