Yayasan Nobel (Svensk: Nobelstiftelsen ) ialah sebuah institusi swasta didirikan pada 29 Jun 1900 untuk menguruskan hal-hal kewangan dan pentadbiran Hadiah Nobel.[1] Yayasan ini ditubuhkan berdasarkan wasiat terakhir Alfred Nobel, ahli kimia, jurutera, penginovasi, pengilang senjata serta pencipta dinamit.[2]
Yayasan ini turut mengadakan Simposium Nobel (Nobel Symposia) terhadap penemuan penting dalam sains dan topik yang berkepentingan budaya atau sosial.
Sejarah
Alfred Nobel memegang 355 paten yang berbeza untuk teknologi besi keluli keluaran kilang Bofors miliknya,[3][4] termasuk dinamit yang dikenali. Beliau mengumpulkan harta kekayaan peribadi yang banyak sepanjang hayatnya disebabkan penciptaan alat yang terkenal ini.[5]
Nobel mengarang sepucuk wasiat lebih sebelum beliau meninggayang menyampaikan sebuah hasrat yang mengejutkan ramai orang, di mana 94% dari jumlah aset peninggalannya sebanyak 31 juta krona Sweden (bersamaan dengan 186 juta dolar Amerika Syarikat pada 2008) akan digunakan untuk mewujudkan dan mendanai lima hadiah dalam bidang fizik, kimia, keamanan, fisiologi atau perubatan, dan kesusasteraan:[6][7]
...kapitalet, af utredningsmännen realiserade till säkra värdepapper, skall utgöra en fond, hvars ränta årligen utdelas som prisbelöning åt dem, som under det förlupne året hafva gjort menskligheten den största nytta. Räntan delas i fem lika delar som tillfalla: en del den som inom fysikens område har gjort den vigtigaste upptäckt eller uppfinning; en del den som har gjort den vigtigaste kemiska upptäck eller förbättring; en del den som har gjort den vigtigaste upptäckt inom fysiologiens eller medicinens domän; en del den som inom litteraturen har producerat det utmärktaste i idealisk rigtning; och en del åt den som har verkat mest eller best för folkens förbrödrande och afskaffande eller minskning af stående armeer samt bildande och spridande af fredskongresser...
("Modal [aset peninggalan saya] bakal dilaburkan para pelaksananya dalam simpanan yang selamat dan menubuhkan sebuah dana, faedahnya bakal diagihkan secara tahunan dalam bentuk hadiah kepada mereka yang telah mengurniakan manfaat paling hebat kepada umat manusia. Faedah ini akan dibahagi lima sama banyak kepada yang berikut: satu bahagian kepada orang yang telah membuat penemuan atau rekacipta dalam bidang fizik; satu bahagian kepada orang yang telah membuat penemuan atau peningkatan dalam bidang kimia; satu bahagian kepada orang yang telah membuat penemuan paling penting dalam bidang fisiologi dan perubatan; satu bahagian kepada orang yang telah menghasilkan karya paling menonjol luahan idealistiknya dalam bidang sastera; dan satu bahagian kepada orang yang telah mengusahakan kepada persaudaraan antara bangsa-bangsa, penghapusan atau pengurangan tentera yang mara serta pengadaan dan pengalakkan sidang keamanan...")
