Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Cina. (November 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Dua belas haiwan dalam zodiak Cina: | |
---|---|
Tikus | Lembu |
Harimau | Arnab |
Naga | Ular |
Kuda | Kambing |
Monyet | Ayam |
Anjing | Khinzir |
Zodiak Cina | |||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bahasa Cina | 生肖 | ||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
Shuxiang | |||||||||||||||||||||||||||
|
Dalam astrologi Cina, terdapat satu zodiak Cina, iaitu kitaran 12 tahun yang terdiri daripada dua belas ekor haiwan yang melambangkan dua belas jenis personaliti berbeza. Secara tradisi, zodiak ini sentiasa bermula dengan bintang Tikus, dan terdapat juga banyak cerita mengenai asal-usul zodiak ini yang menerangkan sebab tikus menerajui zodiak. Berikut ialah kesemua dua belas haiwan zodiak dalam urutan betul serta sifat-sifatnya.[1]
Asal-usul Zodiak Cina
Terdapat banyak lagenda yang menerangkan permulaan zodiak, antaranya cerita yang diringkaskan seperti berikut:
- Sang tikus ditugaskan menjemput para haiwan untuk melapor diri menghadap Maharaja Jed untuk satu jamuan dan juga pemilihan bintang zodiak. Mula-mulanya sang kucing dan sang tikus berkawan baik, tetapi sang tikus memperdaya sang kucing dengan berkata bahawa jamuan diadakan pada hari kemudian. Maka sang kucing terus tidur dan terlepas majlis jamuan kerana menyangka jamuan itu diadakan pada hari kemudian. Setelah menyedari cerita sebenar, sang kucing bersumpah untuk menjadi musuh semulajadi tikus untuk selamanya.
Bagaimanapun, kucing ada mengambil tempat di zodiak Vietnam, menggantikan tempat arnab (lihat bawah).
Intisari
Peringatan: aksara-aksara Cina bagi bintang-bintang haiwan dalam jadual ini merupakan aksara khusus untuk astrologi, bukannya aksara-aksara yang biasa digunakan dalam penulisan am.
Bintang | Dahan Duniawi |
Yin/Yang | Tigaan | Unsur | Sifat baik | Sifat buruk |
---|---|---|---|---|---|---|
Tikus | 子 zǐ | Yang | 1 | Air | Terus terang, berdisiplin, sistematik, cermat, berkarisma, rajin, menawan, petah, suka bergaul, pintar | Bermanipulasi, kejam, suka memerintah, tegar, mementingkan diri, degil, kritis, bercita-cita terlalu tinggi, tidak berhati perut, tidak bertoleransi, licik |
Lembu | 丑 chǒu | Yin | 2 | Tanah | Boleh diharapkan, tenteram, berperaturan, sabar, rajin, bercita-cita, konvensional, tenang, sopan, lojik, tegas, kuat | Degil, berfikiran sempit, materialistik, tegar, suka mendesak |
Harimau | 寅 yín | Yang | 3 | Kayu | Sukar diduga, suka melawan, berwarna-warni, sangat berkuasa, berkobar-kobar, berani, mengikut gerak hati, penuh bersemangat, merangsang, ikhlas, pengasih, berperikemanusiaan, murah hati | Mudah gelisah, semberono, tidak sabar, cepat berang, degil, mementingkan diri |
Arnab | 卯 mǎo | Yin | 4 | Kayu | Baik budi, baik hati, peka, lemah lembut, ramah, berbudi bahasa, berat mulut, berwaspada, berjiwa seni, teliti, manis, yakin pada diri sendiri, panjang akal, belas kasihan, fleksibel | Ada angin, menyendiri, cetek pemikiran, suka menurut nafsu, oportunis, pemalas |
Naga | 辰 chén | Yang | 1 | Tanah | Baik hati, penuh bersemangat, kuat, yakin pada diri sendiri, megah, terus terang, penuh hasrat, bersemangat, berapi-api, berkobar-kobar, tegas, perintis, bercita-cita, murah hati, setia | Sombong, zalim, suka mendesak, eksentrik, dogmatik, suka menguasai orang lain, terburu-buru, kasar |
Ular | 巳 sì | Yin | 2 | Api | Berfikir panjang, bijaksana, mistik, lemah lembut, lemah lembut, sensual, kreatif, cermat, pintar, bercita-cita, berbudi bahasa, berwaspada, bertanggungjawab, tenteram, kuat, setia, tekad | Penyendiri, komunikasi teruk, cemburu, hedonis, ragu diri, sentiasa menaruh kesangsian terhadap orang lain, pendusta |
