Zainal Rashid bin Ahmad | |
---|---|
زين الرشيد أحمد | |
Naib Presiden Kanan Jualan Media TV AlHijrah | |
Dalam jawatan 2010–2019 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Zainal Rashid bin Ahmad 30 Jun 1967 Alor Setar, Kedah, Malaysia |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Tempat belajar | Universiti Sains Malaysia (BA) |
Pekerjaan | Wartawan dan Penulis |
Haji Zainal Rashid bin Ahmad (Jawi: زين الرشيد بن أحمد ; lahir 30 Jun 1967), atau dikenali sebagai ZRA, ialah wartawan dan penulis sastera Malaysia. ZRA menerima 7 Hadiah Kewartawanan dan 46 anugerah sastera[1] dan terkenal sebagai wartawan Malaysia yang pertama berjaya menyelinap masuk dan merakamkan keadaan umat Islam di negara Israel dan Palestin melalui sebuah dokumentari Majalah Tiga pada tahun 2005.[2]
Sebagai wartawan ZRA sekali lagi memasuki Tebing Barat pada 2008 bagi dokumentari Ziarah Palestin. Episod ini dipaparkan bersama lagu Khas Ziarah nyanyian Datuk Ramli Sarip dan lirik ditulis ZRA.
Selama 26 tahun sebagai wartawan ZRA berkhidmat di Kumpulan Utusan (1994-1996), Astro (1996-1998).
Seterusnnya menjadi Pengurus Bilik Berita dan Penerbit Kanan Edisi Siasat di NTV7 (1999-2005).
ZRA mengasaskan Astro FM (2006-2010) sebagai CEO dan Pengarah Kreatif (2006-2010) dengan tumpuan khas bagi penerbitan dokumentari.
Pada 2010, menjadi tiga pengasas pertama TV Alhijrah sebagai Naib Presiden Kanan Penerbitan, Pemasaran dan Strategi Jualan Media.
Pada 2020 hingga sekarang ZRA menumpukan pada penstriman media baharu di ZRA STRIM.
Sepanjang kerjaya sebagai wartawan, ZRA meraih 7 Anugerah TV termasuk Sri Angkasa (Tragedi Takbai 2004), Anugerah Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin (Laskar Senoi 2006) dan Ziarah Lubnan (Anugerah Media Pertahanan 2007).
Cerpen 'Segala Yang Tercinta Ada di Sana' dijadikan teks PMR pada (2010-2015). manakala cerpen 'Cinta Ahmad Mutawakil' digunakan sebagai teks SPM (2016- hingga sekarang).
Kehidupan awal dan pendidikan
Zainal Rashid bin Ahmad dilahirkan pada 30 Jun 1967 di Alor Setar, Kedah. ZRA mempunyai ibu yang bernama Yom binti Che Din (1942–2022), dan bapa, Ahmad bin Saman (1933–2004)[3] Pada usia 17 tahun, beliau berpindah ke Kuala Lumpur dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada tahun 1991 di dalam bidang Penulisan Kreatif.[4]
Kerjaya kewartawanan dan penulisan
Pada tahun 1990, ZRA mula terserlah di dalam bidang penulisan apabila puisinya yang bertajuk "Genderang Perang" disiarkan di majalah Dewan Sastera. Walau bagaimanapun, minat beliau adalah lebih kepada penulisan cerpen dan telah menghasilkan lebih 300 cerpen sehingga 2024.[3] Beliau terkenal mengarang cerpen-cerpen yang menggabungkan sastera Melayu moden dan sastera Melayu lama.[5] Antara buku-buku beliau yang terkenal adalah Al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014), Hikayat Tanah Jauh (2015), Sekuntum Bunga Neraka (2019), Matinya Saksi yang Lupa Makan Malam (2020), Magis Kota (2015) dan Pop Urban (2017).kesemuanya merupakan kumpulan cerpen.[6]
Selain cerpen, ZRA menghasilkan kumpulan puisi Sepi Itu Mati (2016) dan Orang Sepi Pergi ke Gurun (2017), Dodoi Buat Kelasi yang Pasrah Pada Hidupnya (2019) .ZRA juga menulis dua novelet 'Latto Asmiranda' (2017) dan Cinta Merpati Musim Perang (2019). Cerpennya yang berjudul Cinta Ahmad Mutawakkil digunakan di dalam antologi teks komponen sastera (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[3] Tulisannya banyak diterbit oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).[3] ZRA telah memenangi lebih 40 anugerah sastera terutamanya Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Islam dan pelbagai anugerah peringkat kebangsaan.[5][1]
Beliau juga telah menjadi wartawan dan pernah bertugas di beberapa agensi media berbeza termasuk Utusan Melayu, Astro, NTV7 dan TV3, dan telah menerima anugerah-anugerah seperti Anugerah Dokumentari Terbaik (2004 & 2010) dan Anugerah Media Pertahanan 2009, dan pelbagai anugerah sebagai pengarah dan penulis skrip terbaik.[5]
Dokumentari di bumi Palestin dan Israel
Pada tahun 2005 dan 2008, ZRA bersama 5 orang wartawan dan jurugambar berjaya menyelinap masuk ke negara Israel dan Palestin dengan menyamar sebagai pelancong, lalu merakam satu dokumentari mengenai nasib rakyat Palestin di Tebing Barat selepas 40 tahun dijajah Israel. Dokumentari tersebut disiar di saluran TV3 di dalam program Majalah Tiga, dan kemudiannya juga di Astro Oasis di bawah tajuk Kembara Palestin. Beliau menjadi wartawan negara pertama yang berjaya merakam keadaan umat Islam di bumi Palestin dan di Israel.[2] Dokumentari ini telah memenangi Anugerah Dokumentari Terbaik 2010.[5]
Garasi TV
ZRA telah mengasas Garasi TV pada 3 Julai 2020,[7] di mana beliau akan mengupas isu-isu semasa serta menceritakan kisah-kisah sebenar di sebalik topik-topik popular berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang wartawan. Beliau turut menjemput individu-individu ternama termasuk bekas Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bagi mewawancara mereka tentang perkara-perkara yang berbangkit.[8][9] Selain itu, Garasi TV turut menjalankan jualan dan lelongan berbagai-bagai barang termasuk barangan vintaj serta pakaian.
