Wings | |
|---|---|
Ahli Kumpulan Wings terkini. Dari penjuru kiri atas: Dato' Awie, Sham Wings, Edrie Hashim, Pae Sembah Bumi, Ilham Ishak | |
| Maklumat latar belakang | |
| Juga dikenali sebagai |
|
| Asal | |
| Genre | Hard rock, blues, heavy metal, glam metal |
| Pekerjaan | Penyanyi/Pemuzik/komposer |
| Alat muzik | Vokal/Band |
| Tahun aktif | 1985–kini |
| Diskografi | Lihat: Wings (Malaysian band) discography (en) |
| Syarikat rakaman | ASP (1987–1989) BMG (1989–2002) Fly Wings Sdn Bhd (1989–2013) KRU Music (2014) Awie Entertainment Sdn Bhd (2017–kini) |
| Kegiatan berkaitan | Awie, M. Nasir, Loloq, Search, J.S. Kevin, Bob Lokman, S. Amin Shahab |
| Anggota semasa | Awie - Vokal Sham - Gitar Edrie Hashim - Gitar Ilham Ishak - Bes Pae - Dram |
| Bekas anggota | Mel - Vokal Mus May - Vokal Tham Wing Kwan - Gitar Utama[1] Joe - Gitar Utama Eddie - Bes Black - Dram Jojet - Dram |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Wings merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1985 di Kuala Lumpur, Malaysia.
Semasa penubuhannya, kumpulan ini dianggotai oleh lima anggota asal yang terdiri dari Awie (Penyanyi), Sham (Gitar Utama), Baharom (Gitar Irama), Ipin (Bass) dan Jojet (Drum) dimana Awie, Syam dan Jojet merupakan rakan sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang (dahulunya sebagai Ampang Road Boys School). Namun jumlah anggota itu telah berubah apabila beberapa anggota bersilih ganti. Barisan Awie, Joe, Eddie dan Black adalah barisan yang telah mengambil jangka masa yang lama dalam menganggotai kumpulan ini dimana kumpulan ini telah mencapai segala kegemilangan yang tersendiri sehingga kini yang masih belum lagi ada artis berkumpulan buat masa ini.
Pada bulan 31 Oktober 2015, sempena ulang tahun penubuhan kumpulan Wings ke-30, Wings telah mengadakan konsert bersejarah berskala besar yang bertemakan 'Konsert Wings 30 tahun' di Stadium Merdeka Kuala Lumpur yang berjaya memukau lebih 20 ribu orang penonton.
Sehingga kini kumpulan Wings telah menerbitkan sebanyak sebelas buah album studio tidak termasuk album khas, kompilasi, konsert dan album studio bersama Search. Hampir kesemua album Wings berjaya mencapai jualan ke tahap Anugerah Platinum, Anugerah Double Platinum, Anugerah Tripple Platinum dan sehingga ke Anugerah Quadraple Platinum. Album studio Wings ke-11, Menakluk Kosmos (2014) telah terjual sebanyak 10,000 unit. Wings turut tidak ketinggalan untuk menceburi dalam industri perfileman yang telah pun muncul sebanyak enam buah filem dan antaranya ialah Pemburu Bayang (1993) dan Leftwings (2012).
Pada akhir tahun 2016, anggota Wings hanya menjadi tiga orang iaitu Awie, Eddie dan Black selepas pemain gitar utamanya, Joe dipecat daripada kumpulan ini pada penghujung tahun 2016 berikutan masalah dalaman yang dihadapinya setelah 28 tahun beliau mengharungi suka duka bersama Wings dan pada masa yang sama, Joe tidak beraksi bersama Wings dalam sebuah konsert di Melaka[2]. Dan ini menjadikan Eddie sebagai pengasas dan satu-satunya anggota tunggal serta tunjang utama paling setia lama bertahan di dalam Wings kerana sebelum ini Awie, Sham dan Black pernah keluar dari kumpulan tersebut satu ketika dahulu dimana Awie meninggalkan Wings selepas Konsert Double Trouble pada lewat 1993, Syam selepas album pertama "Belenggu Irama" (1987) dan Black selepas album "Teori Domino" (1990).
Selepas Joe meninggalkan kumpulan ini pada penghujung tahun 2016, Wings menggunakan nama Wings & Superfriends buat seketika untuk Konsert Wings & Superfriends: Belenggu Irama yang diadakan di Istana Budaya pada 2017[3].[4] Ini berikutan Wings bersetuju untuk memerlukan dua khidmat pemain gitar utama yang berpengalaman iaitu Sham yang juga merupakan anggota asal Wings dan Edrie Hashim (Bekas anggota Kumpulan Chapters) sebagai pemuzik undangan yang di beri gelaran Superfriends bagi menggantikan tempat Joe. Pada tahun 2018, Syam dan Edrie sah menyertai Wings setelah Awie, Eddie dan Black bersetuju untuk menjadikan 5 orang anggota kumpulan Wings dan nama Wings & Superfriends tidak digunakan lagi.
Pada 8 Oktober 2025, Black (drum) dan Eddie (bass) telah meninggalkan kumpulan Wings melalui sebuah kenyataan media termasuk ketidaklibatan mereka dalam Konsert Ulang Tahun Wings ke-40 pada 28 November 2025. Ini merupakan pengunduran kali ke-2 Black meninggalkan Wings selepas kali pertama pada 1990 dan ini adalah kali pertama pengunduran Eddie selepas bersama Wings dari tahun 1986.
Sehingga kini, Wings dianggotai oleh Awie (Penyanyi), Sham (Gitar Utama), Edrie (Gitar Utama), Ilham Ishak (Gitar Bass) dan Pae (Dram).
Sejarah
1985–1987: Penubuhan Dan Kejayaan Awal
Sejarah penubuhan kumpulan ini bermula sekitar tahun 1984 apabila Awie, Sham, dan Jojet yang merupakan rakan sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang (dahulunya dikenali sebagai Ampang Road Boys School) mula berkongsi minat yang mendalam terhadap gelombang muzik rock 1980-an. Bakat dan keserasian mereka mula dikesan apabila sering diberi peluang untuk mengadakan persembahan dalam program-program sekolah.
Selepas menamatkan persekolahan pada tahun 1985, Awie, Sham, dan Jojet bertekad untuk menceburi bidang muzik secara lebih serius dengan membentuk sebuah kumpulan tanpa nama pada peringkat awal. Barisan keanggotaan asal pada ketika itu terdiri daripada Awie (vokal), Sham (gitar utama), Baharom (gitar kedua), Ipin (bass), dan Jojet (dram). Nama 'Wings' kemudiannya dipilih hasil cetusan idea Awie, yang mendapat inspirasi daripada teguran orang ramai mengenai fizikal lengannya yang berotot sehingga diibaratkan seperti "sesayap" (wing). Pada fasa ini, mereka mula membina reputasi dengan mengadakan persembahan di majlis perkahwinan, kelab malam dan taman hiburan (fun fair) bagi mengasah kemahiran teknikal serta kemunculan pentas.
Perkembangan seterusnya menyaksikan rombakan keanggotaan berlaku apabila Ipin keluar dan digantikan oleh Zul bagi posisi pemain bass. Manakala posisi gitar irama diambil alih oleh Awang (Awong) bagi menggantikan Baharom yang turut meninggalkan kumpulan tersebut. Bagi mengukuhkan integriti sejarah awal ini, hantaran daripada penulis buku "65 Tahun Muzik Rock di Malaysia", Prof. Dr. Taki Takiyuddin, melalui laman Facebook beliau telah mendedahkan arkib penting mengenai konsert sulung Wings di Stadium MCA, Raub pada 28 September 1986. Berdasarkan hasil temu bual Prof. bersama Bombay Qaseh (bekas kru Studio Do Re Mi), didedahkan bahawa sebelum Wings mencapai kemasyhuran, Awie dan Jojet sebenarnya bertindak sebagai kru studio. Mereka hanya diberi peluang membuat persembahan pembukaan di fun fair dengan bayaran tambahan sebanyak RM20 seorang selepas selesai memasang peralatan teknikal. Fakta ini turut diperkukuhkan lagi menerusi keratan akhbar Mingguan Malaysia (Pancaindera) bertarikh 28 September 1986 yang bertajuk “Ole-ole dari Kotaraya di Raub hari ini”. Laporan tersebut mengesahkan barisan Wings ketika itu terdiri daripada Awie, Sam (Sham), Awong, Zul, dan Jojet. Akibat kontroversi pengharaman konsert rock yang sedang memuncak pada waktu tersebut, Wings terpaksa mengubah corak persembahan kepada format "pop komersil" bagi mendapatkan kebenaran beraksi. Walaupun konsert di Raub tersebut hanya dihadiri sekitar 800 orang penonton, ia kekal menjadi titik tolak sejarah yang amat signifikan dalam garis masa kerjaya mereka. [1]
Keanggotaan Wings sekali lagi berubah apabila mereka bersetuju untuk mengurangkan bilangan anggota kepada empat orang sahaja tanpa mengisi semula posisi gitar kedua setelah Awang keluar daripada kumpulan tersebut. Keadaan menjadi lebih mencabar apabila Zul dan Jojet kemudiannya mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan tersebut bagi menubuhkan kumpulan baharu bernama Sivilnius bersama pemain gitar, Kid. Situasi ini meninggalkan Awie dan Syam sebagai anggota yang tinggal, yang kemudiannya terpaksa meneruskan perjuangan mencari pemain bass dan dram baharu demi melengkapkan semula legasi kumpulan Wings.
