Rencana ini perlu dikemas kini. |
Datuk William @ Nyallau Anak Badak | |
---|---|
Fail:William @ Nyallau Anak Badak.jpg | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Lubok Antu | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 6 April 2018 | |
Didahului oleh | Jawah Gerang |
Digantikan oleh | Jugah Muyang |
Majoriti | 4,091 (PRU-13) 1,610 (PRU-12) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 22 Julai 1951 Lubok Antu, Sarawak |
Meninggal dunia | 20 Januari 2025 (73 tahun) Pusat Jantung Kuching, Kota Samarahan[1] |
Datuk William @ Nyallau Anak Badak (22 Julai 1951 – 20 Januari 2025) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Dayak. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Lubok Antu selama dua penggal (2008-2018). Beliau menyertai PSB pada 2019 selepas dipecat daripada PRS pada 22 April 2018 dan digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum 2018. Pada pilihan raya negeri Sarawak 2021, beliau bertanding untuk kerusi DUN Batang Ai sebagai calon PSB tetapi kalah. Pada 8 November 2022, beliau meninggalkan PSB dan berjanji menyokong GPS.[2]
Dipecat daripada PRS
Pada 23hb April 2018, Parti Rakyat Sarawak memecat Timbalan Presidennya Joseph Entulu Belaun dan Naib Presidennya William Nyalau Badak serta empat orang anggota majlis tertinggi PRS daripada parti[3].
Kematian
Pada 20 Januari 2025, William Nyallau telah meninggal dunia disebabkan kegagalan jantung di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia di usia 73 tahun.[4]
Lihat juga
Rujukan
- ^ https://www.theborneopost.com/2025/01/20/former-lubok-antu-mp-datuk-william-nyalau-badak-passes-away-at-74/
- ^ "Ex-Lubok Antu MP William Nyallau Badak quits Parti Sarawak Bersatu". The Star. 8 November 2022. Dicapai pada 8 November 2022.
- ^ https://malaysiagazette.com/2018/04/23/prs-sarawak-pecat/
- ^ "Former Lubok Antu MP William Nyalau dies". New Straits Times. 21 January 2025. Dicapai pada 21 January 2025.