Zaman Meleset [1](bahasa Inggeris: The Great Depression ) ialah satu tempoh penuh drama yang menyaksikan kemerosotan ekonomi dunia sekitar 1920-an dan 1930-an.[2] Tempoh ini dianggap sebagai zaman kemelesetan ekonomi terbesar dan paling penting di dalam sejarah dunia dan sering digunakan pada abad ke-21 sebagai kayu pengukur dalam membandingkan sejauh mana ekonomi zaman moden boleh mengalami kejatuhan. Para sejarawan besepakat bahawa zaman kemelesetan ini bermula di Amerika Syarikat, apabila pasaran sahamnya jatuh merudum pada 29 Oktober 1929 dan peristiwa ini dikenali sebagai Keruntuhan Wall Street 1929 atau Black Tuesday. Ini diikuti pula dengan penurunan di Eropah dan Australia. Asia turut menderita kerana terdapat rakan dagang yang menjadi miskin dan tidak bekerjasama. Kemelesetan ini dikatakan tamat di ambang Perang Dunia Kedua sekitar 1939 disebabkan persediaan perang yang merangsang ekonomi.[3]
Kemelesetan ini mempunyai kesan yang mendalam terhadap kedua-dua negara-negara perindustrian dan pengeksport galian mentah. Perdagangan antarabangsa turun mendadak sebagaimana pendapatan persendirian, hasil cukai, harga-harga dan keuntungan. Bandar-bandar di seluruh dunia menerima kesan paling teruk terutamanya yang bergantung kepada industri berat. Projek pembinaan dihentikan hampir serta-merta di merata-rata tempat. Pertanian dan kawasan luar bandar mengalami kejatuhan harga tanaman sekitar 40 dan 60 peratus.[4][5] Kawasan-kawasan yang sering bergantung kepada satu-satunya sektor perusahaan utama seperti perladangan, perlombongan dan pembalakan mengalami kesan yang paling teruk akibat peningkatan mendadak terhadap pekerjaan meskipun memiliki sumber lain yang sedikit.[6] Walaupun selepas Bursa Saham New York baru sahaja jatuh merudum pada tahun 1929, semangat optimistik masih ada. John D.Rockefeller pernah berkata,[7]
Ada hari yang kebanyakan orang akan tawar hati. Sepanjang 93 tahun hidup saya, kemelesetan telah datang dan pergi. Kemakmuran pernah kembali, dan akan kembali semula.
Zaman Meleset ini berakhir pada waktu yang berbeza-beza di pelbagai negara. Kebanyakan negara telah melancarkan rancangan bantuan manakala sesetengahnya yang lain mengalami pergolakan politik yang menolak mereka ke kiri dan ke kanan. Di beberapa buah negara pula, rakyatnya beralih arah kepada demagog nasionalis - contoh paling terkenal ialah Adolf Hitler - yang menyediakan pentas untuk Perang Dunia Kedua.
Lihat juga
Nota
- ^ DBP - Zaman Meleset
- ^ Zaman Meleset dikatakan bermula pada tahun 1929 dan berakhir pada lewat dekad 1930-an di sesetengah negara.
- ^ Engerman, Stanley L. (1996). The Cambridge Economic History of the United States (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 0521553075. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Cochrane, Willard W. (1958). "Farm Prices, Myth and Reality" (dalam bahasa Inggeris): ms. 15. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ "World Economic Survey 1932–33". Liga Bangsa-bangsa (dalam bahasa Inggeris): ms. 43.
- ^ Hakim, Joy (1995). War, Peace and all that Jazz. A History of US. New York: Oxford University Press. ISBN 0-19509484-0.
- ^ Schultz, Stanley K. (1999). "Crashing Hopes: The Great Depression". American History 102: Civil War to the Present (dalam bahasa Inggeris). Universiti Wisconsin-Madison. Dicapai pada 2008-08-31.