Berikut adalah sebuah cadangan dasar, garis panduan atau proses Wikipedia. Cadangan ini mungkin masih dalam pembinaan, dalam perbincangan, atau dalam proses perkumpulan sepersetujuan untuk diterimakan. |
Dalam 99.9% kes yang terdapat di Wikipedia, anda tidak dibenarkan sama-sekali menyalin bulat-bulat mana-mana teks dari sumber yang lain dan hantar kepada Wikipedia (dalam kata lain salin dan pindah (copy and paste) atau potong dan pindah (cut and paste) atau yang berkaitan atau hampir sama dengan tingkah laku tersebut. Ini kerana perbuatan tersebut merupakan berlawanan dan melanggari dasar Wikipedia:Hak cipta dan atau berkaitan dengan perbuatan plagiarism yang dilarang dalam Wikipedia. Jika anda perasan bahawa kes anda adalah suatu yang berlainan dari apa yang dimaksudkan oleh dasar ini, sila baca dahulu dan fahami apa yang dimaksudkan - tetapi ingat juga, ada sesetengah perkara dimana perbuatan seperti salin dan pindah ini adalah bukan suatu permasalahan di Wikipedia. Mungkin anda berasa agak payah untuk memahami konsep ini dengan betul, namun apa yang paling penting sentiasalah menulis rencana atau ayat dengan tulisan atau perkataan anda sendiri. Dalam erti kata lain tidak mengambil ayat orang lain yang bukan hak anda. Namun, ilmu dan maksud isi amat perlu disandarkan pada sumber rujukan dalam Wikipedia. Seperti apa yang termaktub dalam Wikipedia:Sumber petikan dan Wikipedia:Sumber yang boleh dipercayai.
Berikut adalah syarat umum berkenaan dengan larangan salin dan pindah atau berkenaan dengannya seperti yang dimaksudkan oleh penyataan diatas.
Jangan salin-pindah teks dari laman sesawang yang lain
- Anda dilarang untuk menyalin bulat-bulat teks atau ayat yang terpapar dalam mana laman sesawang yang bukan milik Wikipedia atau Wikimedia. Walaupun ada sesetengah laman di domain awam membenarkan penyalinan dibuat. Namun anda mesti anggap bahawa teks yang terdapat disitu adalah berhak cipta walau apa jua cara dan keadaan.
- Jika anda telah dan sedang menyiarkan bahan-bahan tersebut tanpa pengetahuan dari empunya (pereka teks atau bahan), tolong pastikan anda mengeluarkan bahan tersebut segera.
- Tidak salah bagi anda untuk menggunakan teks atau bahan-bahan yang dipaparkan di mana-mana laman sesawang bukan milik Wikimedia atau Wikipedia yang telah mendapatkan keizinan penggunaan dari empunyanya.
Contoh-contoh jenis empunya website yang mengeluarkan petikan:
- Badan bukan kerajaan, sekolah, laman kerajaan, laman syarikat dan lain-lain.
- Website tanpa notis hak karya. Jika sesuatu bahan, petikan atau hasil kerja tidak mengandungi notis hak cipta atau hak karya terpelihara, bukanlah bermaksud anda boleh suka-suka menggunakan bahan dari website tersebut tanpa keizinan dari tukang karya, penerbit atau dari pihak empunyanya. Jika anda ragu-ragu tentang status hak tersebut, anggapan bahawa kebenaran dari mereka telah diperolehi sama sekali tidak boleh digunakan.[1]
Nota: Walaupun anda pernah berkarya atau menghasilkan kerja bagi diberikan kepada institusi, bukan bermakna anda bebas menggunakan karya tersebut untuk dipaparkan ke dalam Wikipedia. Ini kerana, setelah hasil kerja tersebut diserahkan pada pihak syarikat atau institusi, secara tidak langsung ia jadi milik syarikat atau institusi tersebut (Jika ada perjanjian hitam putih). Dan anda masih perlu mendapatkan keizinan dari pihak tersebut sebelum menghantarkannya kepada kami. Jika kebenaran diperolehi, atau tiada perjanjian dengan pihak kedua atau ketiga, sila buat satu surat rasmi yang mengatakan kebenaran menggunakan karya tersebut dalam Wikipedia. Jika ada ingin lakukan hal tersebut sila ke Sumbangan bahan berhak cipta.
