Windows 98 | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis sistem | Windows 9x |
Keluarga sistem | Microsoft Windows |
Pembangun | Microsoft |
Keadaan kerja | Tidak disokong sejak 11 Julai 2006[1] |
Model sumber | Sumber tertutup |
Keluaran untuk pembuatan | 25 Jun 1998 |
Keluaran terkini | 4.10.2222A / 5 Mei 1999 |
Tersedia dalam | Senarai bahasa |
Didahului oleh | Windows 95 |
Diganti oleh | Windows Me |
Ciri teknikal | |
Pelantar | Senarai pelantar yang disokong |
Jenis inti | Inti monolitik |
Lesen | Microsoft EULA |
Format fail boleh dibaca | |
sunting · sunting di Wikidata |
Windows 98 adalah sistem pengendalian bergrafik yang dilancarkan pada 25 Jun 1998 sebagai pengganti kepada Windows 95. Seperti Windows 95, Windows 98 adalah sistem pengendalian hibrid 16/32-bit berasaskan MS-DOS. Pengganti kepada Windows 98 ialah Windows Me.
Ciri-ciri Windows 98
- Integrasi Internet Explorer dengan Windows Explorer - Windows Explorer disepadukan dengan Internet Explorer bagi memudahkan navigasi Windows Explorer. Integrasi dengan Internet Explorer juga membolehkan laman web dibuka terus dari tetingkap Windows Explorer, serta membolehkan gambar latar belakang berformat GIF atau JPEG digunakan (sebelum ini Windows 95 hanya menyokong imej latar belakang berformat BMP sahaja).
- Internet Explorer dan Outlook Express - Windows 98 menyertakan perisian pelayar Web Internet Explorer 4.0 (IE 5.0 bagi Windows 98 SE) dan perisian pembaca e-mel Outlook Express secara percuma.
- Desktop Aktif - Desktop Aktif membolehkan pengguna Windows 98 meletakkan laman web pada desktop serta membolehkan pengguna menggunakan laman web ataupun fail imej berformat JPEG atau GIF sebagai imej latar belakang. Versi awal Windows 98 turut disertakan beberapa saluran laman web utama.
- Sokongan terhadap USB, DVD dan AGP - Windows 98 menyokong USB serta beberapa teknologi multimedia seperti AGP dan DVD. Sebelum ini, sokongan terhadap teknologi USB mula diterapkan di dalam Windows 95 OSR2, tetapi versi berkenaan hanya didapati dengan pembelian komputer baru dan tidak dijual berasingan.
- Bar alatan Pelancar Pantas - Bar tugasan Windows 98 turut disertakan dengan bar alatan Pelancar Pantas (Quick Launch) yang mengandungi perintah memaparkan desktop (dan menyembunyikan kesemua program yang dibuka) iaitu butang Show Desktop, butang Internet Explorer dan Outlook Express (dimansuhkan di dalam Windows XP tetapi boleh ditambah secara manual). Bar Pelancar Pantas ini dikekalkan di dalam semua versi Windows yang lebih baru.
- Windows Update - Windows Update membolehkan pengguna memuat turun fail-fail penampal (patches) bagi pepijat yang tersembunyi serta bagi menyelesaikan beberapa isu seperti keselamatan kepada Windows. Windows Update memerlukan pengguna menggunakan Internet Explorer.
- DirectX - DirectX adalah perisian khas oleh Microsoft bertujuan untuk memastikan kelancaran kad grafik pengguna, terutama ketika bermain permainan komputer.
- Sokongan terhadap cakera keras yang lebih besar - Versi-versi terdahulu Windows menggunakan sistem fail FAT16 yang hanya menyokong saiz cakera keras sehingga maksimum 2 GB, tetapi Windows 98 yang menggunakan sistem fail FAT32 menyokong cakera keras yang lebih besar, dan saiz fail maksimum yang dibenarkan ialah 4 GB.
