Dari sudut astronomi, zodiak atau rasi (Jawi: راسي serapan Sanskrit: राशि, rumi: rāśi ) dikatakan terdiri daripada gugusan bintang yang terletak sepanjang laluan edaran tampak matahari. Bulan dan juga planet-planet di alam galaksi Bima Sakti terletak di dalam lingkaran matahari yang pada masa yang sama berada di ruangan gugusan zodiak. Sumber astrologi pula menyifatkan zodiak sebagai tanda-tanda buruj yang terbahagi kepada dua belas bentuk yang sama besar. Zodiak kini terbahagi kepada tiga belas buruj yang terdiri daripada dua belas tanda-tand
Zodiak sebagai kalendar
Konsep zodiak berasal dari Babylon dimana pada tahun 2000 Sebelum Masihi digunakan sebagai kaedah untuk memvisualisasikan berlalunya waktu. Seperti kalendar, ianya dibahagikan kepada dua belas bahagian, iaitu dua belas bulan dalam satu tahun. Tanda-tanda zodiak yang digunakan sekarang adalah daripada hasil kajian ahli astronomi Mesir, Ptolemy pada abad kedua Masihi, ketika zodiak sudah digunakan sekurang-kurangnya selama dua ribu tahun.
Tanda-tanda zodiak (astrologi) berserta maksud
Pada abad kelima sebelum masihi, zodiak (astrologi) telah dibahagikan kepada dua belas bahagian yang sama (satu untuk setiap bulan daripada tahun). Berikut merupakan senarai zodiak astrologi berserta unicode dan terjemahan dengan zodiak Serpentarius diabaikan:
- Aries (♈︎ ♈️): Kambing biri-biri – kawasan ekuinoks musim bunga pada 21 Mac, yang merupakan tempoh tahun baru bagi kalendar purba.
- Taurus (♉︎ ♉️): Lembu jantan.
- Gemini (♊︎ ♊️): Si kembar.
- Cancer (♋︎ ♋️): Ketam – bermulanya musim panas, 21 Jun.
- Leo (♌︎ ♌️): Singa.
- Virgo (♍︎ ♍️): Perawan.
- Libra (♎︎ ♎️): Dacing – musim gugur 21 September.
- Scorpio (♏︎ ♏️): Kala jengking.
- Sagittarius (♐︎ ♐️): Sentora si pemanah.
- Capricorn (♑︎ ♑️): Kambing laut– musim sejuk 21 Disember.
- Aquarius (♒︎ ♒️): Pembawa air.
- Pisces (♓︎ ♓️): Ikan.
Jadual tarikh zodiak
Berikut merupakan jadual kesemua dua belas tanda-tanda zodiak (astronomi dan astrologi).
Lambang | Buruj | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama | Simbol | Nama Lama Melayu | Nama Arab | Zodiak Tropika (2024, UTC) |
Zodiak Sidereal (2024, UTC)[1] |
Nama | Had IAU[2] | Pancaran Solar | Bintang tercerah |
Aries | Hamal حمل |
حمل | 20 Mac – 20 April | 14 April – 7 Mei | Aries | 19 April – 13 Mei | 25 hari | Hamal | |
Taurus | Thaur ثاور |
ثور | 20 April – 21 Mei | 14 Mei – 7 Jun | Taurus | 14 Mei – 19 Jun | 37 hari | Aldebaran | |
Gemini | Jauza جوزاء |
جوزاء | 21 Mei – 21 Jun | 14 Jun – 7 Julai | Gemini | 20 Jun – 20 Julai | 31 hari | Pollux | |
Cancer | Sartan سرطن |
سطان | 21 Jun – 22 July | 14 July – 6 Ogos | Cancer | 21 Julai – 9 Ogos | 20 hari | Al Tarf | |
Leo | Asad أسد |
أسد | 22 July – 23 Ogos | 14 Ogos – 7 September | Leo | 10 Ogos – 15 September | 37 hari | Regulus | |
Virgo | Sumbulat سونبولت |
سنبلة | 23 Ogos – 23 September | 13 September – 6 Oktober | Virgo | 16 September – 30 Oktober | 45 hari | Spica | |
Libra | Mizan ميزن |
ميزان | 23 September – 23 Oktober | 13 Oktober – 7 November | Libra | 31 Oktober – 22 November | 23 hari | Zubeneschamali | |
Scorpio | Akrab/Kala كالا |
عقرب | 23 Oktober – 22 November | 13 November – 6 Disember | Scorpius | 23 November – 29 November | 7 hari | Antares | |
Ophiuchus | diabaikan oleh ahli astrologi | Ophiuchus | 30 November – 17 Disember | 18 hari | Rasalhague | ||||
Sagittarius | Kaus قوس |
قوس | 22 November – 22 Disember | 13 Disember – 6 Januari | Sagittarius | 18 Disember – 18 Januari | 32 hari | Kaus Australis | |
Capricorn | Jadi جادي |
جدي | 22 Disember – 20 Januari | 13 Januari – 8 Februari | Capricornus | 19 Januari – 15 Februari | 28 hari | Deneb Algedi | |
Aquarius | Dalwu دالوو |
دلو | 20 Januari – 18 Februari | 12 Februari – 7 Mac | Aquarius | 16 Februari – 11 Mac | 24 hari | Sadalsuud | |
Pisces | Hut حوت |
حوت | 18 Februari – 20 Mac | 15 Mac – 8 April | Pisces | 12 Mac – 18 April | 38 hari | Eta Piscium |
Dalam jangka panjang, jika Kalendar Gregory tidak diubahsuai, maka ekuinoks akan dipindahkan ke tarikh yang sebelumnya.
Rujukan
- ^ Nilai yang digunakan boleh berubah, tetapi selalunya menghampiri 24°.
- ^ The Real Constellations of the Zodiac. Dr. Lee T. Shapiro, director of Morehead Planetarium University of North Carolina (Spring 1977)
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Zodiak. |
- (Inggeris) Bartel Leendert van der Waerden, "History of the zodiac", Archiv für Orientforschung 16 (1953) 216–230.
- (Inggeris) Ptolemy, Claudius (1998), written at Princeton, New Jersey, The Almagest, Princeton University Press, Ditulis dan diterjemah oleh G. J. Toomer. ISBN 978-0-387-91220-2 .
- (Inggeris) Powell, Robert, Influence of Babylonian Astronomy on the Subsequent Defining of the Zodiac (2004), tesis PhD.
- (Inggeris) Tropical v Sidereal debate, The Traditional Astrologer magazine, (Ascella), Isu 14, Mei 1997, pp. 23–27.
- (Inggeris) Peters, Christian Heinrich Friedrich dan Edward Ball Knobel. Ptolemy's Catalogue of Stars: a revision of the Almagest. (1915). Terbitan, Carnegie Institution of Washington.
Zodiak
| ||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Astronomi | Jenis-jenis buruj | ||||||||||||
Aries | Taurus | Gemini | Cancer | Leo | Virgo | Libra | Scorpius | Ophiuchus | Sagittarius | Capricornus | Aquarius | Pisces |
Astrologi | Tanda-tanda astrologi | ||||||||||||
Aries | Taurus | Gemini | Cancer | Leo | Virgo | Libra | Scorpio | Serpentarius | Sagittarius | Capricorn | Aquarius | Pisces |