Wilayah Riyadh
منطقة الرياض | |
---|---|
Koordinat: 23°0′N 45°30′E / 23.000°N 45.500°EKoordinat: 23°0′N 45°30′E / 23.000°N 45.500°E | |
Negara | Arab Saudi |
Ibu negeri | Riyadh |
Boroughs | 20 |
Pentadbiran | |
• Emir | Faisal bin Bandar Al Saud |
Keluasan | |
• Jumlah | 404,240 km2 (156,080 batu persegi) |
Penduduk (bancian 2017) | |
• Jumlah | 8,216,284 |
• Kepadatan | 20/km2 (53/batu persegi) |
ISO 3166-2 | 01 |
Laman sesawang | www |
Wilayah Riyadh (Arab: منطقة الرياض Manṭiqat ar-Riyāḍ) atau Negeri Riyadh merupakan salah satu wilayah di Arab Saudi, yang terletak secara geografinya di tengah-tengah negara tersebut.Ia mempunyai kawasan seluas 404,240 km² dan penduduk seramai 8,216,284[1] pada 2017. Ia juga merupakan wilayah kedua terbesar dari sudut keluasan dan populasi, bersempadan Wilayah Utara dan Wilayah Makkah. Ibu negeri bagi wilayah ini ialah Daerah Riyadh dan ia dinamakan bersempena nama ibu negara, Riyadh yang merupakan kota paling ramai penduduk di wilayah Riyadh dan negara Arab Saudi, dengan kurang sedikit daripada dua pertiga penduduknya tinggal di kawasan bandar.
Bandar-bandar lain yang ramai penduduk di wilayah ini termasuklah Al Ghat, Zulfi dan Majma'ah. Lebih kurang separuh daripada wilayah ini merupakan kawasan gurun. Ia hanya bersempadan dengan wilayah-wilayah lain dan tiada sempadan antarabangsa. Wilayah-wilayah yang bersempadan, mengikut arah jam dari utara, ialah Wilayah Syarqiyah, Wilayah Najran, Wilayah 'Asir, Wilayah Makkah, Wilayah Madinah dan Wilayah al-Qasim. Ia merupakan salah satu daripada 7 wilayah di Arab Saudi yang tidak mempunyai pesisir pantai.
Kependudukan
Perkembangan kependudukan sejak 1992:
Tahun | Pend. | ±% setiap tahun |
---|---|---|
1992 | 3,834,986 | — |
2004 | 5,458,273 | +2.99% |
2010 | 6,792,776 | +3.71% |
2018 | 8,446,866 | +2.76% |
sumber:[2] |
Subbahagian
Wilayah Riyadh dibahagikan dengan 19 daerah (muhafazah)
Daerah Kategori A | Daerah Kategori B |
---|---|
Al-Dir`iyah | Al-Sulayyil |
Al-Kharj | Dhurma |
Al-Dawadimi | Al-Muzahimiyah |
Al-Majma`ah | Rumah |
Al-Quwaiʿiyah | Tsadiq |
Al-Aflaj | Huraimila |
Wadi Dawasir | Al-Hariq |
Al Zulfi | |
Syaqra | |
Hutat Bani Tamim | |
Afif | |
Al-Ghat |
Senarai emir wilayah
Name[3] | Dates |
---|---|
Muhammad bin Saad bin Zaid | 1929–1936 |
Putera Nasser bin Abdulaziz | 1937–28 Mei 1947 |
Putera Sultan bin Abdulaziz | 29 Mei 1947 – 19 Disember 1952 |
Putera Nayef bin Abdulaziz (Pemangku Putera Sultan) | 3 Mac – 19 Disember 1952 |
Putera Nayef bin Abdulaziz | 20 Disember 1952 – 18 April 1955 |
Putera Salman bin Abdul-Aziz (Pemangku Putera Nayef) | 16 Mac 1954 – 18 April 1955 |
Putera Salman bin Abdulaziz | 18 April 1955 – 22 September 1960 |
Putera Turki bin Abdul-Aziz (Pemangku Putera Salman) | 10–21 Oktober 1957 – 1957; 31 Oktober 1960 |
Putera Fawaz bin Abdulaziz | 11 September 1961 – 20 Januari 1963 |
Putera Badr bin Saud bin Abdulaziz | 20 Januari – 5 Februari 1963 |
Putera Salman bin Abdulaziz | 5 Februari 1963 – 5 November 2011 |
Putera Sattam bin Abdulaziz | 5 November 2011 – 12 Februari 2013 |
Putera Khalid bin Bandar Al Saud | 14 Februari 2013 – 14 Mei 2014 |
Putera Turki bin Abdullah Al Saud | 14 Mei 2014 – 29 Januari 2015 |
Putera Faisal bin Bandar Al Saud | 29 Januari 2015 – sekarang |
Rujukan
- ^ "Population Characteristics surveys" (PDF). General Authority for Statistics. 2017.
- ^ Saudi Arabia: Regions and Cities
- ^ "Riyadh Princes". Riyadh.gov.sa. Dicapai pada 27 March 2012.
Pautan luar
- "Laman sesawang rasmi" (dalam bahasa Inggeris).
- "Riyadh Province". Splendid Arabia. Travel.
- Jabatan Statistik dan Maklumat Pusat (CDSI), angka bancian rasmi Saudi dari 2004:
- "Distribution of Population in the Kingdom's Administrative Regions by Gender and Nationality (Saudis, Non-Saudis)". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 January 2008.
- "Distribution of Population in the Governorates of the Kingdom by Sex and Nationality (Saudis, Non-Saudis)". (CDSI). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 January 2008.
Wilayah Hail Wilayah Qasim |
Wilayah Sempadan Utara | |||
Wilayah Madinah Wilayah Mekah |
Wilayah Timur | |||
Wilayah Riyadh | ||||
Wilayah Asir | Wilayah Najran |