Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Yannick Ferreira Carrasco | ||
Tarikh lahir | 4 September 1993 | ||
Tempat lahir | Ixelles, Belgium | ||
Ketinggian | 1.80 m (5 ka 10 7⁄8 in) | ||
Posisi permainan | Sayap | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Al-Shabab | ||
Nombor | 23 | ||
Kerjaya remaja | |||
Stade Everois | |||
Diegem Sport | |||
Germinal Beerschot | |||
2005–2010 | Genk | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2010–2012 | Monaco B | 30 | (8) |
2012–2015 | Monaco | 82 | (15) |
2015–2018 | Atlético Madrid | 81 | (17) |
2018–2020 | Dalian Professional | 50 | (24) |
2020 | → Atlético Madrid (pinjam) | 15 | (1) |
2020–2023 | Atlético Madrid | 102 | (19) |
2023– | Al-Shabab | 3 | (1) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2008 | Belgium B15 | 1 | (0) |
2010 | Belgium B17 | 2 | (0) |
2010–2011 | Belgium B18 | 9 | (1) |
2011–2012 | Belgium B19 | 12 | (3) |
2013–2014 | Belgium B21 | 11 | (1) |
2015– | Belgium | 68 | (10) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 29 September 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 September 2023 |
Yannick Ferreira Carrasco, atau dikenali sebagai Yannick Carrasco (lahir 4 September 1993) merupakan pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi sayap untuk kelab Al Shabab dan pasukan kebangsaan Belgium.
Kerjaya kelab
Monaco
Carrasco dilahirkan di Ixelles, Belgium. Beliau merupakan campuran Portugis dan Sepanyol. Carrasco sertai kelab Perancis, Monaco dari kelab Belgium, Genk pada 2010. Beliau melakukan debut untuk Monaco pada 30 Julai 2012 dalam perlawanan Ligue 2 menentang Tours. Dalam perlawanan itu, beliau menjaringkan gol pembukaan melalui sepakan percuma dan Monaco menang 4-0.[1] Pada 13 April 2013, beliau menjaringkan dua gol untuk Monaco pada perlawanan liga menentang Auxerre. Dalam musim pertamanya untuk Monaco, Carrasco menjaringkan enam gol dalam 27 perlawanan dan membantu Monaco layak ke Ligue 1.[2]
Beliau menjaringkan gol pertamanya di Ligue 1 pada 5 Oktober 2013 pada perlawanan menentang Saint-Étienne. Beliau menyudahkan hantaran oleh James Rodríguez dan membantu Monaco untuk menang 2-1. Beliau menjaringkan dua gol dalam masa 10 minit pada 20 Oktober ketika seri 2-2 bertemu Sochaux.
Pada 25 Februari 2015, beliau menjaringkan gol terakhirnya di Monaco ketika menang menentang Arsenal di tempat lawan pada perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah selepas menggantikan Dimitar Berbatov pada minit ke-75.[3]
Atlético Madrid
Pada 10 Julai 2015, Atlético Madrid mengumumkan pihak mereka telah mengikat Carrasco dengan kontrak lima tahun dan bayaran perpindahan dilaporkan sebanyak €20 juta.[4][5] Pada 18 Oktober 2015, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Atletico ketika menang 2-0 ke atas Real Sociedad.[6]
Pada 28 Mei 2016, beliau menjadi pemain Belgium pertama yang menjaringkan gol pada perlawanan terakhir Liga Juara-Juara. Beliau berbuat demikian untuk mengikat kedudukan 1-1 ketika perlawanan akhir menentang jiran setempat, Real Madrid di San Siro, Milan. Namun, Atletico tewas pada penentuan penalti 5-3.
Penghargaan
Kelab
- Monaco
Catatan
- ^ "Yannick Ferreira Carrasco". AS Monaco. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-26. Dicapai pada 20 October 2013.
- ^ "Ligue 1 – Monaco promoted to top flight after late winner". Yahoo Sport. 11 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-24. Dicapai pada 20 October 2013.
- ^ McNulty, Phil (25 February 2015). "Arsenal 1–3 Monaco". BBC Sport. Dicapai pada 26 February 2015.
- ^ "Atletico Madrid sign Belgium international Yannick Carrasco from Monaco". FOX Sports. 10 July 2015. Dicapai pada 12 July 2015.
- ^ "Atletico Madrid sign Yannick Ferreira-Carrasco from Monaco". ESPNFC.com. Dicapai pada 2016-03-17.
- ^ "Real Sociedad 0-2 Atletico Madrid". BBC Sport. Dicapai pada 2016-03-17.
Pautan luar
- Player Profile Diarkibkan 2014-07-26 di Wayback Machine di AS Monaco
- Biodata Yannick Ferreira Carrasco di Soccerway
- Yannick Ferreira Carrasco at Topforward
- Belgium Stats di FA Belgium