{{Infobox person

Taufik Hidayat Khan ialah seorang pelakon, bekas pemain bola sepak profesional, dan jurulatih bola sepak dari Malaysia. Beliau aktif dalam industri hiburan Malaysia selama lebih dua dekad dan dikenali menerusi lakonan teater, drama bersiri dan filem. Selain bidang seni, beliau juga berperanan sebagai jurulatih dalam pembangunan bakat bola sepak tempatan.
Kerjaya Lakonan
Taufik memulakan kerjaya lakonan dalam bidang teater dan dikenali menerusi persembahan pentas berprestij seperti Teater Muzikal Tun Mahathir, Natrah, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Istana Budaya), serta Haji Murat arahan Aris Wahab Hamzah dan Di Sebalik Topeng bersama seniwati Fauziah Dato’ Haji Ahmad Daud (OGY). Antara produksi teater lain termasuk Siti Zubaidah dan Blok 404.
Dalam bidang televisyen, beliau telah membintangi beberapa drama bersiri antaranya:
- Dia Imamku – sebagai pengawal keselamatan Bangladesh
- Rumah Kasih Suraya – sebagai Miki
- Mat Rukun – sebagai Aney
- Dari Rahim Yang Sama – sebagai Razak
- Seribu Tahun – sebagai Mat, pengawal peribadi Dato’ Norish
- Berbagi Kasih (akan datang) – sebagai Black
Dalam bidang filem, beliau akan muncul dalam Banduan sebagai ahli geng baju hitam.
Kerjaya Bola Sepak
Sebelum aktif sebagai pelakon, Taufik ialah pemain bola sepak profesional. Kini, beliau bertugas sebagai jurulatih bola sepak dan terlibat dalam pembangunan pemain dewasa serta program latihan khas untuk pemain berusia 35 tahun ke atas. Kepakarannya merangkumi latihan teknikal, fizikal, serta motivasi mental untuk atlet.
Kerjaya Bola Sepak
Sebelum aktif sebagai pelakon, Taufik ialah pemain bola sepak profesional dalam Liga Malaysia, bermain untuk pasukan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perlis, PDRM, dan MP Muar. Beliau juga kini bermain untuk pasukan Bolasepak selebriti seperti Ustaz Bola FC yang terdiri daripada artis ustaz selebriti dan bekas pemain bolasepak profesional,serta mewakili pasukan bolasepak karyawan FC juga pasukan bolasepak artis yang lain.Beliau juga berkhidmat sebagai jurulatih bola sepak, dan kini melatih pasukan Sky United FC. Di bawah bimbingannya, Sky United FC berjaya menjadi Juara Liga Amatur Football League (AFL M5 Citi League). Namun, impian untuk beraksi di Liga M4 Al Ikhsan Cup 2024 terpaksa dilupakan apabila kelab mengalami masalah kewangan dan kekurangan penaja.
Pencapaian
- Anugerah Skrin 2018 – Drama Komedi Terbaik (Mat Rukun)
Pautan luar
- IMDb
- Akaun Instagram rasmi (jika ada)