Windows 98 SE
Pada 5 Mei 1999, Microsoft melancarkan Windows 98 Second Edition (SE). Ia mengandungi fail-fail tampalan bagi kebanyakan isu kecil, menyediakan sokongan USB yang lebih baik serta disertakan dengan perisian Internet Explorer 5 dan Windows Media Player 6.
Windows 98 SE menggunakan format baru bagi pemacu peranti yang dikenali sebagai Windows Driver Model (WDM) bagi menggunakan format lama, VxD. Ini membolehkan pemacu peranti yang menggunakan piawaian WDM digunakan pada Windows 98 walaupun ketika pengeluar tidak membangunkan pemacu peranti yang optimum untuk Windows 98.
Kitaran jangka hayat produk
Pada asalnya, Microsoft bercadang untuk menamatkan sokongan terhadap Windows 98 pada 16 Januari 2004, tetapi popularitinya yang berterusan (27% daripada pengunjung laman web Google sepanjang Oktober-November 2003 menggunakan Windows 98) telah memaksa Microsoft untuk melanjutkan tempoh sokongan produk sehingga 11 Julai 2006, serentak dengan penamatan sokongan terhadap Windows Me.
Rahsia tersembunyi DeskBar Options pada Windows 98 Beta[2]
"Deskbar" adalah ciri-ciri yang menarik yang telah dirancang oleh Microsoft untuk memperkenalkan Windows 98. Dengan bantuan ciri ini, pengguna Windows 98 boleh memuat turun Desktop toolbar (Deskbars) dari laman web kegemaran mereka. Ini mini toolbar boleh mengemaskini diri secara automatik berdasarkan sela masa yang telah ditetapkan dan boleh memberi maklumat terkini dari laman web supaya pengguna tidak perlu layari laman web di pelayar web.
Microsoft melaksanakan ciri ini dalam Windows 98 membina beta dan berfikir bahawa webmaster akan membangunkan apa-apa toolbar untuk laman web mereka tetapi webmaster tidak suka idea ini. Idea ini akan memudaratkan kedua-dua pemilik laman web dan pengiklan kerana jika pengguna mendapat artikel terkini, maklumat berita yang betul dari Desktop mereka, mengapa mereka akan melawat laman web sebenar? Ia boleh mengurangkan kedua-dua paparan laman web dan iklan paparan.
Sejak idea yang tidak berfungsi seperti yang dirancang, Microsoft memutuskan untuk menghapuskan ciri ini daripada Windows 98 versi RTM. Mereka memutuskan untuk menyembunyikan tab dan itulah sebabnya tab ini tidak berfungsi kerana kod yang diperlukan untuk menyambung fungsi tab ini dengan Desktop toolbar tidak hadir di Windows 98.
Jika anda tekan dan tahan kekunci "Ctrl" ketika membuka Taskbar Properties, anda akan mendapat yang baru tersembunyi tab "Deskbar Options" di tetingkap Taskbar Properties, tetapi malangnya tab ini adalah sia-sia. Segala-galanya dalam tab telah dikelabukan. Terdapat 3 butang yang diberikan dalam tab: Tambah, Padam dan Hartanah tetapi semua 3 butang telah dilumpuhkan. Satu kawasan senarai yang besar turut hadir tetapi ia tidak mengandungi apa-apa di dalamnya. Jadi, pada asasnya keseluruhan tab "Deskbar Options" bekerja seperti tab dummy. Ia tidak berfungsi sama sekali.
Keperluan sistem
- Pemproses Intel 80486 DX, 66MHz ke atas
- 16 MB RAM (24 MB ke atas disyorkan)
- Ruang kosong cakera keras sekurang-kurangnya 500 MB
- Monitor VGA ke atas
- Pemacu CD-ROM atau DVD-ROM
- Tetikus dan papan kekunci
Nota kaki
- ^ "Windows 98, Windows 98 SE, and Windows Me Support ends on July 11, 2006". Microsoft. Dicapai pada 2006-06-10.
- ^ "AskVG.com - Hidden Secret "DeskBar Options" Tab in Windows 98 Taskbar Properties". Vishal Gupta. Dicapai pada 31 Ogos 2013.