Kuda | 午 wǔ | Yang | 3 | Api | Periang, popular, tajam akal, bertukar-tukar, biasa dan berterus terang, perseptif, suka bercakap, lincah, cerdas, kuat daya penariknya, cerdik, panjang akal, fleksibel, berfikiran terbuka | Tidak tetap hati, cemas, biadab, mudah terpedaya, degil, kurang stabil, kurang tabah |
Kambing | 未 wèi | Yin | 4 | Tanah | Soleh, ikhlas, bersimpati, lemah lembut, pemalu, berjiwa seni, kreatif, lembut, belas kasihan, bertimbang rasa, keibuan, tekad, mencintai kedamaian, murah hati, mencari perlindungan | Ada angin, tidak tegas, terlalu pasif, perisau, pesimis, mudah tersinggung, suka merungut |
Monyet | 申 shēn | Yang | 1 | Logam | Pencipta, pendorong, suka mengimprovisasi, tajam akal, suka ingin tahu, fleksibel, inovatif, penyelesai masalah, yakin pada diri sendiri, suka bergaul, sopan, menimbulkan rasa hormat, suka bersaing, objektif, faktual, intelektual | Egoistik, angkuh, mementingkan diri, licik, iri hati, mudah sangsi |
Ayam | 酉 yǒu | Yin | 2 | Logam | Tajam, kemas, cermat, terurus, yakin pada diri sendiri, tegas, konservatif, kritis, mementingkan kesempurnaan, berjaga-jaga, bersemangat, praktis, saintifik, bertanggungjawab | Terlalu fanatik dan kritis, bagaikan pendakwah, egoistik, kasar, terlalu yakin akan pendapatnya |
Anjing | 戌 xū | Yang | 3 | Tanah | Jujur, cerdik, terus-terang, setia, penegak keadilan, menarik, ramah, tidak menunjuk-nunjuk, suka bergaul, berfikiran terbuka, idealistik, moralistik, praktis, pengasih, gigih | Sinis, pemalas, dingin, judgmental, pesimis, perisau, degil, suka bergaduh |
Babi | 亥 hài | Yin | 4 | Air | Jujur, sederhana, gagah berani, tegap, suka bergaul, mencintai kedamaian, sabar, setia, rajin, mudah percaya, ikhlas, tenteram, bertimbang rasa, prihatin, berkobar-kobar, cerdik | Naif, terlalu bergantung kepada orang lain, suka mengikut nafsu, mudah terpedaya, fatalistik, materialistik |
Dalam astrologi Cina, bintang haiwan yang ditentukan oleh tahun melambangkan bagaimana anda dipandang orang lain atau cara anda menonjolkan diri. Ramai yang salah sangka bahawa bintang haiwan hanya ditentukan melalui tahun, sebaliknya ada juga lambang haiwan yang ditentukan melalui bulan (haiwan dalaman), hari dan jam seharian (haiwan rahsia).
Pendek kata, sungguhpun seseorang berbintang Naga semata-mata kerana lahir pada tahun naga, namun dia juga boleh berbintang Ular secara dalaman dan juga berbintang Lembu secara rahsia. Maka itu, terdapat sejumlah 8,640 kombinasi yang boleh (lima unsur x 12 haiwan dalam kitaran 60 tahun (12 x 5 = 60), 12 bulan, 12 waktu sehari) menentukan seseorang. Semua ini dipandang berat demi pengamalan astrologi Cina yang sebetulnya.
Bulan - haiwan dalaman
12 haiwan juga dikaitkan dengan kalendar pertanian tradisional Cina yang bersampingan dengan kalendar qamari yang lebih dikenali. Kalendar ini dibahagi kepada 24 segmen dua minggu yang dikenali sebagai jieqi (Cina Tradisional: 節氣 , Cina Ringkas: 节气 , pinyin: jiéqì) atau tempoh suria. Setiap haiwan dihubungkan kepada dua tempoh suria ini selama satu jangka masa yang seiras dengan bulan Barat. Tidak seperti kalendar qamari yang berubah-ubah dalam jurang sebulan jika dikaitkan dengan kalendar Barat, kalendar pertanian ini hanya berubah-ubah dalam jurang sehari, iaitu bermula pada 3 atau 4 Februari setiap tahun Barat. Begitu juga, tidak seperti kitaran tahun qamari yang bermula dengan tahun Tikus, kalendar pertanian ini bermula dengan bintang Harimau sebagai haiwan pertama musim bunga.