Surat ini ditandatangani di Kelab Sweden-Norway Paris pada 27 November 1895.[8]
Seperti yang diikut pada wasiat Nobel, Yayasan Nobel ditugaskan secara utamanya untuk menguruskan harta peninggalan Nobel dalam bentuk dana.[9][10] Yayasan ini juga mewakili Hadiah Nobel di dunia luar serta menguruskan kegiatan dan isu tidak rasmi berkaitan penganugerahan Hadiah-Hadiah tersebut, namun ia tidak mepunyai sebaramg penglibatan dalam proses pemilihan penerima Hadiah-Hadiah ini.[10][11] Yayasan ini dikecualikan daripada semua cukai di Sweden (sejak 1946) serta cukai pelaburan di Amerika Syarikat (sejak 1953).[12]
Simposium Nobel
Pada tahun 1965, Yayasan ini telah memulakan Simposium Nobel iaitu sebuah rancangan yang mengadakan simposium "yang dikhaskan untuk bidang sains di mana penemuan yang berlaku atau berurusan dengan topik lain ulyang berkepentingan budaya atau sosial."[13] Simposium ini telah menyentuh pelbagai topik seperti prostaglandin, kinetik kimia, kencing manis, teori tetangsi, kosmologi, dan Perang Dingin pada tahun 1980-an.[14] Jawatankuasa Simposium Nobel terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Nobel dalam Kimia, Kesusasteraan, Keamanan, Fizik dan Fisiologi atau Perubatan; Jawatankuasa Hadiah untuk Ekonomi; Yayasan Triabad Bank Sweden; dan Yayasan Wallenberg.
Rujukan
- ^ Lemmel, Birgitta (2000-06-29). "The Nobel Foundation: A Century of Growth and Change". Nobel Foundation. Dicapai pada 2010-12-19.
- ^ "The Nobel Foundation". Nobel Foundation. Dicapai pada 19 Disember 2010.
The Nobel Foundation is a private institution established in 1900 based on the will of Alfred Nobel. The Foundation manages the assets made available through the will for the awarding of the Nobel Prize in Physics, Chemistry, Physiology or Medicine, Literature and Peace. It represents the Nobel Institutions externally and administers informational activities and arrangements surrounding the presentation of the Nobel Prize.
- ^ Bergengren, Erik (1962). Alfred Nobel: The Man and His Work. Edinburgh: Thomas Nelson & Sons Ltd.
- ^ Jernkontoret (1920). "Aktiebolaget Bofors". Iron and Steel in Sweden (dalam bahasa Inggeris). Jernkontoret. m/s. 19.
- ^ "Biography of Alfred Nobel - Succeed through Studying Biographies". School for Champions. 8 Disember 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-14. Dicapai pada 15 Januari 2010.
- ^ "The Will of Alfred Nobel", nobelprize.org. Dicapai pada 6 November 2007.
- ^ "Guide to Nobel Prize". Britannica.com. Dicapai pada 15 Januari 2010.
- ^ http://resources.metapress.com/pdf-preview.axd?code=xu7j67w616m06488&size=largest
- ^ "Si-Facts_FS15b_ENG.bak" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-09-08. Dicapai pada 15 Januari 2010.
- ^ a b "Nobel Prize". Encyclopædia Britannica. 2007. Dicapai pada 15 Januari 2009.
After Nobel's death, the Nobel Foundation was set up to carry out the provisions of his will and to administer his funds. In his will, he had stipulated that four different institutions—three Swedish and one Norwegian—should award the prizes. From Stockholm, the Royal Swedish Academy of Sciences confers the prizes for physics, chemistry, and economics, the Karolinska Institute confers the prize for physiology or medicine, and the Swedish Academy confers the prize for literature. The Norwegian Nobel Committee based in Oslo confers the prize for peace. The Nobel Foundation is the legal owner and functional administrator of the funds and serves as the joint administrative body of the prize-awarding institutions, but it is not concerned with the prize deliberations or decisions, which rest exclusively with the four institutions.
- ^ The Nobel prize: a history of genius ... - Google Böcker. Books.google.se. Dicapai pada 15 Januarin2010. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "The Nobel Foundation - Financial Management". Nobelprize.org. 31 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2008. Dicapai pada 15 Januari 2010.
- ^ "Nobel Symposia". Nobel Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Oktober 2007. Dicapai pada 28 Oktober 2007.
- ^ "Complete List of Nobel Symposia from 1965 - present". Nobel Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2007. Dicapai pada 30 Oktober 2007.
Pautan luar
- "The Nobel Foundation" – laman rasmi Yayasan Nobel.
- "Nobel Symposia" – halaman rasmi Yayasan Nobel.
- "The Will of Alfred Nobel" – bahagian halaman rasmi Yayasan Nobel yang memetik suatu petikan penting dalam wasiat beliau.