Dato' Seri Haji Yahaya Abdul Hamid D.G.P.N., D.M.P.N., P.K.T., J.P | |
---|---|
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 25 April 1995 – 12 Februari 2008 | |
Didahului oleh | Abdul Rahman Abbas |
Digantikan oleh | Abdul Halim Hussain |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Pinang Tunggal | |
Dalam jawatan 1986–2004 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Roslan Saidin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Yahaya bin Abdul Hamid 13 Jun 1945 Kepala Batas. Pulau Pinang |
Pasangan | Zaitun Abu Bakar |
Anak | 8 orang |
Dato' Seri Haji Yahaya Abdul Hamid ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang selama tiga penggal dari 1995 hingga 2008.[1]
Latar belakang
Yahaya dilahirkan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 13 Jun 1945. Beliau merupakan anak jati Kepala Batas dan pernah menjadi seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Abdul Kadir dan Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin pada era 70 hingga 80-an.
Politik
Dato' Seri Haji Yahaya Abdul Hamid pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kepala Batas sementara Tun Abdullah Ahmad Badawi pula menjadi Ketua Bahagian UMNO Kepala Batas pada masa itu.
Beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada tanggal 25 April 1995 dan menamatkan jawatan beliau pada tanggal 12 Februari 2008 iaitu bersamaan 3 penggal berturut-turut.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 kawasan DUN N03 Pinang Tunggal, Pulau Pinang dimenangi oleh Datuk Yahaya Abdul Hamid atas tiket (Barisan Nasional/UMNO) majoriti 4,376 undi.
Keluarga
Isterinya yang bernama Datin Seri Zaitun Abu Bakar merupakan seorang bekas guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang. Mereka memperolehi seramai 8 orang cahayamata.
Darjah Kebesaran
Malaysia
Pulau Pinang :
Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) – Dato'
Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) – Dato' Seri (2007)
Rujukan
- ^ "Senarai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri". Dicapai pada 7 Disember 2023.