Tarikh dibuka | 1996 |
---|---|
Lokasi | Randers, Denmark |
Koordinat | 56°27′25″N 10°01′58″E / 56.45694°N 10.03278°EKoordinat: 56°27′25″N 10°01′58″E / 56.45694°N 10.03278°E |
No. spesies | Ca. 275[1] |
Keahlian | EAZA[2] |
Laman sesawang | www |
Zoo Tropika Randers (Denmark: Randers Regnskov ) merupakan sebuah zoo tertutup di Randers, Denmark. Ia terletak dalam tiga buah kubah, dengan biom Afrika, Asia dan Amerika Selatan. Kubah-kubah ini mengandungi haiwan dari biom, dan kebanyakan haiwan-haiwan ini hidup bebas di dalam kubah. Terdapat banyak reptilia, sebuah kawasan ular yang mengandungi ular-ular yang tidak berbisa dan sebuah akuarium air masin dengan ikan tropika.
Pada mulanya, zoo ini dibuka dengan dua kubah (Afrika dan Asia), sebelum kubah ketiga dibina.[3] Terdapat kira-kira 275 spesis haiwan di zoo ini; dengan kira-kira 200 di dalam kubah dan selebihnya di dalam akuarium air masin.[1] Kubah Amerika Selatan berukuran 2,000 m2 (22,000 ka2) menempatkan spesis seperti tenuk Brazil, manati India Barat, monyet Callitrichidae, dan makaw.[4] Kubah Afrika pula berukuran 500 m2 (5,400 ka2) dan menempatkan spesis seperti lemur;and is [5] manakala kubuh Asia berukuran 700 m2 (7,500 ka2) menempatkan spesis seperti biawak komodo dan ungka.[6] Pada tahun 2015, sebuah pameran jaguar dibuka dan menjadi yang pertama dilakukan di luar kubah.[7] Bersebelahan dengan kubah adalah Danmarksparken ("Taman Denmark") yang menempatkan haiwan ladang dan taman permainan.[8]
Iklim di dalam kubah dikawal oleh komputer kerana jumlah jam siang berbeza dengan latitud tropika.
Nota
- ^ a b Randers Regnskov: FAQ. Quote in Danish: "200 forskellige dyrearter i kuplerne og ca. 75 forskellige arter i Saltvandsakvariet." (terjemahan: 200 spesis haiwan dalam kubah dan kira-kira 75 spesis haiwan dalam akuarium air masin). Retrieved 10 November 2012.
- ^ "EAZA Member Zoos & Aquariums". eaza.net. EAZA. Dicapai pada 10 April 2015.
- ^ http://www.regnskoven.dk/en/om-randers-regnskov/in-the-beginning/new-undertakings-2002-2008/
- ^ Randers Regnskov: The South America Dome. Retrieved 11 April 2015.
- ^ Randers Regnskov: The African Dome. Retrieved 11 April 2015.
- ^ Randers Regnskov: The Asian Dome. Retrieved 11 April 2015.
- ^ Randers Idag (28 March 2015). Housewarming for byens nye jaguarer. Retrieved 11 April 2015.
- ^ Randers Regnskov: Danmarksparken. Retrieved 11 April 2015.
Pautan luar
- Kategori berkenaan Randers Tropical Zoo di Wikimedia Commons
- Tapak web rasmi