La Dame de Malacca | |
---|---|
Pengarah | Marc Allégret |
Penulis | Francis de Croisset (novel) Claude-André Puget Jan Lustig |
Dibintangi | Edwige Feuillère Pierre Richard-Willm Betty Daussmond Jacques Copeau |
Sinematografi | Jules Kruger |
Disunting oleh | Yvonne Martin |
Muzik oleh | Louis Beydts |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Tobis Film |
Tarikh tayangan | 1 Oktober 1937 |
Masa tayangan | 113 min |
Negara | Perancis |
Bahasa | Perancis |
La dame de Malacca (Inggeris:Woman of Malacca) merupakan filem Perancis 1937 yang diarahkan oleh Marc Allégret dan dibintangi oleh Edwige Feuillère, Pierre Richard-Willm dan Betty Daussmond. Ia merupakan adaptasi dari novel 1937 oleh penulis Perancis Francis de Croisset. Filem ini turut diterbitkan dalam bahasa Jerman versi Andere Welt.
Sinopsis
Seorang wanita Inggeris, Audrey Greenwood, telah mengahwini seorang pegawai tentera untuk melarikan diri dari kehidupannya yang suram sebagai seorang guru. Greenwood telah mengikuti suaminya yang ditugaskan berkhidmat di Melaka. Beliau kemudiannya merasa tidak bahagia dengan perkahwinannya dan telah jatuh cinta dengan Putera Selim, sultan dari Melaka.
Pelakon
- Edwige Feuillère sebagai Audrey Greenwood
- Pierre Richard-Willm sebagai Putera Selim
- Betty Daussmond sebagai Lady Lyndstone
- Jacques Copeau sebagai Lord Brandmore
- Gabrielle Dorziat sebagai Lady Brandmore
- Jean Debucourt sebagai Sir Eric Temple
- Jean Wall sebagai Le major Carter
- Liliane Lesaffre sebagai Lady Johnson
- Ky Duyen sebagai Le japonais
- Foun-Sen sebagai La servante
- William Aguet sebagai Gerald
- Alexandre Mihalesco sebagai Sirdae Raman
- René Bergeron sebagai Le Docteur
- Magdeleine Bérubet sebagai Mademoiselle Tramont
- Charlotte Clasis sebagai Une amie d'Audrey
- Marthe Mellot sebagai La sous-maîtresse de l'institut Tramont
- Robert Ozanne sebagai Un journaliste
- René Fleur as Un journaliste
- Michèle Lahaye sebagai Une dame anglaise
- Colette Proust sebagai Une dame anglaise
Rujukan
Bibliografi
- Kennedy-Karpat, Colleen. Rogues, Romance, and Exoticism in French Cinema of the 1930s. Fairleigh Dickinson, 2013.
- Passerini, Luisa, Labanyi, Jo & Diehl, Karen. Europe and Love in Cinema. Intellect Books, 2012.