Bintang haiwan bulanan seseorang adalah haiwan dalamannya dan berkenaan dengan apa yang mendorong seseorang itu. Oleh sebab bintang ini menentukan kehidupan asmara dan persona dalamannya, adalah penting untuk memahami secara teliti keserasiannya dengan bintang-bintang lain.
Oleh sebab setiap bintang zodiak dihubungkan dengan sebulan dalam tahun suria, maka bintang itu juga dihubungkan dengan satu musim. Setiap unsur-unsur berikut juga dikaitkan dengan satu musim (lihat di atas), dan unsur yang berkongsi musim dengan bintang zodiak tertentu itu dikenali sebagai unsur tetap bintang itu. Dalam erti kata lain, unsur itu dipercayai memberikan beberapa sifatnya kepada bintang yang berkenaan. Unsur tetap setiap bintang ini turut dikaitkan dengan bintang tahun dan jam, bukan sahaja bintang bulanan. Adalah diingatkan bahawa unsur tetap ini berasingan daripada kitaran unsur yang berinteraksi dengan bintang-bintang haiwan dalam kitaran 60 tahun.
Longitud matahari |
Jieqi | Tarikh Barat | Bulan Qamari | Unsur tetap |
Musim |
---|---|---|---|---|---|
314° | 立春 lìchūn | 4 Feb - 18 Feb | pertama 寅 Harimau |
Kayu | Bunga |
329° | 雨水 yǔshuǐ | 19 Feb - 5 Mac | |||
344° | 啓蟄 qǐzhé (驚蟄 jīngzhé) | 6 Mac - 20 Mac | ke-2 卯 Arnab |
Kayu | Bunga |
0° | 春分 chūnfēn | 21 Mac - 4 Apr | |||
14° | 清明 qīngmíng | 5 Apr - 19 Apr | ke-3 辰 Naga |
Kayu | Bunga |
29° | 穀雨 gǔyǔ | 20 Apr - 4 Mei | |||
44° | 立夏 lìxià | 5 Mei - 20 Mei | ke-4 巳 Ular |
Api | Panas |
59° | 小滿 xiǎomǎn | 21 Mei - 5 Jun | |||
74° | 芒種 mángzhòng | 6 Jun - 20 Jun | ke-5 午 Kuda |
Api | Panas |
89° | 夏至 xiàzhì | 21 Jun - 6 Jul | |||
104° | 小暑 xiǎoshǔ | 7 Jul - 22 Jul | ke-6 未 Kambing |
Api | Panas |
119° | 大暑 dàshǔ | 23 Jul - 6 Ogos | |||
134° | 立秋 lìqiū | 7 Ogos - 22 Ogos | ke-7 申 Monyet |
Logam | Luruh |
149° | 處暑 chùshǔ | 23 Ogos - 7 Sep | |||
164° | 白露 báilù | 8 Sep - 22 Sep | ke-8 酉 Ayam |
Logam | Luruh |
181° | 秋分 qiūfēn | 23 Sep - 7 Okt | |||
194° | 寒露 hánlù | 8 Okt - 22 Okt | ke-9 戌 Anjing |
Logam | Luruh |
211° | 霜降 shuāngjiàng | 23 Okt - 6 Nov | |||
224° | 立冬 lìdōng | 7 Nov - 21 Nov | ke-10 亥 Babi |
Air | Sejuk |
244° | 小雪 xiǎoxuě | 22 Nov - 6 Dis | |||
251° | 大雪 dàxuě | 7 Dis - 21 Dis | ke-11 子 Tikus |
Air | Sejuk |
271° | 冬至 dōngzhì | 22 Dis - 5 Jan | |||
284° | 小寒 xiǎohán | 6 Jan - 19 Jan | ke-12 丑 Lembu |
Air | Sejuk |
301° | 大寒 dàhán | 20 Jan - 3 Feb |
Jam - haiwan rahsia
Zodiak Cina juga digunakan untuk melabel waktu-waktu dalam sehari, dengan setiap bintang bersamaan satu "jam besar" atau shichen (時辰 ), iaitu satu tempoh dua jam (24 bahagi 12 haiwan). Maka itu adalah penting bagi seseorang mengetahui waktu lahir setepatnya untuk menentukan bintangnya ini. Haiwan rahsia ini dipercayai merupakan lambang paling tepat mengenai seseorang, kerana haiwan ini ditentukan melalui penyebut yang terkecil, iaitu waktu lahir seseorang. Oleh sebab bintang ini ditentukan berasaskan kedudukan matahari di langit dan bukan waktu jam tempatan, adalah penting untuk mengimbangi waktu simpanan siang.
