Zhu Xi (AFA: /ʈʂú ɕí/; Bahasa Cina: 朱熹) juga dikenali dengan nama Yuanhui dan gelaran dirinya Hui'an merupakan seorang seniman khat, sejarahwan, ahli falsafah, ahli politik dan penulis pada Dinasti Song di Negara China.[1]
Keluarga Zhu Xi berasal dari Daerah Wuyuan di Huizhou, dan Zhu Xi dilahirkan di Fujian di mana bapanya bekerja sebagai pegawai keselamatan daerah. Pada Dinasti Song, ajaran Zhu Xi dianggap sebagai tidak berarus perdana. Zhu Xi menulis sesuatu yang akan menjadi tafsiran Konfusianisme berarus perdana bagi beberapa konsep dalam Taoisme dan agama Buddha. Dari tahun 1313 hingga 1905, ulasan Zhu Xi tentang 4 Buku membentuk asas peperiksaan perkhidmatan awam di Negara China. Zhu Xi telah menjejaki bapanya dan beberapa seniman khat bagus sejak kecil semasa berlatih seni khat.
Rujukan
- ^ Confucius, Edward; Slingerland (2006). The Essential Analects: Selected Passages with Traditional Commentary.