Memasuki fasa pencarian anggota baharu pada tahun yang sama, Awie mula memberikan tumpuan kepada pemain dram kumpulan Babylon, iaitu Black, setelah menyaksikan persembahannya di sekitar Kuala Lumpur. Beliau amat tertarik dengan teknik ketukan dram Black yang bertenaga serta teknikal, yang dilihat sangat serasi dengan hala tuju muzik yang ingin dibawa oleh Wings. Tanpa melengah masa, Awie sendiri telah mendekati Black untuk menawarkan posisi tersebut, yang akhirnya dipersetujui oleh beliau meskipun terpaksa meninggalkan kumpulannya. Bagi mengisi kekosongan posisi pemain bass susulan pemergian Zul, Sham telah mencadangkan seorang rakan sekampungnya dari Kampung Baru yang dikenali sebagai Eddie. Sham meyakinkan Awie bahawa Eddie memiliki bakat dan kriteria yang diperlukan untuk melengkapkan barisan kumpulan tersebut. Namun, bagi memastikan setiap ahli mempunyai karisma yang tepat, Awie telah melakukan tinjauan secara peribadi dengan memantau persembahan Eddie di Keramat tanpa pengetahuan pemain bass tersebut. Hasil pemerhatian tersebut, Awie bukan sahaja kagum dengan kemahiran teknikal Eddie, malah tertarik dengan gaya serta imej Eddie yang ditampilkan di atas pentas. Bagi Awie, Eddie memiliki aura seorang pemain bass yang mampu memperkukuhkan identiti Wings. Beliau kemudiannya terus menawarkan posisi tersebut kepada Eddie tanpa sebarang ragu-ragu. Penyertaan Eddie akhirnya melengkapkan formasi yang terdiri daripada Awie, Syam, Black, dan Eddie. [2]
Sepanjang mereka membuat persembahan, mereka banyak menghabiskan masa untuk mencari keserasian mereka dimana kehidupan mereka ketika itu amat mencabar kerana pemuzik rock sering dipandang rendah pada ketika itu. Selain itu mereka juga pernah dibayar bayaran serendah RM5 seorang bagi satu persembahan dan pernah dibuli oleh tauke dan penonton, namun ia tidak mematahkan semangat mereka demi minat mereka terhadap muzik rock. Bagi memastikan disiplin dalam persembahan, mereka mewajibkan diri untuk menjalani latihan di studio selama lima jam setiap hari kecuali pada hari Sabtu dan Ahad. Rutin ini telah membentuk mereka untuk mengekalkan kualiti muzik yang tinggi sebelum dipersembahkan kepada khalayak ramai.

Setelah sekian lama bersungguh-sungguh mengasah bakat melalui persembahan di kelab malam, majlis perkahwinan dan taman hiburan (fun fair), kesungguhan mereka akhirnya menarik perhatian beberapa syarikat rakaman sebelum mereka dan pengurus mereka, Bob Lokman memutuskan untuk berkali-kali memilih syarikat Antarctic Sound Production (ASP) sebagai syarikat rakaman bagi album pertama mereka. Melalui syarikat ini, mereka diberi peluang keemasan untuk merakamkan album pertama di bawah bimbingan M. Nasir sebagai penerbit. Walaupun pada mulanya M. Nasir melihat mereka sebagai 'budak-budak muda' yang masih mentah dan perbezaan usia mereka yang hampir 10 tahun lebih muda berbanding kumpulan senior seperti Search, namun kredibiliti yang ditunjukkan oleh Wings akhirnya berjaya membuktikan kemampuan sebenar mereka.
Sepanjang mereka merakamkan album pertama mereka, Belenggu Irama (dirilis pada tahun 1987), anggota Wings masih mempunyai pengetahuan yang sangat terhad mengenai kerja-kerja rakaman studio dimana ketika itu mereka masih terlalu muda (rata-rata 19 tahun dan 20 tahun) dan kurang pengalaman bekerja dalam studio rakaman berbanding kumpulan rock senior seperti Search dan Lefthanded. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak mampu memainkan instrumen sepenuhnya bagi beberapa lagu dalam album tersebut mengikut piawaian rakaman studio. Untuk rakaman lagu, dalam temubual Dato' Awie bersama DJ Nazz, beliau memberitahu bahawa sepanjang pembikinan album pertama mereka, mereka telah mendapatkan bantuan pemuzik luar (session musician) bagi mempercepatkan proses rakaman album. Antara pemuzik luar yang terlibat dalam rakaman album Belenggu irama, iaitu Zahid Ahmad (dram) dan Opie Bloodshed (gitar) dimana Zahid Ahmad terlibat dalam dua buah lagu, manakala Opie terlibat dalam dua hingga tiga lagu. [3]
Dengan susunan muzik yang kemas serta nyanyian yang bertenaga, dibantu oleh komposer dan penulis lirik berbakat besar seperti M. Nasir, J.S. Kevin dan Bob Lokman, kemunculan pertama Wings di persada seni tanah air mula menampakkan hasil apabila album Belenggu Irama menerima sambutan yang menggalakkan. Walaupun berdepan cabaran apabila lagu-lagu mereka tidak dibenarkan untuk disiarkan di radio dan televisyen oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), peminat muzik rock tetap dapat merasai bahang album tersebut. Lagu-lagu seperti “Belenggu Irama”, “Intan Ku Kesepian”, “Biarkan Berlalu”, “Inspirasi Taming Sari” dan “Peronda Jaket Biru” menjadi kegilaan remaja Malaysia. Penolakan RTM dibuat atas alasan lirik lagu serta imej dan gaya pemakaian Wings yang dikatakan keterlaluan dan tidak memenuhi piawaian penyiaran di kaca televisyen.
Halangan ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada Wings, namun berkat ketabahan serta sokongan rakan-rakan dan peminat yang setia berdiri di belakang mereka, kumpulan ini berjaya mengharungi segala dugaan dan cabaran. Album Belenggu Irama akhirnya mencatatkan jualan melebihi 180,000 unit, satu pencapaian yang lebih hebat berbanding jualan album pertama dan kedua kumpulan Search, yang ketika itu merupakan kumpulan rock nombor satu negara sebelum kemunculan album Fenomena. Selepas itu, populariti Wings terus meningkat, dengan konsert-konsert mereka sering dianjurkan di tapak fun fair dan ekspo, sentiasa menarik perhatian ramai serta menghiburkan peminat melalui persembahan yang mantap dan beridentiti tersendiri.
1988–1993: Pengunduran Sham, Penyertaan Joe dalam Wings, Puncak Kemasyhuran, Zaman Kegemilangan, Pengunduran Black, Kemasukan Jojet dalam Wings, Isu Rambut Panjang, Double Trouble (bersama Search) Dan Wings Ke Layar Perak
Pada 4 Januari 1988, pengunduran anggota Wings berlaku apabila Sham, selaku pemain gitar utama, menarik diri daripada kumpulan untuk menubuhkan Kumpulan CRK. Menurut pendedahan Dato’ Awie dalam temu bual bersama DJ Nazz, beliau mendedahkan bahawa Sham belum bersedia sepenuhnya untuk beraksi atau memikul tanggungjawab persembahan pada tahap tersebut ketika itu disebabkan kesan dan tekanan yang timbul daripada kejayaan album pertama Wings. [4] Kekosongan posisi pemain gitar telah digantikan oleh Tham Wing Kwan, seorang pemain gitar utama berbangsa Cina dari kumpulan H2O. Namun begitu, jodoh Tham bersama Wings tidak berkekalan lama kerana kehendak keluarganya, menyebabkan beliau tidak sempat bersama kumpulan untuk mengeluarkan album seterusnya.
Tidak lama selepas itu secara kebetulan Awie, Eddie dan Black mempelawa Joe (pemain gitar Scandals) dimana pada awalnya, Awie mencadangkan mahu meminjam khidmat Joe sebagai pemain gitar buat sementara waktu oleh Wings disebabkan kekosongan posisi pemain gitar utama dan membuat persembahan di konsert-konsert mini lalu. Setelah kumpulan Scandals berpecah pada tahun yang sama, Joe mengambil keputusan muktamad untuk menyambung khidmatnya bersama kumpulan Wings yang masih belum mempunyai pemain gitar utama yang tetap. Tidak lama selepas itu, Joe diserap sebagai anggota tetap Wings dengan menggalas posisi pemain gitar utama Wings.
Kehadiran Joe dalam Wings menambahkan kemantapan Wings apabila ia dibuktikan dalam album studio kedua Wings berjudul Hukum Karma yang dikeluarkan pada tahun 1988. Album ini menampilkan 10 buah lagu dan diterbitkan oleh M. Nasir. Antara lagu yang menjadi hits dalam album ini ialah Hukum Karma, Opera Hidup, Misteri Mimpi Syakilla dan Taman Rashidah Utama. Lagu Taman Rashidah Utama (dicipta dan ditulis oleh Bob Lokman) dan Misteri Mimpi Syakila (dicipta dan ditulis oleh J.S. Kevin) telah melonjakkan nama Wings, apabila kedua-duanya berjaya menempatkan diri dalam senarai Top 10 akhir Juara Lagu 1989. Taman Rashidah Utama meraih tempat kedua untuk kategori Persembahan Terbaik pada Januari 1989, manakala Misteri Mimpi Syakila memperoleh tempat ketiga bagi kategori yang sama pada Mac 1989. Dari situ, Wings kerap membuat persembahan di pelbagai tapak fun fair, ekspo, dan konsert, yang sentiasa mencuri perhatian peminat serta mengukuhkan lagi populariti mereka sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock popular di Malaysia seperti Search dan Lefthanded..
Setelah kesuksesan Wings dalam album Hukum Karma, pengurusan kumpulan Wings ini telah diambil alih oleh Ali Bakar, pemilik Box Office Malaysia (menguruskan pertandingan Battle Of The Band). Wings juga telah membuat keputusan muktamad untuk menjadi artis di bawah Bertelsmann Music Group (BMG) Malaysia (ketika itu dibawah nama BMC Pasific Sdn Bhd). Pada masa yang sama, mereka menubuhkan syarikat sendiri, Fly Wings Sdn. Bhd., bagi menguruskan aktiviti pengurusan, penerbitan, dan hal-hal berkaitan lagu serta persembahan mereka.
Pada lewat tahun 1989, Wings telah memulakan rakaman album Teori Domino dimana proses rakaman dijalankan di dua studio, iaitu Syncrosound Studio di Sarawak dan Scats Studio di Kuala Lumpur, bagi memastikan kualiti bunyi dalam penghasilan album. Album ini dirilis pada awal tahun 1990 dimana ia menampilkan sepuluh buah lagu, dengan beberapa lagu menjadi hits pada ketika itu antaranya Alam Barzakh, Sejati, Potret Monalisa, Perhentian, Bujang Senang, dan Midnight Blues. Kejayaan album ini bukan sahaja mengukuhkan lagi kedudukan Wings di persada muzik tanah air, malah pada tahun yang sama, mereka turut diberi peluang untuk muncul sebagai penampilan khas dalam filem Mat Som, menandakan langkah pertama mereka dalam dunia lakonan.
