Isteri-isteri Nabi Muhammad |
---|
|
Zainab bint Jahsy (Arab: زينب بنت جحش ) (kk. 590 – 641) ialah sepupu[1] dan isteri Muhammad, dan dianggap oleh orang Islam sebagai Ibu Orang Beriman.[2]
Kehidupan Awal
Bapa Zaynab ialah Jahsy ibn Riyab, seorang penghijrah dari kaum Asad ibn Khuzayma yang menetap di Makkah di bawah perlindungan Bani Umaiyah. Ibu Zainab pula ialah Umamah binti Abdul Mutalib, ahli Bani Hashim dari kaum Quraisy dan saudara perempuan kandung kepada bapa Nabi Muhammad.[3] Maka, Zainab dan lima beradiknya ialah sepupun Nabi Muhammad.
Nama suaminya dari perkahwinan pertama tidak diketahui, tetapi dia meninggal pada tahun 622.[4] Pada masa itu, Zainab yang telah memeluk Islam, adalah salah seorang yang menemani saudaranya Abdullah berhijrah ke Madinah.[5]
Perkahwinan Kedua
Sekitar tahun 625, Nabi Muhammad meminang Zainab untuk dikahwinkan dengan anak angkat baginda, Zaid bin Harithah. Zaid telah dilahirkan ke dalam Bani Kalb tetapi ketika kecil, beliau telah diculik oleh pedagang hamba. Beliau telah dijual kepada anak saudara Khadijah binti Khuwailid, yang kemudian memberinya sebagai hadiah perkahwinan kepada suaminya, Muhammad. Selepas beberapa tahun, baginda membebaskan Zaid dan menjadikan beliau sebagai anak angkat.[6]
Zainab, yang disokong abangnya Abdullah, pada mulanya menolak peminangan tersebut atas dasar, "Saya adalah balu orang Quraisy."[7] Mereka mungkin merujuk yang status sosial Zainab yang terlalu tinggi untuk dikahwinkan dengan seornag bekas hamba. Ibnu Kathir menyatakan bahawa perbezaan inilah yang menyebabkan Muhammad mahu perkahwinan ini diatur:
- "Rasulullah ﷺ tahu benar yang kedudukan seseorang di sisi Allah lebih penting, berbanding kedudukannya di mata manusia ... perkahwinan mereka akan menunjukkan bahawa tidak kira siapapun nenek moyang mereka, kedudukan di sisi Allah itu lebih utama."[8]
Juga dikatakan yang baginda mahu menjalinkan kesahihan dan hak untuk mereka yang menjadi keluarga angkar agar dilayan sama.[9] Menurut, William Montgomery Watt, kedudukan Zaid adalah tinggi pada pandangan Nabi Muhammad.
- "Beliau tidak rasakan yang Zaid itu tidak cukup bagus. Beliau ialah seorang wanita yang berwawasan, namun, mungkin beliau berhasrat untuk dikahwini oleh Muhammad; atau dia mahu dikahwinkan dengan seseorang yang Muhammad tidak mahu keluarga lelaki itu untuk begitu rapat."[10]
Apabila Nabi Muhammad menerima wahyu Quran 33:36, Zainab mengalah dan mengahwini Zaid.[11][12]
Perkahwinan tersebut bertahan kurang dari dua tahun.[13] Terdapat perselisihan di antara pasangan tersebut, dan akhirnya Zainab tidak membenarkan Zaid memasuki bilik.[14] Zaid kemudian menceraikannya pada Disember 626.[15]
Perkara ini berlaku selepas kunjungan Nabi Muhammad berziarah ke rumah anak angkatnya itu. Suatu hari, Zaid sedang berpergian, dan Nabi Muhammad datang. Apabila baginda pulang, baginda menyebut "Segala pujian bagi Allah yang mengubah hati". Nabi Muhammad menjawab "Teruskan dengan hubungan kamu bersama isteri kamu dan teruslah berdoa kepada Allah".
Pendapat yang benar bahwa maksud sesuatu yang disembunyikan dalam hati Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah berita dari Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada beliau bahwa Zainab radhiallahu ‘anha kelak akan menjadi isterinya.
Imam Az-Zuhri berkata, “Jibril turun kepada Nabi ﷺ memberitahukan kepada beliau bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menikahkannya dengan Zainab binti Jahsy radhiallahu ‘anha, itulah yang disembunyikan oleh Rasulullah ﷺ dalam hatinya.”
Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, “Kesimpulannya bahwa yang disembunyikan oleh Nabi ﷺ adalah berita Allah Subhanahu wa Ta’ala bahwa Zainab binti Jahys radhiallahu ‘anhu, akan menjadi istrinya. Sedangkan yang membuat beliau menyembunyikan hal itu adalah karena beliau khuatir anggapan orang bahawa beliau menikahi isteri anak angkatnya.
