Zul Zamrin Zamanhuri | |
---|---|
Kelahiran | Zul Zamrin bin Zamanhuri 1971 (umur 53–54) |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1981–1982 |
Zul Zamrin Zamanhuri merupakan seorang bekas pelakon kanak-kanak Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Din dalam filem Kami (1982).[1]
Kerjaya
Pada usia 11 tahun, Zul Zamrin telah dipilih untuk menjayakan peranan dalam filem Kami di samping penghibur No.1 Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad arahan sulung oleh Patrick Yeoh. Persembahannya dalam filem ini melayakkan Zul Zamrin memenangi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-3 yang diadakan pada 28 November 1982, enam bulan selepas Kami ditayangkan.
Kehidupan peribadi
Dalam satu temuramah di rancangan bual bicara Malaysia Hari Ini di TV3 pada 22 Februari 2012, bersempena ulang tahun ke-20 pemergian Allahyarham Sudirman ke rahmatullah, Zul Zamrin berkata peluang berlakon disamping Allahyarham merupakan peluang seumur hidup yang tidak dapat dilupakan sehingga hari ini. Beliau juga berkata turut menyimpan keratan akhbar mengenai penglibatannya dalam filem Kami.[1]
Zul Zamrin juga menyatakan bahawa beliau sebenarnya tidak berminat lagi untuk menjadi pelakon dan Kami merupakan filem pertama dan terakhirnya. Beliau berkata: "Saya sebenarnya mengikut kata ibu yang mahukan saya berjaya dalam akademik dan bukannya lakonan."[1]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1982 | Kami | Din | Filem ini merupakan satu-satunya filem lakonan beliau, dikreditkan sebagai Zul Zamanhuri |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2012 | Malaysia Hari Ini | Dirinya sendiri / tetamu jemputan | TV3 |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1982 | Festival Filem Malaysia ke-3 | Pelakon Kanak-kanak Terbaik | Menang |
Rujukan
- ^ a b c 'DIN' MASIH TERINGAT NOSTALGIA FILEM KAMI MyArtis. 22 Februari 2012.