Tidak lama kemudian, Black, pemain dram Wings, telah membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan Wings disebabkan antaranya ketidakpuasan hatinya terhadap pengurusan kumpulan. Mengikut wawancara Black dalam rancangan Rock Kapak terbitan RTM, beliau memberitahu bahawa walaupun beliau tidak lagi bersama Wings, hubungan antara Black dan anggota lain kekal mesra dan profesional. Tambah beliau, beliau juga mencadangkan Jojet (pemain dram asal Wings dan pemain dram Gersang) untuk mengisi posisi dram. [5] Oleh kerana Jojet masih lagi merupakan anggota kumpulan Gersang pada masa itu, Wings terpaksa membayar sejumlah RM7,000 kepada pengurusan Gersang, iaitu R.O.P (Rahim Othman Production) sebagai usaha menebus perjanjian beliau. Selepas itu, Wings menyertai pertandingan Juara Lagu '90 anjuran TV3 dengan lagu Sejati. Lagu tersebut berjaya meraih tempat pertama dalam kategori Persembahan Terbaik, serta menempah tempat ketiga dalam kategori Juara Lagu.
Pada tahun 1991, album Jerangkung Dalam Almari dipasarkan, sekali gus menaikkan nama Jojet dan menunjukkan keserasian beliau bersama Wings. Album tersebut diterbitkan oleh M. Nasir dan menampilkan lagu popular antaranya Aku Pun Tahu, Awang Thrasher, Dalam Kehadiran Sofiah, Jerangkung Dalam Almari, Tirai Horizon, R ’N’ R Lu Punya Suka dan Gemala Saktiku. M. Nasir dalam ulasannyamenulis bahawa Wings merupakan kumpulan rock nombor satu yang paling popular di tanah air serta artis berkumpulan yang paling sukar ditandingi oleh mana-mana kumpulan lain, termasuk Search. Bagaimanapun, Search menafikan dakwaan tersebut kerana yakin mereka lebih popular di Malaysia, Singapura, Brunei, dan Indonesia, serta terus memberikan persaingan sengit untuk menentukan kedudukan sebagai kumpulan rock nombor satu tanah air. Pada masa yang sama, Wings telah menguasai pesta hiburan (fun fair) dan pentas konsert di seluruh Malaysia. Antara konsert berskala besar mereka ialah konsert Wings di Stadium Negara pada penghujung tahun 1991 dimana dikatakan telah berjaya menarik lebih 20,000 orang penonton.
Pada tahun 1992, Wings, yang sebelum ini belum pernah menerbitkan album kompilasi, tampil dengan album kompilasi pertama bertajuk Best of Wings selepas empat album studio mereka. Album ini menampilkan sepuluh buah lagu, termasuk lagu-lagu dari album Teori Domino dan Jerangkung Dalam Almari, serta versi rakaman semula lagu-lagu popular daripada album Belenggu Irama dan Hukum Karma, seperti Inspirasi Taming Sari, Intanku Kesepian, Belenggu Irama, Hikayat Penuh Ranjau, Taman Rashidah Utama, dan Misteri Mimpi Syakila. Selain itu, album ini turut menampilkan sebuah lagu bonus bertajuk Hutan Simpan.
Isu rambut panjang menimbulkan dugaan kepada Wings apabila lagu-lagu mereka disekat daripada disiarkan di corong-corong radio dan televisyen oleh pihak Kementerian Penerangan Malaysia. Isu ini menjadi perhatian hangat dan sensasi dalam industri hiburan tanah air, terutamanya berbanding kumpulan Search, sehingga Dato’ Mohamed Rahmat, yang ketika itu menyandang jawatan Menteri Penerangan Malaysia, berjaya menyelesaikannya. Sebaik sahaja isu rambut panjang ini selesai, Wings dan Search mencapai kata sepakat untuk menerbitkan album bersama bertajuk Double Trouble pada tahun yang sama, dibimbing oleh M. Nasir. Album ini berjaya meraih kejayaan besar di pasaran, dengan lagu Gemuruh, gandingan vokal Awie dan Amy, menerima pengiktirafan Double Platinum. Selain itu, kumpulan ini beserta pengurusnya, Ali Bakar, telah menerima tawaran untuk berlakon di layar perak di bawah arahan Yusof Haslam dalam filem bertajuk Pemburu Bayang, yang menampilkan lagu Rantai dan Sejati. Filem ini ditayangkan di pawagam pada tahun berikutnya, 1993. Sambutan terhadap filem Pemburu Bayang amat mengejutkan dan membanggakan.

Wings semakin sibuk dan bekerja keras di dalam dunia seni, seterusnya mereka memasarkan album kelima berjudul Bazooka Penaka pada tahun 1993 yang tidak sampai seminggu berada dipasaran telah berjaya mencecah jualan sehingga 125, 000 unit. Album studio kelima tersebut merupakan album pertama Wings yang merakamkan beberapa buah lagu di Melbourne Australia. Lagu Bernafas Dalam Lumpur menjadi lagu popular yang mendapat perhatian ramai. Wings sekali lagi memenangi anugerah platinum dan kategori rakaman album terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) di atas kejayaan album Bazooka Penaka. Dari satu persatu album demi album Wings dikeluarkan, kesemua album mereka sering kali mendapat sambutan yang sangat hebat dan berjaya memenangi Anugerah Platinum termasuk album Double Trouble (Bersama Search).
Tidak lama kemudian setelah album Bazooka Penaka dipasarkan, Wings sekali lagi menjadi rebutan penerbit filem dan dihulurkan sekali lagi peluang berlakon di layar perak tetapi kali ini Awie dan Wings ditawarkan berlakon di dalam filem yang berlainan. Terdapat sedikit kekecewaan dikalangan para peminat kerana Awie dan Wings tidak disatukan di dalam sebuah filem untuk kali ini kerana secara kebetulan ia memandangkan perwatakan, paras rupa dan krekter Awie dan Joe memang sesuai memegang watak sebagai hero romeo. Awie ditawarkan berlakon di dalam filem Sembilu yang mengandungi lagu Suara Kita dan Di Ambang Wati di bawah arahan Yusof Haslam. Manakala Joe, Wings dan pengurusnya Ali Bakar pula ditawarkan berlakon di dalam filem Putera di bawah arahan Zulkifli M. Osman yang terbang jauh ke Paris Perancis untuk penggambaran filem itu termasuk lagu sensasi Bernafas Dalam Lumpur turut dimuatkan ke dalam filem tersebut yang menampilkan Syam Visa sebagai undangan pengganti Awie. Lebih berbangga filem Putera turut dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan Dato Sri Sabbaruddin Chik. Kedua-dua filem tersebut ditayangkan pada tahun yang serentak 1994. Pada bulan November 1993 Search dan Wings telah mengadakan konsert Double Trouble berskala besar di Stadium Negara Kuala Lumpur yang berjaya menarik lebih 10 ribu orang penonton.
1994–1998: Perpecahan - Pengunduran Awie, Jojet keluar kali kedua - Penyertaan Mel, Black Kembali, Orang Asing, Mel Tarik Diri - Mus Masuk, Biru Mata Hitamku, Mr Barbarik Dan Mencari Asal Usul
Sejarah pertukaran pertama penyanyi utama kumpulan Wings berlaku pada tahun 1994 setelah Wings menjayakan konsert Double Trouble bersama Search. Pada 13 Januari 1994 merupakan titik perubahan besar dalam kumpulan Wings apabila penyanyi utama mereka iaitu Awie mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari kumpulan selepas pelancaran album Bazooka Penaka dan sekali Gus konsert Double Trouble bersama Search. Pemergian Awie bukan sahaja meninggalkan kekosongan besar dari segi muzik, tetapi juga memberi tamparan emosi kepada anggota kumpulan yang lain. Wings tidak pernah berniat untuk menggantikan tempat Awie secara rasmi, dan mulai saat itu, mereka hanya menggunakan khidmat penyanyi jemputan (sessionist) untuk menyiapkan rakaman dan persembahan mereka. Awie yang sudah cukup sebati dalam kumpulan Wings dan merupakan satu imej kumpulan muzik rock ini, secara tiba-tiba dikhabarkan mahu meninggalkan Wings di kala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Belenggu Irama, Hukum Karma, Teori Domino, Jerangkung Dalam Almari, Double Trouble (Bersama Search) dan Bazooka Penaka. Akhirnya, berita pengunduran Awie dari Wings di umum secara sah dan ia sekaligus membuat peminat-peminat setia berasa kecewa, berputih mata dan terpaksa akur. Sumber mendapati berita pengunduran Awie yang dikatakan tidak berpuas hati dengan Joe dan beberapa lagi individu yang terlibat di dalam pengurusan Wings yang tidak mahu meninggalkan syarikat hiburan yang mereka bernaung setelah Wings mula aktif berlakon filem membuatkan mereka sudah tidak ada lagi persefahaman menyebabkan Awie mengambil keputusan muktamad meninggalkan Wings. Awie sah telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai penyanyi Wings kepada syarikat BMG serta tamat perjanjian mengikut saluran yang betul di dalam kumpulan Wings dengan syarikat tersebut. Hakikatnya kemelut lebih lanjut antara Awie dan Wings memang sukar untuk ditemurah oleh mana-mana pihak wartawan hiburan untuk khayalak umum khususnya untuk peminat-peminat setia Wings. Berita pengunduran Awie dari Wings adalah sejarah titik hitam dalam sepanjang karier Wings dan ia memang paling pahit untuk di telan oleh peminat-peminat setia sehingga ramai yang enggan menerima berita paling pahit itu. Album Bazooka penaka adalah album terakhir Awie bersama Wings pada tahun 1993 manakala konsert Double Trouble Search dan Wings adalah konsert terakhir Awie dan Wings yang berlangsung di Stadium Negara Kuala Lumpur pada tahun yang sama.