Perkahwinan dengan Muhammad
Nabi Muhammad menjangkakan akan ada kritikan jika baginda menikahi Zainab. Adat sebelum Islam menegah sebarang hubungan perkahwinan antara lelaki dengan bekas isteri kepada anak angkat seperti juga tidak dibenarkan untuk mengahwini bekas menantu sendiri.[16] Masyarakat Arab akan memandang hubungan ini sebagai salahl kerana mereka menganggap anak angkat adalah anak sebenar, dan untuk mengahwini isteri kepada anak angkat - walaupun telah diceraikan - dianggap sumbang mahram.[17][18] Maka, baginda menyembunyikan hasrat yang baginda ingin menikahi Zainab. Dan hal ini dikisahkan di dalam al-Qur'an 33:37:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: "Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah", sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.
— Surat Al-'Aĥzāb, ayat ke-37
Muhammad secara rasminya telah berkahwin dengan pengantinnya sendiri selepas perletakan ayat ini.[19][20] Baginda menikahi Zainab sebaik selepas iddahnyua tamat iaitu pada 27 Mac 627.[21] Kemudian, status keluarga angkat tidak lagi sama bawah fahaman Islam seperti sebelumnya. Zaid pula mengubah namanya yang pernah diubah iaitu "Zaid bin Muhammad" kembali kepada Zain bin Harithah.[22]
Kewafatan
Zainab wafat semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab pada musim panas tahun 641, yang menjadikan beliau isteri baginda yang pertama wafat selepas kewafatan baginda.[23] Beliau wafat pada usia 53 tahun.[15]
Rujukan
- ^ Bewley/Saad 8:72; Templat:Tabari; Templat:Tabari; cf Guillaume/Ishaq 3; Maududi (1967), Tafhimul Quran, Chapter Al Ahzab
- ^ Abdulmalik ibn Hisham, Notes to Ibn Ishaq's "Life of the Prophet", Note 918.
- ^ Muhammad ibn Saad, Tabaqat vol. 8. Translated by Bewley, A. (1995). The Women of Madina, p. 33. London: Ta-Ha Publishers.
- ^ Muhammad ibn Jarir Al-Tabari, Tarikh al-Rusual wa'l-Muluk vol. 39. Translated by Landau-Tasseron, E. (1998). Biographies of the Prophet's Companions and Their Successors, p. 180. New York: State University of New York Press.
- ^ Muhammad ibn Ishaq, Sirat Rasul Allah. Translated by Guillaume, A. (1955). Life of Muhammad, p. 215. Oxford: Oxford University Press.
- ^ Landau-Tasseron/Tabari, pp. 6-10.
- ^ Landau-Tasseron/Tabari, p. 180.
- ^ Ibn Kathir, "Zaynab bint Jahsh" in Wives of the Prophet Muhammad (SAW).
- ^ Caesar E. Farah, Islam: Beliefs and Observances, p.69
- ^ Watt, W. M. (1956). Muhammad at Medina, p. 331. Oxford: The Clarendon Press.
- ^ Al-Jalalayn, Tafsir on Q33:36-38.
- ^ Ibn Hisham note 918.
- ^ Maududi (1967), vol. 4, p. 112-3
- ^ Landau-Tasseron/Tabari, p. 181.
- ^ a b Landau-Tasseron/Tabari, p. 182.
- ^ "Semasa zaman Jahiliah, mereka menganggap perkahwinan dengan janda anak angkat sama seperti mengahwini janda anak sendiri" Koelle, S. W. (1889). Mohammed and Mohammedanism Critically Considered (p. 497). London: Rivingtons.
- ^ "...the marriage of a man with the wife of his adopted son, even though divorced, was looked upon by the Arabs as a very wrong thing indeed." Sell, E. (1905). The Historical Development of the Quran (pp. 149–150). London: Society for Promoting Christian Knowledge.
- ^ "This liberality did not prevent severe comments from those who regarded adopted sonship as real sonship—for which view Mohammed’s institution of brotherhoods gave some support—and who, therefore, regarded this union as incestuous." Margoliouth, D. S. (1905). Mohammed and the Rise of Islam (Third Edition., p. 321). New York: G. P. Putnam’s Sons.
- ^ Lecker, M (2002). "Zayd B. Haritha". Encyclopaedia of Islam. 11 (ed. 2nd). Brill Academic Publishers. m/s. 475. ISBN 9004127569.
- ^ Watt, W. M. (1956). Muhammad at Medina, pp. 330-331. Oxford: The Clarendon Press.
- ^ Muhammad ibn Jarir Al-Tabari, Tarikh al-Rusual wa'l-Muluk vol. 39. Translated by Landau-Tasseron, E. (1998). Biographies of the Prophet's Companions and Their Successors, p. 182. New York: State University of New York Press.
- ^ Landau-Tasseron/Tabari, p. 9.
- ^ Bewley/Saad, pp. 79-81.