Wing Commander adalah francais media terdiri daripada permainan komputer simulasi angkasa dari Origin Systems, Inc., siri animasi televisyen, filem, permainan kad boleh dikutip, siri buku, dan barang permainan. Francais itu bermula pada tahun 1990 dengan pengeluaran Wing Commander, sebuah permainan komputer simulasi pejuangan angkasa.
Dilatar pada abad ke-27, kisah permainan mengenai peperangan manusia terhadap Kilrathi, spesies makhluk asing. Dilancarkan dari kapal-kapal induk, pemain melengkapkan misi-misi berbeza dalam kapal pejuang angkasa. Permainan-permainan adalah ketara untuk cerita melalui video. Mulai Wing Commander III, semua permainan (kecuali Secret Ops) mengandungi video dengan filem aksi, membintangi pelakon Hollywood major, termasuklah John Rhys-Davies, Mark Hamill, and Malcolm McDowell.
Permainan
Siri permainan Wing Commander bermula pada 1990 dengan Wing Commander I. Permainan terbaru kepada siri itu, Wing Commander Arena, yang dikeluarkan untuk perkhidmatan Xbox Live Arcade pada 25 Julai 2007.
Wing Commander (1990)
Wing Commander II: Vengeance of the Kilrathi (1991)
Wing Commander III: Heart of the Tiger (1994)
Wing Commander IV: The Price of Freedom (1996)
Wing Commander: Prophecy (1997)
Siri televisyen
Wing Commander Academy ialah siri animasi yang asalnya disiarkan di USA Network di anatar 21 September dan 21 Disember 1996. Siri itu dilatarkan sebelum dan semasa peristiwa permainan pertama dan mengandungi banyak kapal-kapal dan watak-watak yang serupa. Para pelakon termasuklah Mark Hamill, Tom Wilson, dan Malcolm McDowell mengambil lakonan Wing Commander mereka.
Filem
Pada tahun 1999, Wing Commander dikeluar sebagai filem dengan nama yang sama. Ia yang diarahkan oleh Chris Roberts, pencipta siri permainan, dan membintangi Freddie Prinze, Jr., Saffron Burrows, Matthew Lillard, Tchéky Karyo, Jürgen Prochnow, dan David Warner.