Masuk tahun 1994, setelah Awie meninggalkan Wings Joe, Eddie dan Jojet enggan berpatah sayap untuk membubarkan Wings, lantas mengambil inisiatif dengan menerbikan album kompilasi yang juga turut merupakan album pertama perjuangan Wings tanpa Awie berjudul Wings & Superfriends Opera Dalam Kenangan Part 1 & 2 yang dikeluarkan pada tahun 1994, yang menggabungkan sedikit sebanyak bersama artis-artis rock tanahair termasuk artis dari Indonesia dan Singapura. Tidak lama sesudah album tersebut dikeluarkan Wings di tambah satu lagi episod titik hitam di dalam karier kumpulan itu di mana Jojet pula mengambil keputusan mengundur diri buat kali kedua sebagai pemain dram yang berwibawa serta juga sudah cukup serasi bersama Wings kerana ingin mengikuti jejak langkah Awie. Pengunduran Jojet berlaku setelah tidak lama selesai pembikinan album kompilasi Wings & Superfriends Part 1 & 2 dan juga sebulan selepas Awie keluar dari Wings. Berita pengunduran Jojet adalah di sebab kesetiaan persahabatannya dengan Awie yang umpama menyimpan misteri. Tidak ramai yang tahu mengapa Jojet tiba-tiba memutuskan untuk berundur daripada kumpulan itu, yang telah menikmati bahagiannya untuk menyertai Wings sejak 1991. Ternyata sebahagain besar peminat setia Wings turut kecewa dengan keputusan Jojet berundur. Terdapat pertikaian dalaman, tetapi langsung tiada kaitan dengan muzik antara Joe, Eddie dan Jojet. Walaupun telah di pujuk Jojet tidak dapat di bendung lagi untuk meninggalkan kumpulan Wings secara muktamad tanpa paksaan Joe dan Eddie. Sesudah itu, Wings tinggallah berdua sahaja iaitu Joe dan Eddie. Pada tahun yang sama Joe dan Eddie hampir berpatah sayap di dalam arena memperjuangkan industri muzik Malaysia. Pengunduran Awie dan Jojet adalah ujian yang sangat menyedihkan, membuatkan Joe dan Eddie hampir memutus Wings bakal berkubur. Tetapi kerana masih setia dan bersemangat untuk Wings terus berkarya Joe dan Eddie bertekad untuk meneruskannya. Sebelum Jojet berundur Jojet telah memberi cadangan kepada Joe dan Eddie agar Black anggota asal album pertama kumpulan Wings kembali semula mengantikannya sebagai pemain drum kumpulan Wings. Cadangan itu telah sekaligus dipersetujui oleh Joe dan Eddie. Akhirya Black menerima tawaran Joe dan Eddie untuk kembali bersama Wings. Ringkasnya, Black kembali ke kepangkuan Wings sebagai pemain dram yang kebetulan memang sudah ada keserasian bersama Wings di hati para peminat. Black telah mengejutkan para peminat apabila muncul di kaca television siaran langsung buat pertama kali bersama Wings di dalam pertandingan separuh akhir Pop Rock 1994 dengan mendendangkan tiga buah lagu dari album Wings Superfriends Opera Dalam Kenangan Part 1 & 2 iaitu Dia - Hattan & Wings, Serati Tidak Bisa jadi Undang - Amy Search & Wings dan Perhentian - Joe, Eddie & Black biarpun tiga buah lagu tersebut telah di main dan di rakam asal oleh Jojet.
Lebih kurang setahun kemudian (1995) Wings kembali aktif berkarya Joe menjadi ketua dan tunjang utama kumpulan Wings dan Eddie adalah satu-satunya selaku pengasas serta tunjang utama dan anggota asal kumpulan menyambung usaha untuk mencari pengganti Awie. Seramai lebih 40 orang berminat menjadi calon telah hadir untuk menguji bakat sebagai penyanyi utama kumpulan Wings. Akhirnya Mel yang secara kebetulan sedang mencari tapak untuk menjadi artis penyanyi telah berjaya mengenepikan lebih 40 orang calon yang lain dengan memikat citarasa memilih Mel secara muktamad untuk menjadi penyanyi utama kumpulan Wings bagi menggantikan tempat Awie. Ini bermakna Mel juga adalah artis asal kumpulan Wings generasi kedua selepas Awie.
Tidak lama kemudian Wings telah menghasilkan album studio ke enam Wings yang juga turut merupakan album studio pertama tanpa kelibat Awie berjudul Orang Asing dikeluarkan dipasaran pada Oktober 1995. Antara lagu dari album tersebut yang menjadi siulan ramai ialah lagu Lena Di Ulit Intan. Bagaimanapun jodoh Mel dengan Wings tidak kekal lama. Mel membuat keputusan untuk berundur dari Wings kerana beliau akui dirinya tidak sesuai dengan irama muzik Wings. Selepas Mel mengundurkan diri dari Wings, kumpulan itu kembali menemui parah apabila Ali Bakar di singkir sebagai pengurus Wings. Namun Joe sekali lagi menerima tawaran berlakon filem sebagai watak hero dalam filem bertajuk Amelia. Biarpun berbagai dugaan melanda Wings, tidak lama kemudian Joe sekali lagi menerima tawaran berlakon filem aksi, komedi sebagai watak hero yang bergandingan Sasha Saidin Elite dan Imuda manakala Eddie dan Black sebagai pelakon undangan di dalam filem bertajuk Wings Dalam Super Star yang dihiasi beberapa buah lagu yang disukai ramai dari album Orang Asing walaupun tanpa Mel yang telah menarik diri dari kumpulan Wings.
Wings bernasib baik kerana tempat Mel digantikan oleh Mus, bekas penyanyi utama kumpulan May yang seangkatan dengan Wings. Ura-ura yang Mus akan memasuki Wings sudah lama diperkatakan selepas Awie dan Mel menarik diri. Oleh itu selepas Mel tidak serasi bersama Wings, Mus segera menerima tawaran Wings untuk bersama tiga lagi anggota pemuzik Wings yang meneruskan misi perjuangan mereka di dalam bidang seni tanahair. Di tambah secara kebetulan pula Mus memang ada keserasian untuk menjadi penyanyi utama kumpulan Wings. Album studio ketujuh Wings berjudul Biru Mata Hitamku adalah album penampilan sulung Mus bersama Wings yang dikeluarkan pada September 1996. Lagu Biru Mata Hitamku menjadi lagu hit sensasi. Album tersebut telah memenangi kategori kulit album terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-4. Tahun yang sama (1996) Wings telah tampil dengan album khas berjudul Puisi Aidilfitri yang terdapat enam buah lagu terbaharu dan seterusnya pada tahun 1997 Wings telah memasarkan album kompilasi berjudul J. S Kevin & Wings yang mengandungi satu lagu bonus iaitu Persona Sanubari. Tahun berikutnya prestasi nyanyian Mus semakin serasi, bertambah mantap, padu, bertenaga dan sangat sesuai dengan muzik-muzik rock apatahlagi muncul dengan dua album dalam tahun yang sama 1998 iaitu Double Trouble 2 (Bersama Search) dan album kelapan berjudul Mencari Asal Usul. Dua album tersebut itu adalah suara yang sangat bertenaga dan terbaik Mus sepanjang tempoh penglibatannya sebagai penyanyi Wings dan sebelumnya. Ternyata suara Mus ada keistimewaannya yang tersendiri.
1999–2009: Zaman Kejatuhan, Berjaya Pulih, Best of Wings 2, Mr. Barbarik, Mus Berundur - Awie Kembali, Naga Kramat Dan Kebangkitan Semula Gergasi Rock
Ironinya, walaupun Wings sudah melalui pelbagai rintangan dan cabaran, terutama sekali apabila penyanyi utama asal mereka Awie telah menarik diri untuk bergerak secara solo yang berjaya bergelar sebagai penyanyi lelaki popular, pelakon lelaki no. 1 tanahair, menggantikan tempat Amy Search selaku penyanyi utama sekali gus pengasas dan ketua kumpulan Search yang turut menjayakan satu album 'Projek Khas' berjudul Bikin Wilayah (1998) yang berjaya meletup dipasaran termasuk dicalon bertanding di dalam Anugerah Industri Muzik ke-6 (AIM 1999) serta sekaligus album tersebut berjaya memenangi kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) dan menubuhkan kumpulan muziknya yang tersendiri yang di beri nama sebagai Dragon Malaya yang dianggotai oleh Awie (Vocal), Kid (Gitar), Yem Bai (Bass) dan Jojet (Drum) pada tahun alaf baharu 2000, namun Wings masih mampu mempertahankan reputasi mereka dalam indusri muzik rock tanahair walaupun tanpa kelibat Awie yang dikatakan sebagai nadi dan kepala keretapi untuk kumpulan Wings.
Sepanjang tempoh pengunduran Awie dari Wings ia telah banyak memberi kesan negatif dan keparahan yang teramat mendalam terhadap kumpulan ini. Tanpa Awie, Wings hilang sebagai bintang, jatuh kedudukan sebagai kumpulan rock nombor satu tanahair termasuk persembahanya di pentas hilang taring dan bisanya. Wings muncul sebagai pembuka tirai konsert bersama artis-artis lain. Ia menambahkan lagi dugaan apabila Wings pernah menarik diri di saat-saat akhir ketika telah mendapat tawaran membuat persembahan bersama artis-artis lain sehingga Wings tidak lagi diyakini oleh pihak penganjur konsert. Di tambah pula pencapaian Wings merosot di zaman kegawatan ekonomi yang melanda negara. Kemudian Wings lama menghilangkan diri dari publisitinya sehingga ada segelintir peminat menyangka bahawa mereka sudah berpecah. Nama Wings hampir tenggelam di persada seni tanahair. Wings hilang populariti dan tidak lagi sepopular seperti ketika dahulu sewaktu Wings bersama Awie. Tidak kurang dikalangan peminat yang sering mengait - ngaitkan nama Awie untuk kembali bersama Wings.
Tahun 1999 Wings muncul dengan album kompilasi berjudul Best Of Wings 2. Album tersebut membuat kejutan apabila meletup dipasaran di mana ia terdapat sebuah lagu baharu bertajuk Nasib Kita yang turut mengundangkan penyanyi kumpulan Heavy metal terkenal tanahair iaitu Mael (Real XPDC) yang juga bekas penyanyi kumpulan XPDC yang digantikan oleh Ali XPDC. Lagu Nasib Kita yang mengandingkan dua penyanyi yang disegani iaitu Mus dan Mael telah menjadi siulan ramai peminat Rock serta Heavy metal termasuk sekaligus berjaya melonjakkan kembali nama Wings dan XPDC. Mengejutkan album Best Of Wings 2 itu juga terjual lebih 45 ribu unit dalam tempoh yang singkat.
