Zizie Ezette | |
|---|---|
| Kelahiran | Zizie Izette binti Abdul Samad 17 November 1978 |
| Pekerjaan | Pelakon, penerbit |
| Tahun aktif | 1993–2017 |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Datuk Seri Panglima Bung Mokhtar Radin (k. 2009) |
| Anak-anak | 4 |
| Ibu | Khaty Fauziah |
| Bapa | Abdul Samad Jaaman |
| Saudara |
|
Datin Sri Zizie Izette Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Zizie Ezette (lahir 17 November 1978) ialah seorang bekas pelakon wanita Malaysia. Beliau juga adalah dramatis dan pengarah beberapa buah drama.
Kehidupan peribadi
Beliau merupakan anak kepada pelakon Khaty Fauziah dan suaminya, Abdul Samad Jaaman. Adiknya, Shaheizy Sam juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. [1]
Datin Sri Zizie telah berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan Dato’ Sri Bung Mokhtar Radin (kini bergelar Datuk Seri Panglima) pada Disember 2009 sebagai isteri kedua suaminya. Walaupun pada mulanya dikatakan pernikahan mereka tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan dari isteri pertama Dato’ Sri Bung Mokhtar iaitu Datin Seri Panglima Nor Asidah Alimudin, mahkamah kemudiannya mengesahkan pernikahan mereka.[2][3]
Beliau memakai gelaran Datin Sri iaitu gelaran isteri kepada penerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran Dato' Sri yang juga darjah kebesaran kedua tertinggi yang diterima oleh suaminya iaitu Datuk Seri Panglima Bung Moktar. Manakala, isteri pertama suaminya menggunakan gelaran Datin Seri Panglima.
Filemografi
Anugerah dan pencalonan
- Aktres Harapan Festival Filem Malaysia ke 9 (1994) - filem Kekasih Awal & Akhir[4]
- Aktres Terbaik Anugerah Seri Angkasa RTM 1999 - drama Alegori
- Aktres Terbaik Anugerah Skrin TV3 2001 - drama Aduhai Esah
Rujukan
- ^ ""Zizie belum nikah - Ibu", Utusan Online, 17 Disember 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-19. Dicapai pada 2009-12-19.
- ^ Bung Mokhtar pleads guilty to polygamy without consent thestar. 20 April 2010.
- ^ Bung Moktar Dipenjara Sebulan, Zizi Izette Didenda RM1,000 mstar. 19 Mei 2010.
- ^ Zizie Izette Sinemamalaysia.com.my








