Kelahiran | 1974 Melaka |
---|---|
Pendidikan | Bachelor in Arabic, University of Yarmouk , Masters and PhD , University Of Malaya |
Pekerjaan | Cendekiawan Muslim, Pensyarah |
Anugerah | Tokoh Maal Hijrah 2014 |
Laman web rasmi | Ustaz Datuk Dr Zahazan Mohamed |
Datuk Dr. Haji Zahazan bin Mohamed berusia 49 tahun dan merupakan Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Melaka 2014. Beliau merupakan penceramah bebas yang aktif di stesen televisyen, radio dan media sosial dan banyak menulis pelbagai buku agama.
Latar belakang
Beliau berasal dari Pantai Kundor, Tanjung Kling, Melaka. Berkahwin dan mempunyai 5 orang anak.
Pendidikan
[ 2004-2008] UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR
Doktor Falsafah (Ph.D) Linguistik
[ 2001-2003] UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR
ljazah Sarjana (MA) Linguistik
[ 1992-1996 ] UNIVERSITI YARMOUK, JORDAN.
Ijazah Sarjana Muda (Bahasa Arab)
[ 1990-1991] KOLEJ ISLAM KLANG
Sijil Pelajaran Malaysia
[ 1987-1989] SEK. MEN. KEB. AGAMA SULTAN MUHAMMAD, MELAKA
Sijil Rendah Pelajaran
Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam
Kerjaya
PENGARAH URUSAN
[2000-Sekarang] Telaga Biru Sdn Bhd
AHLI LEMBAGA PENGARAH
Telaga Biru Holdings Sdn Bhd
Telaga Biru Sdn Bhd
Telaga Biru Training & Consultancy Sdn Bhd
Telaga Biru Properties Sdn Bhd
Zahazan Travel & Tours Sdn Bhd
PENSYARAH
[ 1998-2007 ] Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
[ 1997-1998 ] Kolej Islam Darul Ehsan
Pengalaman
1. Sering dijemput memenuhi undangan program ceramah dan kuliah agama di jabatan-jabatan kerajaan dan swasta serta masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Malaysia.
2. Berpengalaman selama lebih kurang lapan tahun menjadi penyampai tetap bagi segmen Kuliyah Tafsir di radio IKIM FM.
3. Berpengalaman menjadi penyampai dalam segmen Asbabul Nuzul di Nasional FM dan Pesan Taqwa di Pahang FM.
4. Pernah diundang menjadi tetamu jemputan dalam program-program televisyen seperti Tanyalah Ustaz, Al-Hidayah, Motivasi Pagi, Malaysia Hari Ini, Al-Kuliyyah, Selamat Pagi Malaysia dan Jejak Rasul.
5. Salah seorang kolumnis bagi ruangan akhbar Berita Harian, Berita Minggu, Harian Metro, Utusan dan Kosmo.
6. Giat dalam bidang penulisan dan telah menghasilkan puluhan buku bergenrekan ilmiah dan agama.
Aktiviti
1. Berpengalaman dalam memimpin kursus haji dan umrah.
2. Menjadi pembimbing jemaah haji dan umrah ke tanah suci Mekah yang bertauliah dari Lembaga Urusan Tabung Haji Malaysia.
3. Aktif dalam menerbitkan buku ilmiah di bawah syarikat Telaga Biru Sdn Bhd.
4. Menjadi kolumnis dalam akhbar Utusan Malaysia, Harian Metro dan Berita Harian serta majalah seperti Solusi, al-Ustaz, Gen-Q dan pelbagai lagi.
5. Giat dalam bidang penulisan dan telah menghasilkan puluhan buku bergenrekan ilmiah dan agama.
Tokoh Maal Hijrah 2014
Pada 25 Oktober 2014, beliau dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 2014 Melaka sempena perhimpunan Maal Hijrah yang diadakan di Masjid Al-Azim, Melaka. Anugerah Tokoh Maal Hijrah itu turut dikenali sebagai Anugerah Abu Bakar As-Siddiq itu disampaikan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob. Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Yaakub Md Amin. Dr. Zahazan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, plak, sijil penghargaan dan hadiah iringan.
Darjah kebesaran
Rujukan
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
- ^ "Dr. Zahazan Tokoh Maal Hijrah Melaka". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-30. Dicapai pada 2014-10-26.