Selepas hampir lapan tahun perpecahan antara Awie dan Wings, nama Awie pula sering di sebut-sebut oleh para peminat termasuk Bertelsmann Music Group (BMG) Malaysia yang dikhabarkan mahu Awie dan Wings bergabung meletup pom semula macam Adam dan Stacy untuk menjayakan album 'Gerak Khas' walaupun masih ada hati anggota Wings yang terluka dengan Awie. Tersebar berita publisiti yang mengejutkan di dalam sebuah majalah hiburan bahawa Awie dan Joe dikatakan bertemu buat kali pertama di sebuah studio rakaman muzik yang terletak di Sungai Buloh Selangor untuk rakaman sebuah lagu bertajuk Hidup (Selagi Hidup) gandingan Awie, Mus (Wings), Moq (Search) dan Ziana Zain manakala Joe adalah sebagai penerbit lagu tersebut. Namun Awie dan Wings harus bersikap terbuka sebagai artis senior. Tidak lama kemudian Awie yang ditemui wartawan Media Hiburan mengakui hanya dengan Eddie seorang saja belum ditemui untuk membincang perkara yang bakal akan kembali bergabung semula bersama kumpulan Wings. Awie akui mungkin Eddie hatinya masih terluka dan berdendam terhadap Awie. Wings semakin rajin membuat persembahan dan menjalankan proses rakaman album ke-9 mereka. Di samping itu Wings telah mengeluarkan album terbaharu berjudul Mr. Barbarik pada tahun alaf baharu 2000. Album tersebut dapat mengubati luka di hati anggota-anggota Wings setelah berbagai-bagai dugaan yang melanda semenjak ketiadaan Awie. Album tersebut memang ada kepuasannya dengan menampilan 100% rock dalam kesemua lagu-lagu yang terdapat di dalam album tersebut termasuk sebuah lagu duet antara Mus dan Asheed (Def Gab C) bertajuk Singa Dan Harimau. Sebanyak tiga buah album (Tidak termasuk album kompilasi, satu album studio Double Trouble 2 bersama Search dan album khas Raya Aidilfitri) telah dihasilkan dalam tempoh pembabitan Mus bersama Wings. Belum sempat album Mr. Barbarik untuk di buat promosi dipasaran Mus telah mengumumkan berita tergempar untuk menarik diri dari Wings, sedangkan album tersebut sedang mendapat sambutan baik oleh para peminat setia. Namun Joe, Eddie dan Black terpaksa menghormati keputusan muktamad Mus walaupun mereka bertiga ada berasa terkilan dengan keputusan Mus. Wings juga menyangkal dakwaan penarikan diri Mus dari Wings adalah kerana beliau kecewa dengan berita Awie bakal kembali bersama Wings. Setelah Mus disahkan berundur tempatnya sah bakal digantikan semula oleh penyanyi asal Wings, iaitu Awie. Ura-ura Mus bercadang ingin menubuhkan kumpulan terbaharu beliau. Namun cadangan Mus ternyata meleset kerana beliau telah membuat keputusan paling tepat untuk kembali kepangkuan kumpulan asalnya May.
Awie sah kembali menyertai Wings pada hampir penghujung tahun 2000. Setelah lapan tahun, Wings dan Awie buat pertama kali bertemu kembali ketika majlis perkahwinan M. Nasir dan Marlia Musa. Ketika gabungan itulah Wings dan Awie tidak dapat menahan perasaan sebak, berpeluk-pelukan, merengek dan menangis khususnya antara Awie dan Joe yang buat julung kali berjumpa dan menegur di antara mereka semenjak Awie meninggalkan Wings pada tahun 1994. Dengan kesempatan pertemuan pertama itu Wings dan Awie bergabung untuk menghiburkan majlis perkahwinan tersebut dengan beberapa buah lagu. Ia menjadi kenyataan tepat oleh peminat-peminat. Dengan kata sepakat penggabungan Wings dan Awie telah menunaikan permintaan dari ramai pihak serta mengubati kerinduan peminat-peminat setia Wings. Dalam tempoh tahun 2001 Wings dan Awie telah masuk ke studio dan mengambil masa lima bulan berkurung di dalam studio yang bakal akan mengeluarkan album studio ke sepuluh. Seterusnya pada bulan April 2002 mereka telah menghasilkan sebuah album 'Projek Khas' yang meletak nama Wings & Awie berjudul Naga Kramat. Lagu Ranggi Metropolis menjadi lagu sensasi utama. Gabungan semula Wings dan Awie serta penghasilan album Naga Kramat juga adalah mahu menguji sejauhmana penerimaan peminat terhadap lagu Ranggi Metropolis. Ternyata lagu Ranggi Metropolis masih hitz sebagai nombor 1 di hati peminat sehingga kini.
Pada tahun 2003 Wings dan Awie buat julung kali mereka di beri kepercayaan penuh oleh pihak Planet Hollywood Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert mini (Sunday Night Live) selama empat minggu berturut-turut ditempat bertaraf bintang itu. Ternyata ia mengejutkan, penggabungan semula antara Wings dan Awie untuk mengecapi kembali zaman kegemilangan populariti mereka seperti dahulu ia menjadi kenyataan paling tepat yang sememangnya sudah dijangka oleh ramai pihak dan para peminat. Nama Wings serta persembahanya kembali bertaraf bintang, bertaring dan berbisa secara impak. Tidak dinafikan juga Wings kembali bertakhta sebagai kumpulan rock nombor satu tanahair. Ini juga dibuktikan apabila setiap persembahan Wings di Planet Hollywood, sambutannya amat luar biasa menurut pihak penganjur.[siapa?] Sehingga peminat menyifatkan Awie adalah Wings begitu juga dengan Wings, Wings adalah Awie yang bagaikan aur dan tebing. Dengan penggabungan kembali Wings dan Awie ia telah mendapat sambutan hangat yang luar biasa serta memang sudah lama dinanti-nantikan oleh peminat-peminat setia yang merinduinya. Sah tanpa Awie, Wings tidak mampu berdaya untuk terbang lebih tinggi. Wings tidak lagi layak membuat persembahan di tapak-tapak fun fair dan expo. Sejak penggabungan semula Wings dan Awie, para peminat setia enggan mahu mereka berpecah buat kali kedua. Pada tahun 2004 Wings dan Awie telah membuat keputusan paling tepat apabila mereka mendapat kata sepakat, sebulat suara dan muktamad untuk kekal bersama Wings setelah dapat dikaji dari segi sambutan hangat peminat-peminat setia serta kejayaan demi kejayaan tersendiri untuk kumpulan mereka. Nama Wings dan Awie tidak digunakan lagi, sebaliknya mereka bersetuju untuk mengembali dan mengekalkan penggunaan nama Wings. Ini kerana Wings tidak mahu para peminat keliru tentang perbezaan nama Wings dan Awie.

2006 Wings turut mengadakan konsert di Orange Club Kuala Lumpur yang juga turut habis jualan tiket yang di jual pada hari konsert itu sahaja sehingga ratusan peminat hampa untuk mendapatkan tiket. Konsert tersebut itu adalah konsert malam rakaman untuk album 'secara langsung' buat julung kali sepanjang karier Wings yang sebelum ini mereka pernah merancang untuk muncul album 'Konsert secara langsung' namun gagal. Album 'Konsert secara langsung' pertama Wings berjudul 'Alive The Legend Arises Wings "Alive 2006" @ KL Orange Club' tiba dipasaran pada tahun 2007 dalm bentuk cakera pada dan video cakera padat. Setelah itu Wings sekali lagi dipanggil untuk mengegarkan Planet Hollywood Kuala Lumpur. Wings mencipta sejarah apabila mereka berjaya memecah rekod sebagai artis paling mendapat sambutan dan paling banyak membuat persembahan di tempat bertaraf bintang Planet Hollywood Kuala Lumpur. Inilah kelebihan Wings berbanding dengan artis-artis lain apatahlagi semenjak gabungan semula Wings dan Awie.
Ini membuktikkan bagi mewujudkan sebuah kumpulan muzik, Wings tidak seharusnya hanya bergantung kepada kredibiliti penyanyi semata-mata tetapi perlu mengambil inisiatif bagi memastikan Wings terus bertahan dan kekal popularitinya sebagai sebuah kumpulan rock paling berpengaruh di Malaysia. Maka ini, inilah sejarah, pengalaman, jatuh bangun dan sukaduka Wings sepanjang karier dunia seni. Pada tahun 2007 Wings bersetuju untuk memasarkan album khas Raya bersama Mus kerana ada beberapa lagu ketika Wings bersama Mus belum dijadikan album.
2008 Wings sekali lagu mengadakan konsert mini di Planet Hollywood Bukit Bintang Kuala Lumpur. Konsert kali ini dimeriahkan bersama bekas-bekas anggota kumpulan Wings iaitu Mel, Mus, Sham Dan Jojet dan juga beberapa artis undangan seperti Hattan, Ito, Hillary Ang dan Kid (Search). Konsert ini juga turut dikeluarkan di dalam bentuk Video Cakra Padat (VCD) dan Cakera Padat (CD) pada tahun 2009.
2009 Wings turut mengadakan konsert yang mengegarkan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Seperti biasa dan telah di jangka, jualan tiket sudah semestinya habis di jual dalam tempoh yang singkat sehingga ramai peminat yang hampa untuk mendapatkan tiket masuk.
2010–2014: Konsert Double Trouble (DT), Orkestra Opera Hidup, Rockestra Dan Album Menakluk Kosmos
Kali terakhir Search dan Wings mengadakan konsert Double Trouble adalah pada hampir penghujung tahun 1993 di Stadium Negara Kuala Lumpur di mana ia berjaya memukau lebih 10 ribu penonton. Selepas 17 tahun Search dan Wings telah kembali bergabung tenaga dengan mengadakan konsert Double Trouble (DT) pada tanggal 01 Mei 2010 di Bukit Kiara Kuala Lumpur. Lebih menarik konsert itu, tiket habis dijual pada hari konsert tersebut telah berjaya memukau 18 ribu penonton. Awie yang pernah sekali bergelar sebagai penyanyi kumpuan Search turut tidak ketinggalan untuk menyampaikan lagu yang disukai ramai seketika dahulu Nur Nilam Sari. Konsert besar yang berjalan lancar itu adalah fenomena yang juga jarang berlaku selain ia berjaya mengaut keuntungan di luar jangkaan dan kos perbelanjaan pentas yang menelan belanja 100 ribu ringgit Malaysia. Perkhidmatan bas RapidKL dan Transit aliran ringan (LRT) juga turut disediakan oleh pihak panganjur bagi kemudahan peminat-peminat yang tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan konsert berskala besar itu. Tidak lama kemudian konsert DT diadakan di Johor Bharu. Konsert tersebut dijadikan malam rakaman untuk mengeluarkan album konsert tersebut dalan bentuk cakera video digital.