Jam besar kelahiran seseorang ialah haiwan rahsianya, iaitu bintang sebenarnya yang dijadikan dasar personaliti seseorang itu. Diingatkan walaupun jadual ini agak tepat, namun waktu sebenar peralihan bintang beruah-ubah mengikut hari.
|
Zodiak Cina di negara lain
Bintang-bintang zodiak Cina juga digunakan oleh budaya-budaya selain Cina. Contohnya, haiwan-haiwan ini muncul dalam kad dan setem pos Tahun Baru Jepun. Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat dan negara-negara lain juga mengeluarkan setem pos "Year of the _____" ("Tahun _____") setiap tahun untuk mengenang warisan budaya Cina ini. Namun begitu, sesiapa yang tidak biasa dengan penggunaan kalendar qamari Cina biasanya cuma menganggap bahawa peralihan bintang zodiak berlaku pada 1 januari setiap tahun. Sesiapa yang serius mengenai aspek penilikan bintang zodiak boleh merujuk jadual-jadual di atas.
Zodiak Cina juga digunakan di beberapa negara Asia lain yang pernah dipengaruhi budaya Cina, namun adanya haiwan zodiak yang berbeza antara negara.
Asia Timur
Zodiak Vietnam hampir seiras dengan zodiak Cina kecuali bahawa bintang kedua ialah kerbau dan bukannya lembu, dan bintang keempat ialah kucing menggantikan arnab yang ada di zodiak tradisi cina. Zodiak Jepun menempatkan babi hutan di tempat babi dan di tempat kambing digantikan oleh biri-biri. Zodiak Korea pula, berkongsi sama dengan zodiak cina.
Asia Tenggara
Zodiak Thai pula menempatkan sejenis ular besar legenda (yang juga dipanggil "naga") di tempat naga Cina. Zodiak Melayu mempunyai susunan dan persamaan dengan zodiak cina namun mempunyai sedikit perubahan mengikut budaya dan fauna tempatan. Pelanduk menggantikan Arnab, Naga atau disebut juga sebagai ular besar sama seperti Zodiak Thai, manakala Ular disebut sebagai (Ular Sani). Akhir sekali, Kura (Kura-kura) menggantikan tempat Babi. Zodiak Champa pula menggantikan Monyet dengan Kura.
Perbandingan Haiwan Zodiak Cina dan Melayu:
Cina - Melayu
|
Orang Turkik
Orang Hun Eropah memakai zodiak Cina lengkap dengan "naga", "khinzir" dan lain-lain. Zodiak bersama Cina-Turkik ini pernah digunakan di Bulgaria Balkan sebelum orang Bulgar memeluk bahasa Slavia dan agama Kristian ortodoks. Berikut ialah kalendar zodiak pagan Bulgaria Turkik atau Hun, yang berbeza daripada zodiak Yunani tetapi seiras dengan zodiak Cina:
Kalendar Torè
Nama-nama tahun
- Kuzgé - Tikus
- Shiger/Artom - Lembu
- Ügur/Myachè Ügur - Harimau
- Taushan - Arnab
- Samar/Birgün - Naga
- Dilan - Ular
- Tuki/Tykha - Kuda
- Téké - Biri-biri/Kambing
- Bichin, Michin - Kera
- Tavuk - Ayam
- It - Anjing
- Shushma - Babi
Di Kazakhstan, satu kitaran haiwan yang serupa dengan zodiak Cina juga digunakan, tetapi naga diganti oleh siput babi, dan harimau pula merupakan harimau bintang.
Rujukan
- ^ Theodora Lau, The Handbook of Chinese Horoscopes, pp2-8, 30-5, 60-4, 88-94, 118-24, 148-53, 178-84, 208-13, 238-44, 270-78, 306-12, 338-44, Souvenir Press, New York, 2005