ZRA STRIM
ZRA Strim ialah platform media yang diasaskan oleh Zainal Rashid Ahmad. Melalui platform ini, ZRA berkongsi pelbagai kandungan berkaitan ilmu, pengalaman, dan ulasan buku. ZRA Strim aktif di beberapa saluran media sosial, termasuk YouTube, TikTok dan Facebook.
Di Facebook, ZRA Strim memberi tumpuan utama kepada analisis mendalam mengenai geopolitik antarabangsa, di samping berkongsi pengalaman peribadi, ulasan buku, dan kisah kembara yang memperkayakan perspektif penonton.
Di YouTube, ZRA Strim menawarkan pelbagai video yang merangkumi topik seperti kemanusiaan, analisis geopolitik, dan ulasan buku. Salah satu video yang popular ialah “Strim Dari Shatilla | 11 Nov 2023”, di mana Zainal Rashid Ahmad berkongsi pengalamannya di Lubnan.
Di TikTok, akaun @zrastrim mempunyai lebih daripada 308,000 pengikut dan 1.1 juta like. Kandungan di platform ini menekankan perkongsian ilmu dan pengalaman dalam format video pendek yang mudah diakses.
Dengan mengikuti saluran-saluran ini, anda dapat menikmati pelbagai kandungan yang informatif dan mendalam yang disampaikan oleh Zainal Rashid Ahmad.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, anda boleh mengikuti ZRA Strim di platform-platform berikut:
Facebook : https://www.facebook.com/ZRASTRIM/
Youtube : https://www.youtube.com/@ZRAStrim
Tiktok : https://www.tiktok.com/@zrastrim?lang=en
Shopee : https://shopee.com.my/zrastrim?entryPoint=ShopBySearch&searchKeyword=zra%20strim
Anugerah dan hadiah
Sepanjang 30 tahun menulis, ZRA menerima 46 hadiah sastera peringkat nasional. Antaranya 5 Hadiah Sastera Perdana Malaysia & Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, Hadiah Sastera Esso Gapena dan Hadiah Sastera Islam JPM-DBP.
ZRA menulis lebih 400 cerita pendek yang tersiar di pelbagai penerbitan sejak 1990 hingga 2024.
Beliau menulis 15 buku sastera dalam genre novel, cerpen dan puisi dan tiga buku perjalanan kewartawanan dengan Anekdot Jalanan (2024 terjual lebih 25 ribu naskhah).
Senarai buku boleh disemak di Goodreads.
Rujukan
- ^ a b "Cinta pada musim paling sunyi". Berita Harian. 2021-03-22.
- ^ a b "BICARA FILEM bersama Zainal Rashid Ahmad". Kata-Pilar Books. 2020-01-09.
- ^ a b c d Sejadah Rindu. 2015. ISBN 9789835980015
- ^ Yusop, Siti Haliza (2017-12-28). "Shahnon lantang berkarya, penyayang pada isteri". Berita Harian.
- ^ a b c d Hikayat Tanah Jauh. Zainal Rashid Ahmad. 2015. ISBN 9789670892139
- ^ "Zainal Rashid Ahmad". Goodreads.
- ^ Garasi TV | Facebook
- ^ "Kalau tak popular pada kerajaan, IGP mungkin berdepan tohmahan - Musa". Malaysiakini. 2021-05-10.
- ^ "Kabinet PN paling tenang, bersemangat terus bekerja: Annuar Musa". Agenda Daily. 2021-06-13.