Wings melakar sejarah apabila muncul sebagai artis berkumpulan pertama di asia dan ketiga di dunia selepas kumpulan Scorpions dan Metallica berjaya mengadakan persembahan yang diiringi oleh muzik orkestra. Wings di beri pengiktirafan oleh pihak Istana Budaya (IB) untuk menggunakan ruang pentas panggung sari IB yang berprestij itu bagi membuat persembahan. Wings memulakan langkah ke IB, dengan mengadakan konsert di sana (IB), sebagai tanda penghargaan setelah 26 tahun dalam arena seni. Konsert yang di beri nama Konsert Wings Opera Hidup[5] yang telah diadakan pada 29 April hingga 02 Mei 2011, menggabungkan Wings bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dalam sebuah pentas yang sinonim dengan persembahan teater. Seramai 43 pemuzik diiringi 16 penyanyi koir menjadikan sebuah konsert yang di nanti ramai[6]. Konsert tersebut turut menjemput bekas-bekas anggota Wings iaitu Mel, Mus, Sham dan Jojet. Konsert ini juga menampilkan Superfriends yang sama-sama memeriahkan konsert ini seperti Ramli Sarip, M. Nasir, Nashrudin Elias @ Nash Lefthanded, Yantzen Juniwan, Mus May, Hattan, Lan Typewriter, Rosli Mohalim, Man Kidal Lefthanded, Hamzah Mohd Taib @ Kid Search, Hillary Ang, Yan Lefthanded, Edrie Hashim, Ujang Exist, Yazid Search dan Lola[7].
Wings sekali lagi di beri kepercayaan oleh pihak IB buat kali ke 2 untuk terbang lagi di IB. Dengan menampilkan pemain gitar handalan dari Indonesia, Ian Antono dari kumpulan God Bless, konsert yang bertemakan Konsert Wings Rockestra[8] yang telah diadakan pada 26 - 30 April 2013, bagi menyambut 28 tahun penubuhan kumpulan ini[9]. Terdapat sedikit sebanyak lagu-lagu yang di bawa oleh Wings tidak sama dengan lagu-lagu sebelumnya. Sekali lagi turut menampilkan barisan OSK manakala Joe pula menjadi pengarah muzik konsert ini. Penampilan kali ke 2 di IB itu juga adalah buat kali pertama Wings di arah untuk tampil dengan berpakaian luar biasa iaitu 'Sut atau Tuxedo'. Kemunculan Wings dengan berpakaian imej yang luar biasa tersebut ia mendapat pujian dan keterujaan dari ramai pihak termasuk peminat-peminat kerana ia tampak, nampak lagi lebih kemas, segak dan kacak seperti ahli korporat berpangkat. Wings juga telah memasarkan dalam bentuk cakera padat & cakera video digital untuk konsert di IB kali ke 2 ini.
Selepas 12 tahun lamanya Wings tidak memasarkan album, mereka bakal muncul dengan album terbaharu yang ke11 berjudul Menakluk Kosmos. Kegembiraan Wings untuk para peminat terbantut apabila Wings telah mendapat laporan bahawa terdapat empat buah lagu telah dicetak rompak sebelum album tersebut dipasarkan. Wings ternyata berang dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawap itu lalu mereka bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Taman Melawati. Tambah dugaan lagi apabila pihak penerbit syarikat KRU Music gagal bertanggungjawap di dalam kes tersebut sehingga Wings tidak lagi berupaya untuk memberi kepercayaan terhadap syarikat tersebut untuk berkerjasama lagi di masa akan datang. Namun segala itu Wings tetap mempromosi dan memasarkan album studio ke11 tersebut pada tahun 2014. Walaupun Wings di landa dugaan kes tersebut namun Wings tetap juga berbangga setelah klip video lagu Ingatkan Dia telah menjadi jutaan tontonan di laman youtube.
2015–Kini: Konsert Wings OKT, 30 Tahun, Pemecatan Joe, Konsert Wings & Superfriends Dan Syam Anggota Asal Kembali Selepas 29 Tahun
Kali ke 3 Wings mengegarkan lagi IB pada 10hb - 16 Jun 2015. Kali ini Wings membawa kelainan pengiring pemuzik berbanding sebelum ini. Wings tampil dengan Okestra Tradisional Kebangsaan (OTK) yang diberi nama konsert 'Bongkar Ta' kan Melayu Hilang Di Dunia'. Wings bergabung tenaga dengan kumpulan pengiring pemuzik tradisional. Persembahan di tempat berprestij itu Wings telah disandingkan dengan berpakaian penuh adat istiadat tradisi kepanglimaan melayu. Awie juga turut tidak ketinggalan untuk mempersembahkan aksi undangan silat melayu. Wings membawa sedikit sebanyak kelainan lagu-lagunya berbanding sebelum itu. Persembahan yang di anggap terbaik pada tahun 2015. Wings terus di beri kepercayaan berbanding dengan artis-artis lain oleh pihak IB untuk mengadakan persembahan di tempat yang berprestij itu.
Wings telah mengambil masa lebih kurang lima bulan sebebelum tarikh konsert pada 31 Oktober 2015 untuk turun ke padang dengan menjelajah keseluruh tanahair untuk melancarkan promosi jualan tiket secara besar-besaran sambil diiringi dengan penyatuan beberapa kumpulan kelab motosikal berkuasa tinggi seperti Harley Davidson dan lain-lain yang diketuai oleh Awie. Selain itu sebelum tarikh konsert tersebut itu juga Wings turut melancarkan promosi untuk konsert besar itu seperti himpunan artis-artis Malaysia bersama kelab peminat Sayap2Wings di Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur dan tidak lama kemudian Wings telah menjayakan 'Hightlights Konsert Wings 30 Tahun' di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.
Tanggal tarikh 31 Oktober 2015 Wings telah mengadakan konsert berskala besar dan bersejarah yang bertemakan 'Konsert Wings 30 Tahun' di Stadium Merdeka Kuala Lumpur yang berjaya memukau lebih 20 ribu penonton. Tirai konsert berkenaan telah di buka oleh beberapa artis jemputan iaitu Dato Hattan, Ito Blues Gang, Afdlin Shauki, Azlan & Typewriter, Razlan Kristal, Aweera, Bila (AF 2015), One Nation Emcees serta persembahan lawak oleh Saiful Apek dan Yassin Yahya. Sejurus tiba kemunculan Wings penonton menjadi semakin gamat, terkejut dan teruja apabila Wings tampil mengimbau kembali dengan berpakaian imej rock 80an. Konsert ini juga adalah konsert untuk kebajikan bagi bersedia memberi sumbangan kepada mangsa - mangsa banjir akan datang. Awie muncul dengan berimej ala-ala penggusti lagenda Hiburan Gusti Dunia (WWE) The Ultimate Warrior. Konsert yang hebat dan bertenaga itu telah dimeriahkan sekali oleh bekas-bekas anggota Wings iaitu Mel, Mus, Sham dan Jojet. Wings telah menyampaikan sebanyak 28 buah lagu popular temasuk sebuah lagu baharu popular 'Ingatkan Dia'. Biarpun cuaca dalam keadaan hujan pada malam itu namun penonton langsung tidak berganjak sehingga konsert yang berjalan lancar itu selesai kira-kira jam pukul 3 pagi. Berbagai kemudahan telah disediakan untuk peminat-peminat setia seperti menyediakan hotel penginapan dengan harga yang berpatutan dan khidmat 'bus shuttle' untuk tarikh konsert itu.
Pengunduran, penyingkiran, pemecatan atau pertukaran anggota termasuk penyanyi di dalam sesebuah artis berkumpulan di Malaysia memang sudah menjadi perkara lumrah termasuk artis-artis berkumpulan terkenal di dunia seperti kumpulan Nirvana, Metallica, Scorpions, Guns N' Roses dan lain-lain. Kumpulan Wings juga turut tidak terkecuali dari masalah sebegini, seperti anggota sebelum ini iaitu Awie, Mel, Mus, Sham, Black dan Jojet pernah terbang untuk bertukar angin atau berundur dari Wings. Terkini khabar angin giliran Joe pula telah terbang mula hangat diperkatakan dibeberapa laman blog internet. Dipenghujung tahun 2016 peminat digemparkan khabar angin berita Joe di singkir atau dipecat oleh Awie dari Wings. Khabar angin itu menular dibeberapa laman blog internet dengan sekelip mata dan sekaligus menjadi seribu dalam satu persoalan oleh para peminat melalui di laman sosial. Namun Awie enggan mengulas berita khabar angin itu dan beliau meminta kepada semua pihak agar mereka di beri ruang untuk menyelesaikan kemelut khabar angin itu. Dalam daripada itu juga Awie menafikan Joe telah dipecat dari Wings dan Awie akui bahawa Joe masih lagi bersama Wings. Ini berikutan Awie mahu menenangkan situasi para peminat yang begitu resah dengan khabar angin itu. Manakala Joe sering mengelakkan diri untuk ditemuramah oleh wartawan. Turut menjadi seribu persoalannya juga, Wings muncul tanpa Joe dalam konsert jemputan di dua tempat yang berbeza iaitu di Pulau Pinang dan Melaka. Selagi Awie dan Joe tidak mengeluarkan sebarang jawapan sah tentang khabar angin tersebut selagi itu para peminat begitu resah dan tidak sabar-sabar untuk mengetahui jawapan sebenar berita yang sahih itu.
