Jenis/bentuk sah | Awam |
---|---|
Didagangkan sebagai | IDX: EXCL |
Industri | Penyedia perkhidmatan selular |
Ditubuhkan | 6 Oktober 1989 |
Ibu pejabat | Jakarta, Indonesia |
Tokoh penting | Dian Siswarini, CEO[1] |
Keluaran | Perkhidmatan telekomunikasi |
Hasil | Rp 21.34 trilion (2016)[2] |
Pendapatan bersih | Rp 376 bilion (2016)[2] |
Jumlah aset | Rp 54.896 trilion (2016)[2] |
Bilangan kakitangan | 1,892 (2016) |
Syarikat induk | Kumpulan Axiata |
Pembahagian | XL XL Prioritas Axis Telecom |
Anak syarikat | XL |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
PT XL Axiata Tbk [3] (dahulu PT Excelcomindo Pratama Tbk), atau disingkat XL, adalah sebuah syarikat pengendali telekomunikasi selular di Indonesia.
XL ditubuhkan pada 6 Oktober 1989 dan mula beroperasi secara komersial pada 8 Oktober 1996, dan merupakan syarikat swasta pertama yang menyediakan perkhidmatan telefon bimbit di Indonesia.
XL memiliki empat produk GSM, iaitu Bebas (prabayar), Jempol (prabayar), Xplor (pascabayar), dan yang paling baru Jimat (dulunya merupakan jenis perkhidmatan milik Jempol, tetapi kemudian dikembangkan menjadi produk sendiri yang lebih dikhususkan untuk komunikasi ke luar negeri). Selain itu XL juga menyediakan perkhidmatan korporat yang termasuk pembekal khidmat Internet (ISP) dan VoIP.
Pemegang saham
Pemegang saham XL saat ini adalah:
- Indocel Holding Sdn. Bhd. (67.02%), merupakan syarikat yang dimiliki 100% oleh TM International (L) Limited (TMIL). TMIL merupakan anak syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) yang khusus menangani pelaburan antarabangsa.
- Khazanah Nasional Berhad (16.81%), merupakan perbadanan pelaburan milik Pemerintah Malaysia.
- Emirates Telecomunications Corp. (ETISALAT) International Indonesia Ltd. (15.97%). ETISALAT International Indonesia Ltd. dimiliki 100% oleh Emirates Telecommunications Corporation (“ETISALAT”). ETISALAT adalah syarikat kini perkhidmatan telekomunikasi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang beroperasi dan mempunyai pelaburan meliputi 15 negara di kawasan Timur Tengah, Afrika, dan Asia, termasuk Afganistan, Republik Afrika Tengah, Cote D’Ivoire, Mesir, Gabon, Niger, Nigeria, Pakistan, Arab Saudi, Sudan, Tanzania dan Togo. ETISALAT baru-baru ini dianugerah sebagai "Best Overall Operator in 2007" pada Telecoms World Middle East Awards.
- AIF (Indonesia) Limited (7.38%), merupakan syarikat pendanaan swasta yang beribu pejabat di Hong Kong.
Rujukan
- ^ "Dian Siswarini Pimpin PT XL Axiata". Tempo. Dicapai pada 17 July 2015.
- ^ a b c Financial Report December 2013[pautan mati kekal]
- ^ Resmi Ganti Nama, XL Ingin Terdepan