Sejarah dan prasejarah manusia |
---|
↑ sebelum Homo (Zaman pliosen) |
|
Sejarah bertulis |
↓ Masa Depan |
Zaman Prasejarah di dunia biasanya dibahagikan kepada empat iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik, dan Zaman Logam. Tempoh masa bagi setiap zaman tersebut tidak sama antara satu sama lain di tempat lain.Tempoh masa itu bergantung kepada tahap kemajuan di sesuatu tempat itu.
Di Malaysia, ahli sejarawan telah membahagikan zaman prasejarah di Malaysia kepada tiga zaman sahaja iaitu:[1]
Penemuan tinggalan manusia Zaman Prasejarah menunjukkan sejak 40,000 tahun yang lalu, manusia telah menetap di negara ini.
Zaman | Tapak |
---|---|
40,000 SM
Paleolitik |
|
12,000 SM - 2,800 SM
Mesolitik (Hoabinhian) |
|
2,800 SM - 500 SM
Neolitik |
|
500 SM - 500 M
Logam |
|
Penyelidikan dahulu mengatakan, wujud Zaman Mesolitik yang bercirikan kepada alat batu Hoabinh seperti yang terdapat di Vietnam. Walau bagaimanapun, penyelidikan terkini oleh Universiti Sains Malaysia telah membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik. Keadaan ini disebabkan alat batu seperti alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik. Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman prasejarah.[2]
Zaman Paleolitik
Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. Ciri-ciri petempatan manusia Zaman Paleolitik ialah:
- hidup berpindah-randah,
- biasanya tinggal dikawasan terbuka di luar gua,di dalam gua,dan sekitar tasik.
Ciri-ciri dan peralatan adalah seperti yang berikut:
- memburu binatang liar
- memungut hasil hutan
- peralatan batu berupa batu serpihan
Ciri-ciri kepercayaan:
- mengamalkan animisme iaitu percaya bahawa setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat dan roh orang mati
- mengamalkan upacara perkuburan
Lokasi Zaman Paleolitik di Malaysia:
- Bukit Jawa, Kota Tampan, dan Bukit Bunuh di Lenggong, Perak
- Gua Niah di Sarawak
- Tingkayu di Sabah
Pada tahun 1990, Perak Man iaitu rangka manusia zaman paleolitik yang telah ditemui di Perak.
Zaman Mesolitik
Zaman Mesolitik dikenali sebagai Zaman Hoabinhian. Di mana yang cara hidupnya yang semakin berkembang. •Cuaca tidak terlalu sejuk •Bukan memburu sahaja tetapi menangkap ikan sebagai sumber makanan.
Zaman Neolitik
Zaman yang mula menunjukkan tahap perkembangan teknologi serta corak kehidupan yang lebih baik.
- Wujud kawasan petempatan
- Mula bercucuk tanam
- Membuat tembikar
- Menternak binatang
Artifak Zaman Neolitik di Malaysia
- Periuk
Periuk purba ditemui di Gua Musang,Kelantan
- Belanga Tanah
Belanga Tanah yang berkaki Tiga ataupun tripod ditemui di Jenderam Hilir,Selangor
Zaman Logam
Zaman ini merujuk kepada penggunaan gangsa dan besi.
- Telah melakukan inovasi logam besi
dan gangsa dalam peralatan
- Mula melakukan aktiviti pelayaran
- Menjalankan aktiviti pertukaran barang
(Zaman neolitik)
Peralatan besi yang digunakan
- Kapak
- Tulang mawas
- Beliung
- Mata lembing
- Pisau bersoket