Setelah beberapa bulan khabar angin itu tersebar luas di laman sosial, akhirnya pada awal tahun 2017 Awie mengumumkan dan menjawap kesahihan berita itu bahawa Joe sah dipecat dari Wings. Sumber mendapati ia adalah berpunca Joe atas kegagalan konsert di Kota Kinabalu Sabah yang sepatutnya berlangsung pada bulan Disember 2016. Sebelum itu juga pada awal bulan November 2016 Wings telah menjayakan konsert mini pemanas badan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur sempena konsert yang bakal berlangsung di Kota Kinabalu Sabah itu pada penghujung tahun 2016 namun gagal. Konsert mini itu juga merupakan konsert terakhir Joe bersama Wings. Berita lebih lanjut dari para wartawan sekali lagi gagal untuk menemuramah Awie dan Joe. Biarpun Joe telah disahkan terbang dan membawa haluannya, Awie tetap enggan memberi ulasan lebih lanjut kepada wartawan tentang kemelut pengunduran Joe kerana beliau mahu menjaga semangat keharmonian sahabat bintang sejagatnya (Joe) itu dan lain-lain pihak terdekat, begitu juga sebaliknya Joe turut enggan mengulas lanjut kepada wartawan tentang kemelut yang melanda dirinya dengan Wings. Awie mahu memendekkan cerita, mengungkap kepada wartawan 'BIARLAH RAHSIA' dan hanya mereka berempat (Wings), Syam, Edrie dan beberapa lagi pihak yang berdekatan dengan mereka sahaja menyimpan rahsia secara tidak umum tentang kes pemecatan Joe dari Wings. Kepincangan antara Joe dari kumpulan itu turut merencatkan Wings sehingga rata-rata peminat setia tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa yang telah pun menjadi bahan perbualan hangat dan kritikan hebat di laman sosial kerana keserasian antara Joe dan Wings yang sudah begitu lama bersama serta sudah pun di anggap seperti adik-beradik. Peminat-peminat beranggapan Wings tidak sempurna tanpa Joe yang di ibarat Keris Tak Ada Sarung. Berita musibah ini juga adalah titik hitam yang menimpa dalan karier Wings. Kini Wings tinggal bertiga iaitu Awie, Eddie dan Black. Awie tetap memperjuangkan Wings walaupun tanpa Joe yang dikasihi Wings. Di samping itu Awie telah membuat keputusan muktamad atau kata putus bahawa Wings tidak akan mencari pengganti pemain gitar utamanya (Selain Syam dan Edrie adalah sebagai pemain gitar utama undangan) dan juga tidak bermusuh dengan Joe mahu pun diri Joe sendiri yang juga tidak bermusuh dengan Awie. Menurut Awie lagi, Wings tidak hirau tanpa khidmat Joe kerana Awie berpendapat masih ramai lagi pemain gitar utama yang mempunyai bakat besar termasuk Syam (Pemain gitar utama asal Wings) jika Wings mahu memerlukan khidmat pengganti Joe selaku pemain gitar utama. Namun Joe akui tetap menyokong Wings secara terbuka. Awie dan Joe tidak sesekali timbul perasaan dendam atau benci di antara satu sama lain. Manakala Awie akui lebih selesa bertiga dalam Wings. Tidak lama kemudian Joe mendapat angin baharu dengan menampilkan kumpulan terbaharunya iaitu Prime Domestic setelah 28 tahun beliau mengharungi sukaduka bersama Wings. Sementara itu kemunculan pertama Prime Domestic Joe meminta kepada semua pihak agar hanya Wings sahaja yang tahu dan tiada lagi mana-mana pihak yang masih menyoal tentang kemelut pengundurannya dari Wings. Joe juga turut mengulas bahawa kumunculan Prime Domestic adalah persaingan sihat dan bukan persaingan iri hati dengan kumpulan Wings dan lain-lain. Sehingga kini rata-rata para peminat setia tetap berharap kemelut yang melanda antara Joe dan Wings dapat mengakhirkan kata sepakat agar Joe kembali kepangkuan Wings yang kini dikatakan patah sebelah sayap.[10] Namun Joe merasakan dirinya tidak akan kembali bersama Wings kerana sudah terlalu selesa bergerak dengan caranya yang tersendiri dan sudah berakhir zaman kegemilangan bergelar artis atas faktor usia juga.
Buat kali ke 4 Wings mengegarkan lagi IB dengan buat julung kali tanpa kelibat Joe selaku pemain gitar utama sejak beliau menyertai Wings dalam tempoh 28 tahun. Konsert yang bertema Wings & Superfriends - Belenggu Irama - berlangsung pada tarikh 6, 7, 8 dan 9 April 2017. Nama Syam (Bekas pemain asal gitar utama Wings) sering di sebut-sebut oleh para peminat untuk menggantikan tempat kekosongan Joe untuk konsert kali ini kerana ia pilihan paling tepat dengan tema album pertama 'Belenggu Irama'. Konsert kali ini adalah konsert kebajikan untuk membantu artis-artis yang pernah menaikkan irama rock yang kini telah ditimpa musibah, teraniaya dan kesusahan khas untuk Yazid (Search) dan sebagainya. Konsert itu juga turut dimeriahkan oleh penyanyi no. 1 negara Dato Siti Nurhaliza yang menyampaikan lagu 'Sejati' selain itu Dato Hattan, Dato M. Nasir, Ito Blues Gang, Razlan (Kristal), Dato Nash, Jaclyn Victor, Liza Hanim, Sahara Yaakob dan ramai lagi. Lebih berbangga jualan tiket konsert itu habis di jual dalam tempoh empat malam berturut-turut.
Setelah Wings menjayakan konsert di IB buat kali ke 4 pada bulan April 2017 Awie, Eddie dan Black bersetuju untuk menggunakan nama Wings & Superfriends kerana Wings telah mendapat kata sepakat untuk menggunakan khidmat dua pemain gitar utama undangan iaitu Syam dan Edrie sebagai Superfriends. Lebih kurang setahun kemudian, pada tahun 2018 Syam dan Edrie sah menyertai kumpulan Wings yang menjadikan 5 orang anggota manakala Awie adalah selaku ketua dan tunjang utama kumpulan Wings. Syam dan para peminat tidak menjangka bahawa Syam yang terlibat sebagai pengasas serta tunjang utama dan anggota asal kumpulan Wings telah kembali ke kepangkuan kumpulan Wings sejak tahun 2017 selepas 29 tahun beliau meninggalkan Wings pada tahun 1988, biarpun Syam sangat kurang dikenali oleh sebahagian besar peminat tegar Wings sejak permulaan era penyertaan Joe di dalam kumpulan Wings.
Setelah bersama Wings selama 40 tahun, pada 8 Oktober 2025 Eddie bersama Black telah memutuskan untuk meninggalkan Wings. Dengan Eddie telah meninggalkan Wings, maka tiada lagi anggota asal yang kekal dan tak pernah keluar Wings dari tahun 1985-kini.[11]
Anggota Kumpulan (Anggota asal Wings 1985)
Anggota terkini
- Dato' Ahmad Azhar bin Othman (Awie) – penyanyi utama (1985–1994, 2000–kini) - Wings, Dragon Malaya, Search
- Kamarullizam bin Kamarudin (Syam) – gitar utama, irama dan slaid, penyanyi latar (1985–1988, 2018–kini; pemuzik sesi 2017–2018) - Wings, CRK, Headwind, SkyHigh
- Edrie Hashim (Edrie) – gitar irama, utama dan slaid, penyanyi latar (2018–kini; pemuzik sesi 2017–2018) - Chapters, Projek Pistol, Wings
- Ilham Ishak – gitar bes (2025–kini) - SkyHigh, Wings
- Pae – dram (2025–kini) - XPDC, Mpire, Projek Pistol, Search, Melissa, Dragon Malaya, SkyHigh, Wings
Bekas anggota
- Ismail bin Zainuddin (Mel) – penyanyi utama (1995)[12] - Wings
- Mustaffa Din (Mus) – penyanyi utama (1995–2000) - May, Strangers, Wings
- Tham Wing Kwan (Tham) – gitar utama, irama dan slaid (1988) - H2O, Wings
- Abdul Zamin bin Abdul Kadir (Joe) – gitar utama, irama dan slaid, keyboard, penyanyi latar (1988–2016) - Scandals, Wings, Prime Domestic, PD, PrimeD, Barbarik
- Samsaidi Haji Ulong Idris (Eddie) – gitar bes, penyanyi latar (1985–2025) - Wings, Katara
- Azmi Hashim (Black) – dram, perkusi (1985–1990, 1994–2025) - Babylon, Wings, Strangers, Katara
- Rodzane bin Haji Mohamed (Jojet) – dram, perkusi (1990–1994) - Wings, Gersang
Barisan keanggotaan asal sebelum kewujudan nama Wings (1984-1986)
- Awie - penyanyi utama (1984-1986)
- Sham - gitar utama (1984-1986)
- Baharom - gitar irama (1984-1985)
- Ipin - gitar bes (1984-1985)
- Zul - gitar bes (1985)
- Jojet - dram (1984-1985)
- Eddie - gitar bes (1985-1986)
- Black - dram (1985-1986)
Garis Masa

Diskografi
Album studio
- Belenggu Irama (1987)
- Hukum Karma (1988)
- Teori Domino (1990)
- Jerangkung Dalam Almari (1991)
- Bazooka Penaka (1993)
- Orang Asing (1995)
- Biru Mata Hitamku (1996)
- Mencari Asal Usul (1998)
- Mr. Barbarik (2000)
- Naga Kramat (2002)
- Menakluk Kosmos (2014)
Album Khas
- Puisi Aidilfitri (1996)
- Raya Bersama Mus (2007)
Album kompilasi
- Keunggulan Wings (1992)
- Best Of Wings (1992)
- Wings & Superfriends: Opera Dalam Kenangan, Part 1 (1994)
- Wings & Superfriends: Opera Dalam Kenangan, Part 2 (1994)
- MasterPiece J.S Kevin & Wings (1997)
- Best Of Wings 2 (1999)
- Trilogi (2001)
- The Greatest Hits Wings Vs Search (2001)
- The Greatest Hits Wings Vs Search Volume II (2001)
- Terunggul (2005)
- Memori Hit Wings VS Search (2006)
- Teori Domino Revisited (2007)
- Wings - Dua Dekad (2007)
- Memori Hit Wings (2008)
- Memori Hitz Wings (2009)
- Wings 25th Anniversary (2010)
- Lagenda Hits Album Search Vs Wings (2015)
- Wings 30 Tahun (2015)
Album duet (Bersama Search)
- Double Trouble (1992)
- Double Trouble 2 (1998)
Filemografi
Selain popular sebagai kumpulan rock tanah air, Wings turut menceburi bidang perfileman. Penampilan pertama mereka adalah sebagai penampilan khas dalam filem Mat Som pada tahun 1990. Pada tahun 1992, Wings ditawarkan berlakon dalam filem, dan filem pertama kumpulan ini sebagai pelakon utama ialah Pemburu Bayang, yang ditayangkan di pawagam pada tahun 1993. Kejayaan ini menjadikan Wings semakin popular, membuktikan kemampuan mereka dalam dua bidang seni iaitu nyanyian berkumpulan dan perfileman.