Anda tidak boleh salin dan pindah teks atau karangan dengan hanya mengubah atau memanipulasi sedikit ayatnya sahaja. Sebagai contoh suatu ayat dari pihak pertama adalah seperti ini; "Buah epal sangat rangup, tahniah atas kerangupan buahnya yang mengeluarkan jus buah yang sedap" kepada ayat pertukaran anda seperti ini; "Buah epal sangat rangup, kerangupan buahnya dihargai atas keenakan jus buah yang dikeluarkannya.
Sepatutnya anda perlu menyatakan maksud ayat tersebut dengan ayat anda sendiri misalnya begini: "Selain dari kerangupan buah epal yang telah mendapat reputasi yang baik oleh ramai penggemarnya, jus hasil perahan dari buah epal juga cukup memikat selera. Anda tidak perlu memanjang-manjang ayat supaya ayat lakaran mempunyai maksud yang sama, cuma gunakan ayat ringkas yang berlaian susunan kata, tetapi kualiti, tatabahasa dan maksudnya adalah sama dengan maksud ayat dari sumber petikan.
Jika ada sesuatu sumber yang merujuk kepada perkataan seseorang atau ayat yang tidak bisa diubah, kerana mungkin mendapat celaan masyarakat ataupun perkataan tersebut perlu dikekalkan atas maksud tertentu, sila gunakan quotation, termasuk tanda quote (contoh Menurut John Doe, "Buah epal sangat rangup, tahniah atas kerangupan buahnya yang mengeluarkan jus buah yang sedap").
Sebutan
Sebutan atau quotation merujuk kepada teks berhak cipta terpelihara yang biasanya merujuk kepada dalil atau nas yang diambil dari Kitab Suci, Hadis, kata-kata hikmah atau idea dari sesetngah pihak. Seharusnya kata-kata seperti ini perlu dikekalkan dalam bentuk asli dan ditulis jelas selain tanda sebagai quote.
Salin dan pindah diantara teks dalam Wikipedia
Perbuatan salin sesuatu penyataan atau teks yang terdapat dalam Wikipedia dan kemudian dipindah ke bahagian lain dalam Wikipedia adalah dibenarkan pada keadaan seperti:
- Perpindahan ayat atau bahan adalah tertumpu kepada perkara yang dibenarkan oleh Wikipedia sahaja.
- Perpindahan teks bagi tujuan perbincangan, diskusi atau penambah baikan kualiti pengurusan antara sesuatu versi Wikipedia dengan versi Wikipedia yang lain adalah dibenarakan.
- Tidak menyalin ayat bulat-bulat tanpa diterjemah dengan lengkap. Sebagai contoh menyalin ayat dari Wikipedia berbahasa Inggeris dan dipindahkan ke dalam Wikipedia versi bahasa Melayu, sedangkan ayat bahasa Inggeris tersebut tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. (Larangan ini tidak melibatkan slot perbincangan di laman perbincangan, laman rencana, laman pengguna atau laman Kedai Kopi atau laman-laman lain yang berkaitan).
- Perpindahan fail, imej atau lain-lain bahan dari laman Wikimedia Commons ke laman Wikipedia (*bergantung kepada terma dan syarat penggunaan).
Nota
- ^ Kebanyakan laman sesawang dalam talian (dan sumber-sumber yang lain) secara otomatiknya dipelihara dibawah peraturan hak cipta seperti Konvensyen Berne, atau juga Akta Hak Cipta walaupun pengkarya tidak memaparkan notis tentang hak cipta terpelihara pada hasil kerjanya.