Wisma Negeri, Negeri Sembilan | |
---|---|
![]() | |
Maklumat umum | |
Status | Siap dibina |
Jenis | Bangunan pentadbiran ![]() |
Gaya seni bina | Seni bina Negeri Sembilan dan Minangkabau |
Lokasi | Seremban |
Negara | Malaysia ![]() |
Koordinat | 2°43′34.126″N 101°56′32.163″E ![]() |
Dibuka pada | 26 September 1987 |
Pemilik | Kerajaan Negeri Sembilan |
sunting · sunting di Wikidata![]() |


Wisma Negeri, Seremban merupakan pusat pentadbiran utama bagi kerajaan negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia. Bangunan ini juga menempatkan Bangunan Dewan Undangan dan Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
Sejarah
Wisma Negeri yang ada pada hari ini telah dibina pada tahun 1987 dan mula beroperasi pada 26 September 1987 dan telah telah dirasmikan oleh Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Seni Bina
Reka bentuk Bangunan Dewan Undangan Negeri di Wisma Negeri diilhamkan oleh seni bina Minangkabau, yang melambangkan hubungan sejarah Negeri Sembilan dengan Kerajaan Pagaruyung dan keunikan budaya Minangkabau. Ciri utama seni bina ini adalah atapnya yang bergonjong, menyerupai tanduk kerbau. Dewan utama bangunan ini juga menampilkan panel kayu yang diukir dan perabot dengan sentuhan tradisional.
Fungsi
Wisma Negeri menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan Negeri Sembilan . Ini termasuklah:
- Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan
- Pejabat EXCO Kerajaan Negeri
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
- Pejabat Kewangan Negeri Sembilan
- Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan
- Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan
- Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan
- Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
- Jabatan Pertanian Negeri Sembilan
- Jabatan Perancangan Badar dan Desa Negeri Sembilan
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan
Peranan
Wisma Negeri merupakan pusat pentadbiran dan pemerintahan Negeri Sembilan. Ia menjadi tempat bagi penggubalan dasar negeri, penyelarasan jabatan kerajaan, dan persidangan Dewan Undangan Negeri . Bangunan ini juga menjadi lokasi bagi pelbagai acara rasmi.
Lokasi
Wisma Negeri terletak di Seremban, ibu negeri Sembilan. Alamat spesifiknya ialah Wisma Negeri, Jalan Dato' Abdul Malek, 70503 Seremban, Negeri Sembilan. Koordinat GPS bangunan ini ialah 2°43′34.126″N 101°56′32.163″E .