Selepas album Bazooka Penaka dikeluarkan pada tahun 1993, Wings menjadi rebutan penerbit filem kerana populariti mereka berada di puncak kegemilangan. Awie dan Joe pernah membintangi watak hero atau watak utama dalam filem yang berlainan. Menurut penerbit dan pengarah filem, mereka berdua sesuai memegang watak hero kerana memenuhi kriteria dari segi gaya, rupa paras, dan bakat semula jadi. Eddie dan Black juga pernah menjadi pelakon undangan dalam beberapa filem, manakala Jojet turut terlibat ketika masih bersama Wings.
Sehingga kini, Awie kekal aktif dan mengekalkan popularitinya sebagai hero bintang filem atau pemegang watak utama, manakala Joe memberi tumpuan lebih kepada muzik dan kerjayanya sebagai pemain gitar utama. Walaupun Joe pernah menolak beberapa tawaran berlakon sebagai watak hero, beliau masih mengekalkan reputasi dan popularitinya sebagai pemain gitar yang disegani di tanah air.
| Tahun | Tajuk | Watak |
|---|---|---|
| 1990 | Mat Som | Penampilan Khas |
| 1993 | Pemburu Bayang | Penampilan Khas - (Kecuali Awie watak utama) |
| 1994 | Putera | Kecuali Awie yang terikat dengan filem Sembilu |
| 1995 | Amelia | Joe |
| 1995 | Super Star | Joe (watak utama), Eddie & Black (penampilan khas), kecuali Mel tidak terlibat |
| 2012 | Awang Trasher | Joe - Penampilan Khas |
| 2012 | Leftwings | Penampilan Khas |
| 2016 | Rock Bro! | Black - Penampilan Khas |
| 2020 | Rock 4: Rockers Never Dai | Awie - Penampilan khas |
| 2023 | Sue On | Penampilan Khas - (kecuali Awie watak utama) |
| 2024 | Rebel | Penampilan Khas - (kecuali Awie watak utama) |
Konsert
Konsert Utama
- Konsert Kotaraya Live 1989
- Konsert Wings Stadium Negara 1991 - Di jual dalam bentuk VCD
- Konsert Double Trouble 1993, Stadium Merdeka
- Konsert Pelancaran Wings & Superfriends (1994), Stadium Merdeka
- Alive The Legend Arises Wings "Alive 2006" At KL Orange Club - Di jual dalam bentuk CD, VCD & DVD
- Wings Live At Planet Hollywood 2007 - Di jual dalam bentuk CD, VCD
- Wings 21st Anniversary Live @ At Planet Hollywood 2008 - Di jual dalam bentuk CD, VCD
- Konsert Double Trouble (DT) Johor Bharu (2010) - Di jual dalam bentuk DVD
- Konsert Wings Opera Hidup At Istana Budaya (2011)
- Wings Rockestra At Istana Budaya (2013) - Di jual dalam bentuk DVD
- Wings Bongkar Takkan Melayu Hilang At Istana Budaya (2015)
- Konsert Wings 30 Tahun Di Stadium Merdeka (2015) - Di jual dalam bentuk CD
- Wings Belenggu Irama & Superfriends At Istana Budaya (2017) - Disiarkan di saluran RTM
- Konsert Wings Kita Ok Bah (2018)
- Konsert Dari Rumah Lejen RTM (2020) - Disiarkan di saluran Astro
- Konsert Wings Kita Merdeka (2020) - Disiarkan di saluran Astro
- KMI In Person With: Wings (2021) - Disiarkan di saluran RTM tanpa penonton kerana Covid-19
- Konsert Mega Marhaen Pulau Pinang, Dataran terbuka Midtown PERDA Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Penang (29 Oktober 2022)
- Konsert The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter, Stadium Melawati Shah Alam (16 Disember 2023)
- Konsert The Rock Emperor Penang Chapter, Spice Arena Penang (24 Februari 2024)
- Konsert TRIAD - One Conquear All (Dragon Malaya, Wings & Search (Kiddin)), ZEPP Kuala Lumpur (14 Februari 2025)
- Konsert Wings 40 Tahun - 4 Dekad Terbang Tinggi, Idea LIVE Arena, 3 Damansara, Kuala Lumpur (28 November 2025)
Konsert Jelajah
- Konsert Double Trouble di Stadium Negara Kuala Lumpur (1993)
- Konsert Double Trouble (DT) di Bukit Kiara Kuala Lumpur (1 Mei 2010)
- Konsert Double Trouble (DT) di Larkin, Johor Bahru (23 Mei 2010)
- Konsert Lagenda Double Trouble di Stadium Hang Jebat, Melaka (27 Mei 2011)
Anugerah Dan Penghargaan
- Anugerah Juara Lagu
Dua lagu dari album Hukum Karma iaitu Taman Rashidah Utama dan Misteri Mimpi Syakila layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-4. Persembahan Wings pada malam itu cukup menarik walaupun baru pertama kali melayakkan diri ke peringkat akhir. Menerusi dua lagu itu, Wings memenangi di tempat kedua dan ketiga dalam kategori persembahan terbaik.
Selepas album Hukum Karma menaikkan nama Wings di persada seni tanahair, dua tahun berturut-turut mereka mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. Kali ini mereka mempertaruhkan lagu Sejati dari album Teori Domino.
Seperti yang diramal lagu Sejati bakal meraih kemenangan, lagu tersebut telah berjaya memenangi kategori persembahan terbaik dan tempat ketiga untuk kategori juara lagu.
| Tahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 1988 | Wings | Kumpulan Rock Terbaik | Menang |
| Awie | Penyanyi Lelaki Terbaik | Menang | |
| Black | Pemain Dram Terbaik | Menang | |
| "Hukum Karma" | Lagu Rock Terbaik | Menang | |
| "Taman Rashidah Utama" | Lagu Slow Rock Terbaik | Menang |
| Tahun | Anugerah | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 1989 | Anugerah Juara Lagu ke-4 | "Taman Rashidah Utama" | Persembahan Terbaik | Naib Juara |
| "Misteri Mimpi Syakila" | Persembahan Terbaik | Tempat ketiga | ||
| 1990 | Anugerah Juara Lagu ke-5 | "Sejati" | Persembahan Terbaik | Menang |
| "Sejati" | Juara Lagu | Tempat ketiga |
- Anugerah Industri Muzik
Pada tahun pertama Anugerah Industri Muzik (AIM), album Wings `Bazooka Penaka` telah memenangi kategori Rakamana Album terbaik AIM. Album ini juga menerima pencalonan paling banyak dalam pelbagai anugerah termasuk album `Double Trouble`. Bagaimanapun, hanya satu sahaja anugerah dimenangi Wings yang selebihnya tewas ditangan saingan terdekat mereka iaitu kumpulan Iklim.
Kali ini pencalonan Wings didalam pertandingan AIM ke -4, Wings telah berjaya memenangi kategori Kulit Album Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) menerusi album Biru Mata Hitamku, album pertama yang menampilkan Mus sebagai penyanyi utama. Rekabentuk kulit album yang di hasil dengan menggunakan digital 4D oleh Bombay. Ia cukup menarik sejajar dengan tajuk album dengan logo Wings yang di tengahnya diletakkan sepasang mata yang mata hitamnya berwarna biru. Ditepinya terdapat satu pantulan cahaya dan latar belakang kulit album ini ialah bentuk logo 3D Wings berwarna biru.
| Tahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 1993 | Bazooka Penaka | Rakaman Album Terbaik | Menang |
| 1996 | Biru Mata Hitamku | Kulit Album Terbaik | Menang |
- Anugerah Planet Muzik
Kali ini buat julung kali kumpulan Wings diberi penghormatan di Suntec Singapura sebagai penerima Anugerah Khas Planet Muzik.
| Tahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2014 | Wings | Anugerah Khas Planet Muzik | Menang |
- Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Setelah lebih tiga dekad Wings berkecimpung didalam industi muzik yang penuh dengan berbagai cabaran, jatuh bangun, sukaduka, usaha, penat lelah, liku-liku, pahit getir dan onak berduri, Wings buat kali pertama berjaya memenangi anugerah tersebut kategori dalam kategori Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular. Sememangnya Wings belum pernah memenangi anugerah kategori ini. Ini adalah satu pencapaian yang luar biasa dan sukar dipercayai oleh anggota Wings sendiri. Kejayaan ini juga adalah berkat dari peminat-peminat setia Wings.
| Tahun | Anugerah | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2016 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 | Wings | Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular | Menang |
Rujukan
- ^ [📸 Look at this post on Facebook https://www.facebook.com/share/diQFo1XZe78aeVcQ/?mibextid=K35XfP THAM WING KWAN - "ENIGMA MAT ROCK CINA"]
- ^ "Wings - Ingatkan Dia @ DCODE Konsert Gegaran 2016 - 30/12/2016".
- ^ "Tahniah Awie Entertainment! Konsert Wings And Superfriends - Belenggu Irama Terbaik!".
- ^ Konsert Wings & Superfriends terbaik!
- ^ http://www.istanabudaya.gov.my/web/guest/wings-opera-hidup
- ^ http://www.limauais.com/konsert-wings-opera-hidup-di-istana-budaya/
- ^ http://www.ohbulan.com/gambar-konsert-wings-opera-hidup-bersama-orkestra-di-istana-budaya/
- ^ http://www.istanabudaya.gov.my/web/guest/persembahan-terkini
- ^ http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130414/hi_07/27-tahun-penuh-gemilang
- ^ Joe 'no longer with Wings', says Awie.
- ^ "Black, Eddie tinggalkan Wings". BH Online. Oktober 8, 2025.
- ^ Mel (Wings) Selesa Jadi Pendakwah.









