Yuri Konchakovich | |
|---|---|
| Kelahiran | 1170-an Cumania |
| Meninggal dunia | 1223 Kievan Rus |
| Warganegara |
|
| Pekerjaan | Panglima |
| Pangkat | Naib Khan? |
| Anak-anak | Totour |
| Ibu bapa | Konchak |
Yuri Konchakovich (1170an - 1223), seorang tokoh Cuman. Cicit kepada Khan Sharukan dan anak daripada Khan Konchak, ialah salah seorang watak yang diceritakan dalam "Lagu Peperangan Igor". Namanya dan anaknya, Totour disebutkan langsung dalam Kronik Yuan Mongol.[1]
Biografi
Yuri berasal daripada keluarga Sharukaniyah, ayahnya ialah Khan Konchak. Tidak diketahui dengan jelas apa agama Yuri, apakah dia meniru Atrak si murtad, tetapi Yuri mengganti nama kelahirannya dan menikahkan anak perempuannya ke dalam bangsawan Rus selepas dibaptis pada 1205. Anak perempuannya menikah dengan Yaroslav, putera daripada Pengiran Vsevolod si Mulut Besar. Puterinya mandul dan tidak memiliki anak.
Yuri dikalahkan bersama anaknya, Totour dalam peperangan menentang pasukan Mongol Jebe dan Subutai pada tahun 1223. Kronik Rus menyebut bahawa ia dibunuh semasa mengumpulkan tentara di Rus.
Rujukan
- ^ "Русские летописи. Галицко Волынская летопись Ипатьевский список 13 век". bibliotekar.ru. Dicapai pada 2025-07-18.








