Selain dari menyunting, ramai orang di Wikipedia terlibat dalam tugas penyelenggaraan. Kebanyakan tugas-tugas ini boleh dilakukan oleh mana-mana pengguna, bukan penyelia sahaja. Kerja penyelenggaraan merupakan tugas yang penting dalam memastikan Wikipedia dapat berfungsi secara optimum. Tetapi jangan lupa bahawa tujuan kita di sini adalah untuk mencipta satu ensiklopedia. Ada diantara laman-laman penyelenggaraan Wikipedia yang termasuk dalam Wikipedia:Dasar dan garis panduan, sebilangan yang lain mungkin tidak termasuk, namun laman-laman yang tidak termasuk mungkin akan dicalonkan sebagai salah satu dari laman-laman dasar dan garis panduan di Wikipedia kelak. Anda seharusnya peka kepada perkembangan dasar dan garis panduan Wikipedia yang sering berkembang dari masa ke masa mengikut perubahan dan persetujuan umum komuniti ini.
Perkara untuk diperhatikan
- Khas:Perubahan Terkini - Rondaan untuk laku musnah dan suntingan perosak lain
- Khas:Laman Baru - Rondaan untuk latu musnah dan pertindanan dengan rencana sedia ada.
- Khas:Laman Buntu - Senarai rencana yang tidak mempunyai satu pautan wiki pun.
- Khas:Laman Yatim - Senarai rencana yang tidak dipaut dari rencana lain.
- Khas:Laman tanpa Kategori - Senarai rencana yang tidak mempunyai kategori.
Laporan
Laporan boleh dihasilkan dari salinan pangkalan data Wikipedia. Oleh itu, ia mungkin bukan mutakhir, tetapi ia memberikan panduan berguna rencana yang mana yang memerlukan perhatian.
Portal
Lihat Wikipedia:Portal untuk senarai portal yang telah wujud berserta projek dan orang berkaitan.
Menyambut pengguna baru
Alukan kedatang pengguna baru dengan meletakkan templat {{subst:sd}} atau {{subst:interd}} pada laman perbualan mereka. Senarai pengguna baru boleh didapati dengan melihat pada log akaun baru.
Laman Utama
Kandungan Laman Utama perlu sentiasa dikemaskini. Laman tersebut dilindungi, tetapi anda boleh terlibat dalam pemilihan rencana pilihan dan gambar pilihan. Anda juga boleh membantu mengemaskini peristiwa terkini serta peristiwa hari ini. Jika anda mencipta laman baru yang elok dan menarik, ada kemungkinan ia akan disenaraikan di bahagian tahukah anda?
Laman dilindungi
Walaupun terdapat log laman dilindungi, semua laman yang diberikan perlindungan hendaklah disenaraikan di Wikipedia:Laman dilindungi beserta sebabnya. Kadang-kadang penyelia terlupa melakukan ini, dan membuang laman yang sudah tidak dilindungi. Anda boleh membantu.
Laku musnah
Sesiapa sahaja boleh mengembalikan laman dari laku musnah. Lihat Wikipedia:Kembali asal untuk panduan. Sekiranya anda melihat laku musnah berulang, anda boleh memberitahu mana-mana penyelia. Penyelia boleh memilih untuk menyekat pelaku musnah berulang selepas diberi amaran.
Laman yang dipaut dari laman utama sering menjadi tumpuan pelaku musnah, jadi memerhatikan perubahan laman-laman tersebut menggunakan pautan perubahan berkaitan adalah cara yang baik untuk mengesannya.
Permintaan
Berikut merupakan beberapa perkara yang anda boleh lakukan:
- Terjemahan mingguan: Motif BACH (en:BACH motif), Forum empayar (en:Imperial forums), Hukuman merotan di Singapura (en:Caning in Singapore), Pelanunan di Selat Melaka (en:Piracy in the Strait of Malacca), Keserasian lesen (en:License compatibility), Pengintipan nuklear (en:Nuclear espionage), Persidangan Senjata Biologi (en:Biological Weapons Convention).
- Gabung: Rasuah, Korupsi dan Korupsi atau Rasuah.
- Permohonan rencana: Sumbangan dikehendaki: Ekonomi Negeri Pahang, Hibrid, Tekanan minda, Reka bentuk terbantu komputer.
- Tunas: Kategori rencana ringkas Lihat juga: Rencana/laman paling pendek.
Pertikaian
Sebarang pertikaian hendaklah cuba diselesaikan di laman perbualan, bukan dalam rencana. Sesetengahnya boleh diselesaikan dengan mudah, manakala yang lain mungkin lebih susah. Banyak pertikaian dapat diselesaikan apabila seseorang yang tidak terlibat membaca rencana yang dipertikaikan dan hujah setiap pihak, dan kemudian memberikan pendapat berdasarkan akal budi. Dalam kes yang lain, perunding yang berkecuali mungkin diperlukan. Dalam kes paling berat, penyelia mungkin diperlukan untuk menyekat pelaku musnah atau pengguna yang tidak mahu bekerjasama atau menerima keputusan.
Kategori
- Istimewa:Uncategorizedpages menunjukkan semua rencana yang belum diberi kategori.
- Istimewa:Uncategorizedcategories menunjukkan semua kategori yang belum diberi kategori.
- Istimewa:Unusedcategories pula menunjukkan kategori yang wujud tetapi tidak digunakan. Jika anda rasa kategori di sini tersilap dibuat atau bertindan dengan kategori lain, letakkan templat {{padamkerana|sebab}}.
Imej
Wikipedia mempunyai 18,414 imej (fail) ketika ini. Semua imej perlu mempunyai sumber dan teg lesen yang sesuai. Imej yang tidak mematuhi dua perkara ini boleh dihapuskan. Letakkan templat pemadaman seperti di atas. Selain itu, terdapat beberapa perkara lain yang boleh dilakukan:
- Istimewa:Uncategorizedimages menyenaraikan imej yang belum diberi kategori.
- Istimewa:Unusedimages menyenaraikan imej yang tidak digunakan dalam rencana.
- Istimewa:Newimages menyenaraikan imej yang baru dimuat naik.
Jika anda terjumpa gambar yang telah ada di Commons pula, letakkan templat {{NowCommons|nama imej}}.
Perbincangan
Kedai Kopi
Kedai Kopi merupakan tempat untuk berbincang menegenai Wikipedia. Perkara-perkara yang tidak berkenaan hendaklah dibuang. Sekiranya perbincangan tersebut mengenai suatu rencana/perkara secara khusus, ada baiknya perbincangan tersebut dipindahkan ke laman perbualan rencana tersebut setelah selesai sebagai rujukan masa hadapan. Perbincangan yang panjang juga seeloknya diringkaskan.
Kerap kali terjadi ada orang menanyakan soalan yang sepatutnya ditanya di meja rujukan. Pindahkan soalan tersebut, dan tinggalkan nota mengenainya di Kedai Kopi buat beberapa hari.
Laman perbincangan
Laman perbincangan amat berguna. Namun bukan semua perbincangan perlu diarkibkan. Lihat Wikipedia:Bagaimana mengarkibkan halaman perbualan untuk panduan.
Ulasan sebaya
Wikipedia:Ulasan sebaya merupakan tempat untuk mendapat komen mengenai rencana yang sebahagian besarnya merupakan kerja seorang penulis, atau yang akan dicalonkan kepada rencana pilihan. Rencana yang gagal mejadi rencana pilihan sering ditujukan ke sini.